Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sunday, 22 January 2012

9 Jenis Roh


Menurut ilmu batin pada diri manusia terdapat sembilan jenis Roh. Masing-masing roh mempunyai fungsi sendiri-sendiri. Ke sembilan jenis roh yang ada pada manusia itu adalah sebagai berikut :

1. Roh Idofi (Roh Ilofi)
Roh yang sangat utama bagi manusia. Roh Idofi juga disebut ,JOHAR AWAL SUCI, karena roh inilah maka manusia dapat hidup. Bila roh tersebut keluar dari raga, maka manusia yang bersangkutan akan mati. Roh ini sering disebut NYAWA. Roh Idofi merupakan sumber dari roh-roh lainnya pun akan turut serta. Tetapi sebaliknya kalau salah satu roh yang keluar dari raga, maka roh Idofi tetap akan tinggal didalam jasad. Dan manusia itu tetap hidup. Bagi mereka yang sudah sampai pada irodat ALLAH atau kebatinan tinggi, tentu akan dapat menjumpai roh ini dengan penglihatannya. Dan wujudnya mirip diri sendiri, baik rupa maupun suara serta segala sesuatunya. Bagai berdiri di depan cermin. Meskipun roh-roh yang lain juga demikian, tetapi kita dapat membezakannya dengan roh ini. Alam roh idofi berupa nur terang benderang dan rasanya sejuk tenteram (bukan dingin). Ianya boleh dilihat apabila sudah mencapai tingkat INSAN KAMIL.

2. Roh Rabani 
Roh yang dikuasai oleh roh idofi. Alam roh ini ada dalam cahaya kuning diam tak bergerak. Sesiapa yang berjaya menemukannya maka orang tersebut tidak mempunyai kehendak apa-apa. Hatipun terasa tenteram dan tubuh tak merasakan apa-apa.

3. Roh Rohani  
Roh ini juga dikuasai oleh roh idofi, dengan adanya roh Rohani ini, maka manusia memiliki kehendak dua rupa. Kadang-kadang suka sesuatu, tetapi di lain waktu ia tak menyukainya. Roh ini mempengaruhi perbuatan baik dan perbuatan buruk. Roh inilah yang menepati pada 4 jenis nafsu, yaitu :
*Nafsu Luwamah (aluamah)
*Nafsu Amarah
*Nafsu Supiyah
*Nafsu Mulamah (Mutmainah).
Kalau manusia ditinggalkan oleh roh rohani ini, maka manusia itu tidak mempunyai nafsu lagi, sebab semua nafsu manusia itu roh rohani yang mengendalikannya. Maka, kalau manusia sudah dapat mengendalikan roh rohani ini dengan baik, ia akan hidup dalam kemuliaan. Roh rohani ini sifatnya selalu mengikuti penglihatan yang melihat. Dimana pandangan kita tempatkan, disitu roh rohani berada. Sebelum kita dapat menemukannya, terlebih dulu kita akan melihat bermacam-macam cahaya bagai kunang-kunang. Setelah cahaya-cahaya ini menghilang, barulah muncul roh rohani itu.


4. Roh Nurani
Roh ini dibawah pengaruh roh-roh Idofi. Roh Nurani ini adalah pembawa kepada sifat terang. Karena adanya roh ini menjadikan manusia terang hatinya. Kalau Roh Nurani meninggalkan tubuh maka orang tersebut hatinya menjadi gelap dan begitu juga dengan fikirannya.
Roh Nurani ini hanya menguasai nafsu Mutmainah saja. Maka bila manusia di jaga olehi Roh Nurani maka nafsu Mutmainahnya akan menonjol, mengalahkan nafsu-nafsu lainnya.
Hati orang itu akan menjadi lebih tenteram, perilakunyapun baik dan terpuji. Air mukanya bercahaya, tidak banyak bicara, tidak ragu-ragu dalam menghadapi segala sesuatu, tidak merungut bila ditimpa kesusahan. Suka, sedih, bahagia dan derita dirasakan sama sahaja.

