Saturday 18 January 2014

Bercinta tanpa ber'COUPLE'

Bercinta tanpa bercouple..?
Boleh ke..?

Jawapannya... Boleh!
Macam mana tu..?

Bercintalah melalui sentuhan hati ke hati... jika kita ikhlas cinta kan seseorang tu.. sudah tentu sentuhan tu akan berjaya menyentuh hati si dia.. apatah lagi jikalau si dia tu memang ALLAH jadikan untuk kita... lagi lah senang.

macam mana nak tau ianya sampai atau tidak..?
Bila kita rasa kita tenang bila ingat si dia...
dan kita rasa semakin sayang dekat dia..
Walaupun dia jauh dari kita..

Jadikanlah ALLAH sebagai pengantara
Bila merasa rindu.. luahkan segala isi hati  kita padaNYA
kerana DIAlah yang lebih tahu isi hati setiap hambaNYA..
dan DIA jugalah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita

Masukkan sidia dalam list doa kita
agar si dia sentiasa terpelihara dari mudarat
dan agar cinta yang wujud itu di rahmati ALLAH swt..

Bercouple tu hanya akan mengurangkan nikmat dalam alam perkahwinan kelak..
Logik kan..?setuju tak...?



Cinta itu akan menjadi RAHMAT apabila kita mendasarkan
 rasa cinta itu pada cinta kita pada ALLAH swt.
Dan, cinta itu boleh jadi cinta yang di LAKNAT bila kita mendasarkannya pada nafsu dan melakukan perkara yang haram walla hu 'alam, Sama-sama kita muhasabah diri.