|
sekadar gambar hiasan |
DI ANTARA TANDA-TANDA KECIL
Penaklukan Baitulmuqaddis.
"Dari Auf b. Malik r.a, katanya "Rasulullah saw telah bersabda, aku menghintung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." -Sahih Bukhari
Zina bermaharajarela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."
- Sahih Muslim
Bermaharajarela alat muzik.
"pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab, "Apabila telah bermaharajarela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"
- Ibnu Majah.
Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah menusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid". - Riwayat Nasai
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga yang tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad da Hakim
Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang kiamat sehingga ALLAH mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran".
- Riwayat Ahmad
Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."
- Riwayat Ahmad
Banyak wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. " Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaanya seperti telanjang."
Bulan sabit kelihatan besar.
" Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit. " -Riwayat Thabrani
Banyak dusta dan tak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan berita-berita yang belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkan mu dan memfitnahmu". - Sahih Muslim
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar". - Riwayat Ahmad
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
TANDA-TANDA BESAR
Hudzaifah bin As-Yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad saw kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan..?" lalu kami menjawab, " Kami sedang membincangkan tentang hari kiamat."
Sabda Rasulullah saw, " Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda:
01. Asap
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang beriman terkena asap itu ia akan bersin seperti terkena selesma, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
02. Dajjal
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam as sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan diantara kedua matanya tertulis perkataan " Ini adalah orang yang kafir".
03. Binatang melata di bumi
Dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat nabi Musa as dan cincin Nabi Sulaiman as. Apabila binatang ini memukul tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka tertulislah di dahi orang itu 'ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang kafir,maka tertulis di dahinya 'ini adalah orang yang kafir'.
04. Terbitnya matahari di sebelah Barat.
05. Turunnya Nabi Isa as
Di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh Dajjal, kemudian menjalankan syariat Nabi Muhammad saw.
06. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
mereka ini merupakan dua golongan iaitu golongan yang kecil dan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di dalam bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulkarnain. Apabila keluarnya mereka ini bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Tahatiah di minum nescaya tidak akan tinggal walau setitik pun!
07. Gerhana di timur
08. Gerhana di barat
09. Gerhana di Jazirah Arab
10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Rasulullah saw juga telah bersabda: " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah yang menjadi-jadi di merata tempat, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol daripada ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib , " Akan datang suatu masa dimana Islam itu hanya tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma ALLAH. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemuanya yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.
Sabda Rasulullah saw: " Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir-gilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat pada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan ALLAH, maka kesemuanya itu adalah tanda-tanda kiamat.".
* Renungkan sejenak, dari tanda-tanda yang disebutkan berapa banyakkah yang telah terjadi..? Mungkinkah Kiamat itu semakin dekat..?
Wallahualam..