5. Roh Kudus (Roh Suci)
Roh yang di bawah kekuasaan Roh Idofi juga. Roh ini mempengaruhi orang yang untuk memberi pertolongan kepada sesama manusia, mempengaruhi manusia tersebut untuk berbuat kebajikan dan melakukan ibadah sesuai dengan kepercayaan yang dianutnya.

6. Roh Rahmani
Roh dibawah kekuasaan roh idofi pula. Roh ini juga disebut Roh Pemurah. Karena diambil dari kata Rahman yang artinya pemurah. Roh ini mempengaruhi manusia kepada sifat peramah dan suka memberi.

7. Roh Jasmani
Roh yang juga di bawah kekuasaan Roh Idofi. Roh ini menguasai seluruh darah dan urat syaraf manusia. Dengan adanya roh jasmani ini maka manusia dapat merasakan rasa sakit, lesu, lelah, sihat dan lain-lainnya. Bila Roh ini keluar dari tubuh, maka ditusuk jarumpun tubuh tidak akan terasa sakit. Kalau kita berjaya menemukannya, maka wujudnya akan sama dengan kita, hanya berwarna merah.
Roh jasmani ini menguasai nafsu amarah dan nafsu kehaiwanan. Nafsu kehaiwanan ini memiliki sifat dan kegemaran seperti binatang, misalnya: malas, suka setubuh, serakah, mau mementingkan diri sendiri dan sebagainya.

8. Roh Nabati
Roh yang mengendalikan perkembangan dan pertumbuhan badan. Roh ini juga di bawah kekuasaan Roh Idofi.

9. Roh Rewani
Roh yang menjaga raga kita. Bila Roh Rewani keluar dari tubuh maka orang akan tidur. Bila masuk ke tubuh orang akan terjaga. Bila orang tidur bermimpi dengan arwah seseorang, maka roh rewani dari orang bermimpi itulah yang menjumpainya. Jadi mimpi itu hasil kerja roh rewani yang mengendalikan otak manusia. Roh Rewani ini juga di bawah kekuasaan Roh Idofi. Jadi pemergian Roh Rewani dan kehadirannya kembali diatur oleh Roh Idofi. Demikian juga roh-roh lainnya dalam tubuh, sangat dekat hubungannya dengan Roh Idofi.

Wallahualam..

Sumber: Bacaan

Monday, 16 January 2012

Fakta Tentang Senyum


  • Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman serta dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi menfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon dalam badan.

  • Apabila anda tersenyum seluruh tubuh turut tersenyum, dan ada kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

  • Apabila senyum anda menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot apabila anda mengerutkan dahi.

  • Senyum mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu lebih selesa dengan keadaan dirinya.

  • Secara semulajadinya apabila anda senyum dan ketawa dengan riang tekanan darah serta degupan jantung akan meningkat seperti orang berlari dan ini dapat memberi manfaat daya tahan kardiovaskular.


P/s : Senyum itu sedekah dan terkadang tanpa kita sedari senyum yang kita beri secara ikhlas itu mampu menceriakan hari seseorang , oleh itu senyumlah dengan penuh keikhlasan.*(^__<)

Wednesday, 16 November 2011

Warna dan Kesesuaian



Merah
Warna merah menyemarakkan lagi kemarahan dan memberi kesan negatif jika memakainya semasa kemurungan so.. elakkanlah dari memakai baju yang berwarna merah tika dalam kemurungan atau marah.

Merah jambu
Warna ini sesuai untuk aktiviti santai dan membantu diri lebih relaks.

Warna Kuning
Warna kuning adalah warna yang ceria dan mampu merangsang diri untuk kekal dengan mood ceria.

Biru
Warna biru sesuai dengan semua jenis kulit dan ianya juga sesuai untuk aktiviti santai mahu pun formal.
Oren
Warna oren mampu memberi satu semangat yang prihatin, mudah mesra dan sentiasa bergembira. Warna ini juga sesuai dan menarik jika dipadankan dengan warna yang lebih lembut.

Hijau
Warna ini lebih menjurus kepada ketenangan, dan keyakinan orang lain terhadap diri anda. Orang yang gemar akan warna ini selalunya bersikap tenang dan sabar dalam menghadapi sesuatu situasi.


Ungu
Warna ini menggambarkan sifat dominan, bijaksana dan aktif, dan ia juga memberi kesan segak dan kemas.



Jika salah pilih warna…

Kulit akan kelihatan kusam
Lingkaran bawah mata akan kelihatan ketara.
Kehilangan keyakinan diri
Kurang ceria dan kuran bersemangat
Pipi akan keelihatan tembam.


Warna ‘plus’ warna kulit

Kulit gelap
Putih, merah jambu, dan biru muda

Kulit coklat/ sawo matang
Hitam, merah jambu gelap, ungu, kelabu dan biru gelap

Kulit cerah
Putih, biru terang, coklat muda, dan warna-warna yang lebih lembut

Wednesday, 26 October 2011

*Kebaikan Menutup Kepala Melalui Kajian Sains*

Karima Burns melalui artikel nya bertajuk ‘The Science Behind the Veil’ mendedahkan bahawa keputusan ujian perubatan mendapati  40 hingga 60 peratus daripada tahap kepanasan seseorang hilang melalui kepala, pada musim sejuk dengan menutup kepala ia mampu mengawal suhu badan seseorang  sehingga 50 peratus berbanding dengan yang tidak menutup kepala.
Kajian V.G Rocine, seorang pakar otak pula mendapati bahawa fosforus otak mencair pada suhu 42 darjah celsius iaitu sama dengan 108 darjah fahrenheit. Kecairan fosforus otak ini boeh berlaku apabila berada terlalu lama di bawah terik matahari tanpa sebarang penutup kepala kesan suhu panas yang melampau boleh menyebabkan kesihatan otak terjejas.

 Dengan berjilbab di samping mematuhi perintah dan larangan ALLAH SWT, ia juga sebenarnya memberi banyak kebaikan kepada kita.. selain dari kebaikan di atas, dengan berjilbab juga kita mampu mengelakkan diri kita dari merangsang nafsu lelaki yang bersifat pornografi kerana dalam kajian sains lelaki lebih mudah terangsang apabila melihat gambar-gambar erotik berbanding wanita.
Oleh itu jangan terus menerus menyalahkan mereka apabila mereka merenung atau memandang semacam pada anda, teliti keadaan diri anda dulu..  bukan hendak menyebelahi kaum lelaki.. tetapi fikirkanlah kerana wanita itu begitu indah sebab itu lelaki suka memandangnya.. dan sebagai wanita muslim kita seharusnya tahu untuk menyembunyikan keindahan itu demi menyelamatkan kaum lelaki dari tergoda nafsu, sekaligus menyelamatkan diri kita dari murka ALLAH SWT, Nauzubillah, astaghfirullah, astaghfirullah,astaghfirullah..
“Ya Rahim lindungilah diri kami daripada kemurkaan MU.. Amiiin Ya Rabbal alamiin”.

* Info Kesihatan : tentang Headphone @ Alat pendengaran *



Bagi anda-anda yang gemar menggunakan headphone atau alat pendengaran telinga sewaktu melayari internet.... tahukah anda penggunaan headphone atau pun alat pendengaran selama satu jam setiap hari akan membawa kepada risiko stimulasi perkembangan bakteria di dalam telinga sehingga 700 kali ganda!

* Oleh itu... kenalah hati-hati.. semoga bermanfaat (^__^)*

Monday, 24 October 2011

*Produk yang 'Brilliant' ! *

Sekarang ini masalah pencemaran bahan buangan terutamanya bahan2 yang sukar di lupuskan sangat membimbangkan, oleh itu saya nak kongsikan satu produk yang mesra alam yang sangat brilliant (pada pendapat saya).

Piring, dan cawan  yang 100% terbiodegradasikan. Diperbuat daripada serat pokok tebu, dan produk ini adalah mesra alam. Produk ini menarik dan telah diakui selamat oleh FDA, dan ianya lebih kukuh dibandingkan dengan piring kertas yang biasa dan setanding dengan jenama piring iaitu Chinet.


Kelebihan produk ini
  • Dibuat daripada sumber semulajadi yang diperbaharui semula
  • Lebih tahan dari piring kertas biasa.
  • Tahan panas kebolehan gelombang mikro.
  • Boleh masuk peti sejuk.
  • Boleh menampung makanan panas bersuhu sehingga 220 darjah F.
  • Tak lekat minyak
  • Selamat dari toksik dan pencemaran makanan.
  • Pembuatan produk ini juga tidak menyebabkan pencemaran.
  • Kebolehan kitar semula menjadi kertas atau bahan kompos
Selain daripada menggunakan serat pokok tebu. Debu kayu (yang digergaji), sekam padi, serat pokok jagung, serat gandum, kanji kentang dan minyak sayuran boleh diolah semula menjadi pinggan mangkuk dan alatan dapur yang lain dan memenuhi standard ISO 14855.



Saya rasa teknologi ini sangat bijak! Penjualan perkakas mesra alam ini juga sudah ada di Malaysia oleh sebuah syarikat yang bernama SJ BIO-TECH Resources S/B di sem. Malaysia namun belum dijual secara meluas, saya rasa ia patut diperluaskan di seluruh negeri kerana ia dapat membantu dalam menangani masalah pencemaran dan pelupusan sampah dalam negara yang semakin berleluasa.


*Kalau boleh bila shopping tu bawalah shopping bag untuk mengurangkan penggunaan plastik Kalau bukan kita yang menjaga alam sekitar.. jadi siapa lagi? Anda dan saya boleh melakukan perubahan dengan memulakannya.. dan kesimpulannya hargailah alam sekitar kita (^__^)*

Thursday, 20 October 2011

*Lalat Penawar Penyakit?*

Kajian Shope pada lalat rumah telah menemukan sejenis virus bacteriophage yang boleh membunuh kuman-kuman yang menyebabkan penyakit cirit-birit dan demam kepialu.

M.A Stewart pula mendapati lalat yang berbentuk larva, ketika dicelup ke dalam luka-luka akan mengeluarkan bahan amonia dan kalsium karbornat yang menjadikan luka itu alkali, keadaan ini menunjukkan larva itu berfungsi membunuh kuman-kuman penyakit disamping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel.

S.W Simmons mendapati  lendir yang dikeluarkan oleh larva juga mampu membunuh kuman-kuman berbahaya.




W.Robbinson dalam buku karangan Edward Steinhaus bertajuk Insect Immunology, menulis  penemuannya tentang  larva juga mengeluarkan allantoin iaitu bahan protien yang membantu pertumbuhan sel-sel.

Selain dari penemuan-penemuan diatas banyak lagi penemuan-penemuan saintis lain seperti Earnestein, Roleos dan beberapa saintis lagi dan membuktikan bahawa pelbagai penyakit daripada lalat hanya terletak pada kakinya. manakala tubuhnya mengandungi mikkroorganisma yang boleh membunuh kuman-kuman yang hanya akan keluar bila disentuh dengan benda cair.

Caranya adalah dengan merendam lalat tersebut didalam air, apabila direndam ia akan memberi tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikkroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercik keluar.

Penemuan ini sebenarnya bukan suatu penemuan yang baru. Penemuan ini telah diceritakan kepada   umat Islam ribuan tahun yang lalu ini dapat dibuktikab melalui hadis Rasulullah saw.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: " Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang diantara kamu, maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan  pada sayap yang lain terdapat ubat" (HR Al Bukhari)



Wednesday, 5 October 2011

SEBAB TERGUGURNYA PAHALA AMALAN

1. KUFUR, SYIRIK, MURTAD DAN NIFAQ

Firman ALLAH SWT:

“…barang siapa yang murtad diantara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran. Maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal didalamnya.” (Al-Baqarah ; 217)

Firman ALLAH SWT:

“ Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepada mu dan kepada (nabi-nabi) sebelum mu, ‘jika kamu menyekutukan (ALLAH) nescaya akan hapuslah amal mu, dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi.” (Az- Zumar: 65)



2. MENGUNGKIT KEBAIKAN DISERTAI MENYAKITI ORANG YANG DIBERI KEBAIKAN

Firman ALLAH SWT:

“ Orang-orang yang menafkahkan hartanya dijalan ALLAH, kemudian mereka mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti ( si penerima), mereka memperoleh pahala ddi sisi Rabb mereka. Tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati” (Al-Baqarah ; 262)



Sabda Nabi s.a.w:

“Tiga golongan yang ALLAH SWT tidak menerima amal ibadahnya, yang wajib dan yang sunat anak yang menderhaka kepada orang tuanya, orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya dan orang yang mendustai takdir.”



3. MENDUSTAI TAKDIR

Dari Zaid bin Thabit, Ubay bin Ka’ab, Abdullah bin Mas’ud dan Huzaifah bin al-Yaman r.a,

Nabi saw bersabda: “ Seandainya ALLAH AWT mengazab penduduk langit dan bumi, nescaya perkara itu bukanlah kerana kezaliman-Nya. Seandainya ALLAH SWT merahmati mereka nescaya perkara itu kerana rahmat-Nya lebih baik bagi mereka daripada amalan yang mereka lakukan. Dan seandainya kamu menginfak emas sebesar gunung Uhud dijalan ALLAH. ALLAH SWT tidak akan menerimanya sampai kamu beriman kepada takdir dan meyakini bahawa sesuatu yang menimpa mu tidak akan meleset dari mu, dan sesuatu yang tidak menimpa mu tidak akan mengenai mu. Jika engkau mati tanpa meyakini perkara tersebut, kamu pasti masuk neraka.”



4. MENINGGALKAN SOLAT ASAR (WUSTA)

Firman ALLAH SWT :

“Peliharalah segala (solat) mu dan (peliharalah) solat wusta. Berdirilah kerana ALLAH dalam (solat mu) dengan khusyuk” (Al-Baqarah ; 238)



5. MENGHUKUM DOSA DENGAN BERSUMPAH ATAS NAMA ALLAH SWT

Dari Jundub r.a bahawa Rasulullah saw pernah mengisahkan seorang lelaki yang berkata: “Demi ALLAH SWT tidak akan mengampuni si fulan.” Maka ALLAH SWT berfirman: “Siapakah yang lancang bersumpah atas Nama-KU, bahawa Aku tidak akan mengampuni si fulan? Sungguh Aku telah mengampuni si fulan dan menghapus amalan mu”.



6. MENENTANG RASULULLAH SAW DENGAN PERKATAAN DAN PERBUATAN

Firman ALLAH SWT:

“ Hai orang-orang beriman janganlah kamu meninggikan suara mu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata dengan suara kuat sebagaimana kuatnya (suara) sebahagian mu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalan mu, sedangkan kamu tidak menyedari.” (Al-Hujurat ; 2)



7. BERBUAT BIDAAH DALAM AGAMA

Dalam ibadah wajib bagi seorang muslim untuk memenuhi 2 syarat iaitu;

a) Mengikhlaskan segala ibadahnya untuk ALLAH SWT semata-mata dan tidak ada sekutu bagi-Nya

b) Menjalankan perintah ALLAH SWT (yang dengannya Rasulullah saw di utus) sebagaimana yang diterangkan olehRasulullah saw.

Dan sekiranya ibadah yang dilakukan menyelisih dari dua syarat ini, bererti ia adalah bidaah iaitu sesuatu yang baru dalam agama.

Sabda Nabi saw:

“Barangsiapa yang menciptakan (mengada-ada) dalam agama ini yang bukan berasal darinya, maka dia tertolak. (dalam riwayat lain) “Barang siapa yang beramala dengan suatu amalan yang tidak berasaskan kepada agama kami maka ia tertolak.



8. RIAK

Firman ALLAH SWT:

“ Maka kecelakaan bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dalam solatnya. Orang-orang yang melakukan riak dan enggan (menolong dengan) barang berguna.

(Al-Maun; 4-7)



9. MELANGGAR LARANGAN-LARANGAN ALLAH SWT KETIKA BERSENDIRIAN

Dari Tsauban r.a, Nabi Muhammad saw bersabda:

“ Sungguh aku tahu (bahawa) beberapa kaum dari umat ku ada yang datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah lantas ALLAH SWT menjadikannya bagaikan debu yang berterbangan. Tsauban r.a berkata “ Wahai Rasulullah, sebutkanlah sifat-sifat mereka kepada kami, jelaskanlah ciri-ciri mereka kepada kami, agar kami tidak masuk dalam golongan mereka. Sedangkan kami tidak menyedarinya. Baginda bersabda, ketahuilah mereka adalah saudara kamu dan kulit mereka juga sama seperti kamu. Mereka menjadikan sebahagian malam untuk beribadah sebagaimana yang kamu lakukan. Akan tetapi mereka adalah orang-orang yang apabila bersendirian mereka melanggar larangan-larangan ALLAH 
SWT. 



10. SENANG DENGAN DIBUNUHNYA ORANG MUKMIN

Firman ALLAH SWT:

“Dan barangsiapa yang membunuh seseorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah jahanam, dia kekal didalamnya dan ALLAH SWT murka kepadanya, dan mengutuknya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (An-Nisa: 93)


11. TINGGAL BERSAMA KAUM MUSYRIK DI HARBI

Dari Bahz bin Hkm, daripada ayahnya, datuknya berkata: “Wahai Nabi ALLAH, dulu bersumpah lebih dari jumlah ini untuk tidak mendatangi mu dan mengikut agama mu. Dahulu aku tidak melupakan apapun , selain apa yang diajarkan oleh ALLH SWT dan Rasul-Nya, dengan nama ALLAH aku ingin bertanya kepada mu. Dengan apakah Rabb mu mengutusmu kepada kami? Baginda saw menjawab dengan membawa Islam. Dia bertanya kembali apakah ciri-ciri Islam itu? Baginda saw bersabda:

“Engkau mengatakan ‘aku menyerahkan wajah (diri)ku kepada ALLAH SWT dan hanya beribadah kepada-Nya. Engkau dirirkan solat dan tunaikan zakat. Setiap muslim atas muslim yang lain adalah haram, dan mereka adalah 2 saudara yang saling menolong. ALLAH SWT tidak akan menerima amalan orang musyrik setelah memeluk Islam sampai dia meninggalkan (negeri) kamu musyrikin menuju (negeri) kaum muslimin.”


12. MENDATANGI DUKUN DAN PERAMAL

Sabda Rasulullah saw:

“Sesiapa yang mendatangi peramal lalu bertanyakan kepadanya tentang sesuatu maka solatnya tidak diterima selama 40 hari”.

Dan

“Barangsiapa yang mendatangi peramal atau dukun, lalu membenarkan apa yang dia katakan, sungguh dia telah kafir kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad saw”.


13. DERHAKA KEPADA KEDUA ORANG TUA

Firman ALLAH SWT:
“ Dan Rabb mu telah memerintahkan kepada supaya kamu jangan beribadah kepada selain-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya”. (Al-Isra’:23)

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapa mu dan hanya kepada-Ku lah kembalimu” (Luqman;14)



14. PEMINUM KHAMAR (MINUMAN KERAS)

Sabda Rasulullah saw:

“Apabila peminum khamar mati, dia akan bertemu dengan ALLAH SWT, sama seperti penyembah berhala”



15. BERKATA DUSTA DAN BERAMAL DENGANNYA

Sabda Rasulullah saw;

“Siapa tidak meninggalkan perkataan dusta dan dia beramal dengannya, maka ALLAH SWT tidak berkeinginan terhadap makan dan minum yang ditinggalkannya (Puasanya)”.



16. MEMELIHARA ANJING KECUALI UNTUK MENJAGA TERNAKAN, KEBUN ATAU MEMBURU


Sabda Rasulullah saw:

“Barangsiapa yang menjaga anjing maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirat (dalam riwayat lain: ‘2 qirat’) kecuali anjing untuk menjaga tanaman atau ternakan.”



17. HAMBA YANG LARI SEHINGGA DIA KEMBALI PADA MAJIKANNYA


18. WANITA YANG DERHAKA KEPADA SUAMI SEHINGGA DIA KEMBALI TAAT

Sabda Rasulullah saw:

“Dua golongan yang solatnya tidak melewati kepalanya (tidak diterima ALLLAH SWT) hamba yang lari dari tuannya sampai dia kembali dan wanita yang derhaka kepada suaminya sampai dia kembali (taat)”.



19. ORANG YANG MENJADI IMAM SEDANGKAN DIA BENCI KEPADANYA

Sabda Rasulullah saw:

“Tiga golongan yang solatnya tidak melewati telinganya (tidak diterima ALLAH) hamba yang lari sampai dia kembali, wanita yang melewati malam sedangan suaminya marah padanya, dan imam suatu kaum sementara mereka membencinya”.


20.TIDAK MENYAPA SAUDARA SESAMA MUSLIM TANPA ALASAN SYAR’I

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

“Pintu-pintu syurga dibuka setiap hari Isnin dan khamis, maka diampunilah setiap hamba yang tidak menyekutukan ALLAH SWT dengan sesuatu apa pun, kecuali seseorang yang bertengkar dengan saudaranya. Dikatakan (kepada malaikat) tunggulah sampai kedua-duanya berdamai, tunggulah sampai kedua-duanya berdamai, tunggulah sampai kedua-duanya berdamai."



* Semoga kita terhindar dari perkara-perkara yang menggugurkan pahala amalan ameen. Semoga bermanfaat untuk yang membaca. (^__^)*









Monday, 26 September 2011

TENTANG KUKU DAN CINCIN

Hal tentang KUKU..

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.....oleh itu potonglah kuku anda. 


 Dari sudut kesihatan pula, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Orang yang suka berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

So.. untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.



Hal tentang CINCIN pula..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari), dan jangan pakai di jari tengah dan jari telunjuk.


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang saja kita dapat pahala.

**SHARE LAH PADA KENGKAWAN YANG MUNGKIN BELUM TAHU..NANTI KITA PUN DAPAT PAHALA JUGA** (^__^)*




Thursday, 22 September 2011

THE SENSE OF A GOOSE

Next autumn, when you see geese heading south for the winter, flying in a “V” formation, you might consider what science has discovered as to why they fly that way. As each bird flaps its wings,it creates uplift for the bird immediately following. By flying in a “V” formation, the whole flock adds at least 71 percent greater flying range than if each bird flew on its own.


People who share a common direction and sense of community can get where they are going more quickly and easily, because they are traveling on the thrust of one another.

When a goose falls out of formation, it suddenly feels the drag and resistance of trying to go it alone and quickly gets back into formation to take advantage of the lifting power of the bird in front. If we have the sense of a goose, we will stay in formation with those people who are heading the same way we are. 

When the head goose gets tired, it rotates back in the wing and another goose flies point.
It is sensible to take turns doing demanding jobs, whether with people or with geese flying south. Geese honk from behind to encourage those up front to keep up their speed.
What message do we give when we honk from behind?


Finally, when a goose gets sick or is wounded by gunshot, and falls out of the formation, two other geese fall out with that goose and follow it down to lend help and protection. 

They stay with the fallen goose until it is able to fly or until it dies; and only then do they launch out on their own, or with another formation to catch up with their own group.





** we actually can learn something by just learning the habitat surrounding us.. but we are usually too busy to notice all that..**

Saturday, 17 September 2011

10 Surah yang Mujarab

SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DUKHAAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita. 



 

SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Thursday, 4 August 2011

Gambaran Hari Kiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.


Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi