Monday 31 October 2011

Bicara Hati *

Hurmm… merenung tanah yang baru dihujani embun pagi… tersingkap sejenak beberapa kejadian yang berlaku sebelum ini.. macam-macam… tapi syukur kerana diri dapat mengatasi semuanya dengan baik.. dan syukur kerana masih di beri peluang oleh-Nya. Walau sebelum ini banyak terlalai dek melayan kerenah diri sebagai seorang remaja yang suka memberontak inginkan kebebasan,. terlupa sejenak asal dan.. siapa pemilik diri ini..

“ Kebajikan apa pun yang kamu peroleh, adalah dari sisi Allah, dan keburukan apa pun yang menimpa mu, itu dari (kesalahan) diri mu sendiri”. (An-Nisa : 79)

Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullahhaladzim…

Namun Dia masih menyayangi , walau  pernah lalai dan melupakan-Nya Dia tetap memberikan ruang untuk diri ini mempelajari dan menyedari sesuatu dari setiap kesilapan yang di lakukan.. dan Dia menunjukkan kasih sayang-Nya.. yang tersembunyi di sebalik kekecewaan.

 “ Dan ketahuilah sekiranya seluruh umat berhimpun untuk memberikan sesuatu manfaat kepada engkau, mereka tidak akan dapat berbuat sedikit pun melainkan dengan suatu yang telah Allah tetapkan kepada kamu, sekiranya mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan ke atas kamu. Telah pun diangkat dan segala pena dan telah keringlah segala buku. (segalanya telah ditetapkan oleh takdir dan ditulis di Luh Mahfuz)”. (HR Al-Tarmizi dan Ahmad).

Syukurnya tidak terhingga kerana  masih mampu untuk menyedari semua ini.. dan tidak terus hanyut jauh dari petunjuk-Nya.

Aku yakin tiada suatu apa pun yang berlaku merupakan satu kebetulan melainkan telah tertulis dalam takdir-Nya .. Kenapa.. Mengapa.. dan Bagaimana.. ? Hanya Dia saja yang tahu jawapannya.. Tak perlu membazirkan masa untuk cuba mencari jawapan bagi semua yang belum pasti itu.. dan cukuplah hanya dengan berdoa pada-Nya agar sentiasa diberikan petunjuk dan tidak tersasar langkah ini.

Setiap dugaan ada hikmah disebaliknya...Ibarat pelangi selepas hujan panas..


Aku redha dengan ujian yang melanda.. syukur kerana ujian yang diberikan .. mendekatkan diri kepada-Nya, dan bukan ujian yang menjauhkan diri daripada-Nya..

Firman-Nya “ Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barangsiapa disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi” (Al-Anfal: 178)

“(ingatlah), ketika Allah membuat kamu mengantuk untuk memberi ketenteraman dari-Nya, dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu denga (hujan) itu dan menghilangkan gangguan setan dari dirimu dan untuk menguatkan hati mu serta memperteguhkan telapak kaki mu (teguh pendirian)”. (Al-Anfal : 11)

Allhamdulillah ..Allhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur ya Allah.. semoga orang lain juga merasai nikmat kesyukuran ini. (^__^)*

Saturday 29 October 2011

Kakak dan Adik : Cerita Pinggan *

KAKAK : Adik, bayangkan adik berada di rumah orang lain dan makan di rumahnya.

ADIK    : Kenapa pula?

KAKAK :  Jangan tanya dulu.. buat saja apa kakak suruh..
        
(Si adik yang masih keliru menurut )

KAKAK :  Selepas makan, adik pasti akan mencuci pinggan 
              yang adik gunakan kan?


ADIK    : Iya sudah tentu..


KAKAK : Okay, kalau masa adik nak cuci tu adik nampak ada banyak
             pinggan-pinggan yang lain di dalam sinki apa adik akan buat?


ADIK    : Saya akan tolonglah cuci sekali semua pinggan tu.


(jawab adiknya dengan yakin)


KAKAK : Okay, tapi kalau di rumah kita keadaan yang sama berlaku?
             Macam mana?


ADIK   : Adiknya terdiam dan tersengih.


(si kakak tahu adiknya sudah mula sedar apa yang cuba mahu di sampaikan olehnya)


KAKAK : Akak tahu mesti adik cuci pinggan adik saja kan? Tapi kenapa?

(si adik cuma diam membisu, kerana apa yang kakaknya katakan itu benar)

KAKAK : Biar akak teka,Cuma ada dua kemungkinan kenapa adik tolong
             cuci pinggan bila dekat rumah orang tapi tidak bila dirumah.
             Sebab pertama , adik rasa terhutang budi, sebab orang tu dah
             bagi adik makan jadi kenalah balas budi.. Kedua, adik tak 
             nak orang tu cakap adik malas, dalam erti kata lain adik nak
             kena puji.. betul tak ? Jadi mana satu alasan adik?


ADIK    : Sebab yang pertama …. (sambil tertunduk-tunduk )


KAKAK : Kalau atas alasan nak balas budi adik buat macam tu.. memang
             baik.. tapi.. adik sedar tak siapa yang lebih berbudi banyak
             pada adik? keluarga sendiri ke.. atau pun.. orang lain?


ADIK    : Mmm.. (diam)


KAKAK : Bila adik sakit siapa yang akan jaga adik? Keluarga kan?
             Makan minum adik, perbelanjaan adik siapa yang urus ? Ahli
             keluarga juga kan? Kalau adik minta dekat orang lain belum
             tentu dapat lagi.. ini pun belum sebut semua.. betul tak..?
             Kalau adik berniat nak balas budi orang lain.. kenapa tidak
             dengan keluarga sendiri..? Adik faham tak..?


(Adiknya hanya mengangguk-angguk faham)


KAKAK : Dan.. kalau adik guna alasan yang kedua pula.. memang tak
             baik.. sebab itu tandanya adik tak ikhlas dalam melakukan
             sesuatu.. jadi.. sia-sia sajalah, sebab.. adik Cuma dapat
             pujian yang bersifat sementara adik tak dapat pahala yang
             bersifat kekal.. adik faham tak?


(Adiknya mengangguk lagi)


KAKAK : Jadi apa kesimpulannya?


ADIK    : Buat kerja mesti ikhlas dan mesti tahu akan tanggungjawab 
             sendiri terutamanya pada keluarga sendiri.


KAKAK : Bagus! Bijak adik kakak ni… (diikuti dengan senyuman )



*Kadang-kadang tanpa sedar kita lebih mementingkan orang lain dari keluarga kita sendiri, walhal keluargalah yang patut diutamakan terlebih dahulu, walau seburuk mana pun ahli keluarga kita, mereka tetap dari darah daging kita sendiri dan mereka jugalah yang akan sanggup bersusah dan senang bersama kita.. (^__^)*

Wednesday 26 October 2011

*Kebaikan Menutup Kepala Melalui Kajian Sains*

Karima Burns melalui artikel nya bertajuk ‘The Science Behind the Veil’ mendedahkan bahawa keputusan ujian perubatan mendapati  40 hingga 60 peratus daripada tahap kepanasan seseorang hilang melalui kepala, pada musim sejuk dengan menutup kepala ia mampu mengawal suhu badan seseorang  sehingga 50 peratus berbanding dengan yang tidak menutup kepala.
Kajian V.G Rocine, seorang pakar otak pula mendapati bahawa fosforus otak mencair pada suhu 42 darjah celsius iaitu sama dengan 108 darjah fahrenheit. Kecairan fosforus otak ini boeh berlaku apabila berada terlalu lama di bawah terik matahari tanpa sebarang penutup kepala kesan suhu panas yang melampau boleh menyebabkan kesihatan otak terjejas.

 Dengan berjilbab di samping mematuhi perintah dan larangan ALLAH SWT, ia juga sebenarnya memberi banyak kebaikan kepada kita.. selain dari kebaikan di atas, dengan berjilbab juga kita mampu mengelakkan diri kita dari merangsang nafsu lelaki yang bersifat pornografi kerana dalam kajian sains lelaki lebih mudah terangsang apabila melihat gambar-gambar erotik berbanding wanita.
Oleh itu jangan terus menerus menyalahkan mereka apabila mereka merenung atau memandang semacam pada anda, teliti keadaan diri anda dulu..  bukan hendak menyebelahi kaum lelaki.. tetapi fikirkanlah kerana wanita itu begitu indah sebab itu lelaki suka memandangnya.. dan sebagai wanita muslim kita seharusnya tahu untuk menyembunyikan keindahan itu demi menyelamatkan kaum lelaki dari tergoda nafsu, sekaligus menyelamatkan diri kita dari murka ALLAH SWT, Nauzubillah, astaghfirullah, astaghfirullah,astaghfirullah..
“Ya Rahim lindungilah diri kami daripada kemurkaan MU.. Amiiin Ya Rabbal alamiin”.

* Info Kesihatan : tentang Headphone @ Alat pendengaran *



Bagi anda-anda yang gemar menggunakan headphone atau alat pendengaran telinga sewaktu melayari internet.... tahukah anda penggunaan headphone atau pun alat pendengaran selama satu jam setiap hari akan membawa kepada risiko stimulasi perkembangan bakteria di dalam telinga sehingga 700 kali ganda!

* Oleh itu... kenalah hati-hati.. semoga bermanfaat (^__^)*

Monday 24 October 2011

*Produk yang 'Brilliant' ! *

Sekarang ini masalah pencemaran bahan buangan terutamanya bahan2 yang sukar di lupuskan sangat membimbangkan, oleh itu saya nak kongsikan satu produk yang mesra alam yang sangat brilliant (pada pendapat saya).

Piring, dan cawan  yang 100% terbiodegradasikan. Diperbuat daripada serat pokok tebu, dan produk ini adalah mesra alam. Produk ini menarik dan telah diakui selamat oleh FDA, dan ianya lebih kukuh dibandingkan dengan piring kertas yang biasa dan setanding dengan jenama piring iaitu Chinet.


Kelebihan produk ini
  • Dibuat daripada sumber semulajadi yang diperbaharui semula
  • Lebih tahan dari piring kertas biasa.
  • Tahan panas kebolehan gelombang mikro.
  • Boleh masuk peti sejuk.
  • Boleh menampung makanan panas bersuhu sehingga 220 darjah F.
  • Tak lekat minyak
  • Selamat dari toksik dan pencemaran makanan.
  • Pembuatan produk ini juga tidak menyebabkan pencemaran.
  • Kebolehan kitar semula menjadi kertas atau bahan kompos
Selain daripada menggunakan serat pokok tebu. Debu kayu (yang digergaji), sekam padi, serat pokok jagung, serat gandum, kanji kentang dan minyak sayuran boleh diolah semula menjadi pinggan mangkuk dan alatan dapur yang lain dan memenuhi standard ISO 14855.



Saya rasa teknologi ini sangat bijak! Penjualan perkakas mesra alam ini juga sudah ada di Malaysia oleh sebuah syarikat yang bernama SJ BIO-TECH Resources S/B di sem. Malaysia namun belum dijual secara meluas, saya rasa ia patut diperluaskan di seluruh negeri kerana ia dapat membantu dalam menangani masalah pencemaran dan pelupusan sampah dalam negara yang semakin berleluasa.


*Kalau boleh bila shopping tu bawalah shopping bag untuk mengurangkan penggunaan plastik Kalau bukan kita yang menjaga alam sekitar.. jadi siapa lagi? Anda dan saya boleh melakukan perubahan dengan memulakannya.. dan kesimpulannya hargailah alam sekitar kita (^__^)*

Thursday 20 October 2011

*Lalat Penawar Penyakit?*

Kajian Shope pada lalat rumah telah menemukan sejenis virus bacteriophage yang boleh membunuh kuman-kuman yang menyebabkan penyakit cirit-birit dan demam kepialu.

M.A Stewart pula mendapati lalat yang berbentuk larva, ketika dicelup ke dalam luka-luka akan mengeluarkan bahan amonia dan kalsium karbornat yang menjadikan luka itu alkali, keadaan ini menunjukkan larva itu berfungsi membunuh kuman-kuman penyakit disamping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel.

S.W Simmons mendapati  lendir yang dikeluarkan oleh larva juga mampu membunuh kuman-kuman berbahaya.




W.Robbinson dalam buku karangan Edward Steinhaus bertajuk Insect Immunology, menulis  penemuannya tentang  larva juga mengeluarkan allantoin iaitu bahan protien yang membantu pertumbuhan sel-sel.

Selain dari penemuan-penemuan diatas banyak lagi penemuan-penemuan saintis lain seperti Earnestein, Roleos dan beberapa saintis lagi dan membuktikan bahawa pelbagai penyakit daripada lalat hanya terletak pada kakinya. manakala tubuhnya mengandungi mikkroorganisma yang boleh membunuh kuman-kuman yang hanya akan keluar bila disentuh dengan benda cair.

Caranya adalah dengan merendam lalat tersebut didalam air, apabila direndam ia akan memberi tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikkroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercik keluar.

Penemuan ini sebenarnya bukan suatu penemuan yang baru. Penemuan ini telah diceritakan kepada   umat Islam ribuan tahun yang lalu ini dapat dibuktikab melalui hadis Rasulullah saw.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: " Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang diantara kamu, maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan  pada sayap yang lain terdapat ubat" (HR Al Bukhari)



Monday 17 October 2011

*Doa yang boleh di amalkan yang dipetik dari Al-Quran*


" Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka" (Al-Baqarah:201)


"Wahai Tuhan kami janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada oeang-orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Maafkanlah kami, kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir" ( Al-Baqarah:286)


"Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan kami sebenarnya siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya "berimanlah kamu kepada Tuhan mu" maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan kami berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-Rasul Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji" ( Al-Imran:191-194)

"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepada-Mu)" (Al-A'raf:126)


"Wahai Tuhan ku jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, demikianlah juga zuriat  keturunan ku. Wahai Tuhan kami perkenankanlah doa permohonan ku" (Ibrahim:40)

"Wahai Tuhan kami berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
(Ibrahim:41)





Thursday 13 October 2011

~CUKUPLAH DIA YANG MENGETAHUINYA~

Tatkala bibir ingin berbicara
Ku tuliskan ia menjadi sebuah puisi
Tatkala hati merindu
Ku curahkan ia dengan menyulam bait kata-kata

Tatkala diri gelisah
Ku curahkan segala kegelisahan pada-Nya
Tatkala diri dilanda kesedihan dan kecewa
Ku adukan segalanya pada-Nya

Tatkala gembira
ku gambarkan ia melalui ukiran senyuman
dan kuceritakan kepada-Nya

Dan cukuplah Dia yang memelihara dan melindungi ku
Dan cukuplah dia yang menjaga segala urusan ku
Dan cukuplah Dia yang menilai diri ku
Dan cukuplah Dia tempat aku memohon
Dan cukuplah kasih sayang-Nya menenangkan kegelisahan ku
Dan cukuplah Dia menjadi perantara ku dengan dirinya yang  masih tidak aku ketahui..



*Semoga DIA sentiasa merahmati dan memelihara dirinya dan semoga dipermudahkan urusannya dunia dan akhirat.. (^__^)*

Thursday 6 October 2011

~SATU NAMA YANG KU SEMAT DIHATI~

Antara kita tiada rahsia, susah dan senang tetap bersama.. Terpatri Nama-Mu Engkau takkan ku lupa.

Sekian lama aku menempuh hari-hari ku, menempuh segala rencana-Mu, walau lelah ku rasakan, namun harus ku teruskan jua.

Saat gembira dan duka ku.. ku ceritakan pada-Mu, semoga dikuatkan oleh-Mu sanubari dan jasadku

Pantas masa berlalu meninggalkan diri ini, tanpa disedari bertambahlah usia ini.. segala pengalaman dan pengajaran ku simpan ku bingkaikan kenangan, dan kadang ku terharu tika ku temui hikmah disebaliknya..

Perjalanan ku masih jauh.. jalan yang berliku bakal ku tempuhi, sejenak mengimbas kenangan semalam, jadi azimat penguat semangat menempuh masa hadapan, harapan ku Engkau selalu melindungi ku

Pada ku Engkau penghibur duka pengubat hati resah kecewa, di kelam malam ku Engkau bawa cahaya.. semoga diri ini mencapai redha-Mu

Akan ku sematkan Nama-Mu dihati ku selamanya.. 


Wednesday 5 October 2011

SEBAB TERGUGURNYA PAHALA AMALAN

1. KUFUR, SYIRIK, MURTAD DAN NIFAQ

Firman ALLAH SWT:

“…barang siapa yang murtad diantara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran. Maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal didalamnya.” (Al-Baqarah ; 217)

Firman ALLAH SWT:

“ Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepada mu dan kepada (nabi-nabi) sebelum mu, ‘jika kamu menyekutukan (ALLAH) nescaya akan hapuslah amal mu, dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi.” (Az- Zumar: 65)



2. MENGUNGKIT KEBAIKAN DISERTAI MENYAKITI ORANG YANG DIBERI KEBAIKAN

Firman ALLAH SWT:

“ Orang-orang yang menafkahkan hartanya dijalan ALLAH, kemudian mereka mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti ( si penerima), mereka memperoleh pahala ddi sisi Rabb mereka. Tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati” (Al-Baqarah ; 262)



Sabda Nabi s.a.w:

“Tiga golongan yang ALLAH SWT tidak menerima amal ibadahnya, yang wajib dan yang sunat anak yang menderhaka kepada orang tuanya, orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya dan orang yang mendustai takdir.”



3. MENDUSTAI TAKDIR

Dari Zaid bin Thabit, Ubay bin Ka’ab, Abdullah bin Mas’ud dan Huzaifah bin al-Yaman r.a,

Nabi saw bersabda: “ Seandainya ALLAH AWT mengazab penduduk langit dan bumi, nescaya perkara itu bukanlah kerana kezaliman-Nya. Seandainya ALLAH SWT merahmati mereka nescaya perkara itu kerana rahmat-Nya lebih baik bagi mereka daripada amalan yang mereka lakukan. Dan seandainya kamu menginfak emas sebesar gunung Uhud dijalan ALLAH. ALLAH SWT tidak akan menerimanya sampai kamu beriman kepada takdir dan meyakini bahawa sesuatu yang menimpa mu tidak akan meleset dari mu, dan sesuatu yang tidak menimpa mu tidak akan mengenai mu. Jika engkau mati tanpa meyakini perkara tersebut, kamu pasti masuk neraka.”



4. MENINGGALKAN SOLAT ASAR (WUSTA)

Firman ALLAH SWT :

“Peliharalah segala (solat) mu dan (peliharalah) solat wusta. Berdirilah kerana ALLAH dalam (solat mu) dengan khusyuk” (Al-Baqarah ; 238)



5. MENGHUKUM DOSA DENGAN BERSUMPAH ATAS NAMA ALLAH SWT

Dari Jundub r.a bahawa Rasulullah saw pernah mengisahkan seorang lelaki yang berkata: “Demi ALLAH SWT tidak akan mengampuni si fulan.” Maka ALLAH SWT berfirman: “Siapakah yang lancang bersumpah atas Nama-KU, bahawa Aku tidak akan mengampuni si fulan? Sungguh Aku telah mengampuni si fulan dan menghapus amalan mu”.



6. MENENTANG RASULULLAH SAW DENGAN PERKATAAN DAN PERBUATAN

Firman ALLAH SWT:

“ Hai orang-orang beriman janganlah kamu meninggikan suara mu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata dengan suara kuat sebagaimana kuatnya (suara) sebahagian mu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalan mu, sedangkan kamu tidak menyedari.” (Al-Hujurat ; 2)



7. BERBUAT BIDAAH DALAM AGAMA

Dalam ibadah wajib bagi seorang muslim untuk memenuhi 2 syarat iaitu;

a) Mengikhlaskan segala ibadahnya untuk ALLAH SWT semata-mata dan tidak ada sekutu bagi-Nya

b) Menjalankan perintah ALLAH SWT (yang dengannya Rasulullah saw di utus) sebagaimana yang diterangkan olehRasulullah saw.

Dan sekiranya ibadah yang dilakukan menyelisih dari dua syarat ini, bererti ia adalah bidaah iaitu sesuatu yang baru dalam agama.

Sabda Nabi saw:

“Barangsiapa yang menciptakan (mengada-ada) dalam agama ini yang bukan berasal darinya, maka dia tertolak. (dalam riwayat lain) “Barang siapa yang beramala dengan suatu amalan yang tidak berasaskan kepada agama kami maka ia tertolak.



8. RIAK

Firman ALLAH SWT:

“ Maka kecelakaan bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dalam solatnya. Orang-orang yang melakukan riak dan enggan (menolong dengan) barang berguna.

(Al-Maun; 4-7)



9. MELANGGAR LARANGAN-LARANGAN ALLAH SWT KETIKA BERSENDIRIAN

Dari Tsauban r.a, Nabi Muhammad saw bersabda:

“ Sungguh aku tahu (bahawa) beberapa kaum dari umat ku ada yang datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah lantas ALLAH SWT menjadikannya bagaikan debu yang berterbangan. Tsauban r.a berkata “ Wahai Rasulullah, sebutkanlah sifat-sifat mereka kepada kami, jelaskanlah ciri-ciri mereka kepada kami, agar kami tidak masuk dalam golongan mereka. Sedangkan kami tidak menyedarinya. Baginda bersabda, ketahuilah mereka adalah saudara kamu dan kulit mereka juga sama seperti kamu. Mereka menjadikan sebahagian malam untuk beribadah sebagaimana yang kamu lakukan. Akan tetapi mereka adalah orang-orang yang apabila bersendirian mereka melanggar larangan-larangan ALLAH 
SWT. 



10. SENANG DENGAN DIBUNUHNYA ORANG MUKMIN

Firman ALLAH SWT:

“Dan barangsiapa yang membunuh seseorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah jahanam, dia kekal didalamnya dan ALLAH SWT murka kepadanya, dan mengutuknya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (An-Nisa: 93)


11. TINGGAL BERSAMA KAUM MUSYRIK DI HARBI

Dari Bahz bin Hkm, daripada ayahnya, datuknya berkata: “Wahai Nabi ALLAH, dulu bersumpah lebih dari jumlah ini untuk tidak mendatangi mu dan mengikut agama mu. Dahulu aku tidak melupakan apapun , selain apa yang diajarkan oleh ALLH SWT dan Rasul-Nya, dengan nama ALLAH aku ingin bertanya kepada mu. Dengan apakah Rabb mu mengutusmu kepada kami? Baginda saw menjawab dengan membawa Islam. Dia bertanya kembali apakah ciri-ciri Islam itu? Baginda saw bersabda:

“Engkau mengatakan ‘aku menyerahkan wajah (diri)ku kepada ALLAH SWT dan hanya beribadah kepada-Nya. Engkau dirirkan solat dan tunaikan zakat. Setiap muslim atas muslim yang lain adalah haram, dan mereka adalah 2 saudara yang saling menolong. ALLAH SWT tidak akan menerima amalan orang musyrik setelah memeluk Islam sampai dia meninggalkan (negeri) kamu musyrikin menuju (negeri) kaum muslimin.”


12. MENDATANGI DUKUN DAN PERAMAL

Sabda Rasulullah saw:

“Sesiapa yang mendatangi peramal lalu bertanyakan kepadanya tentang sesuatu maka solatnya tidak diterima selama 40 hari”.

Dan

“Barangsiapa yang mendatangi peramal atau dukun, lalu membenarkan apa yang dia katakan, sungguh dia telah kafir kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad saw”.


13. DERHAKA KEPADA KEDUA ORANG TUA

Firman ALLAH SWT:
“ Dan Rabb mu telah memerintahkan kepada supaya kamu jangan beribadah kepada selain-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya”. (Al-Isra’:23)

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapa mu dan hanya kepada-Ku lah kembalimu” (Luqman;14)



14. PEMINUM KHAMAR (MINUMAN KERAS)

Sabda Rasulullah saw:

“Apabila peminum khamar mati, dia akan bertemu dengan ALLAH SWT, sama seperti penyembah berhala”



15. BERKATA DUSTA DAN BERAMAL DENGANNYA

Sabda Rasulullah saw;

“Siapa tidak meninggalkan perkataan dusta dan dia beramal dengannya, maka ALLAH SWT tidak berkeinginan terhadap makan dan minum yang ditinggalkannya (Puasanya)”.



16. MEMELIHARA ANJING KECUALI UNTUK MENJAGA TERNAKAN, KEBUN ATAU MEMBURU


Sabda Rasulullah saw:

“Barangsiapa yang menjaga anjing maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirat (dalam riwayat lain: ‘2 qirat’) kecuali anjing untuk menjaga tanaman atau ternakan.”



17. HAMBA YANG LARI SEHINGGA DIA KEMBALI PADA MAJIKANNYA


18. WANITA YANG DERHAKA KEPADA SUAMI SEHINGGA DIA KEMBALI TAAT

Sabda Rasulullah saw:

“Dua golongan yang solatnya tidak melewati kepalanya (tidak diterima ALLLAH SWT) hamba yang lari dari tuannya sampai dia kembali dan wanita yang derhaka kepada suaminya sampai dia kembali (taat)”.



19. ORANG YANG MENJADI IMAM SEDANGKAN DIA BENCI KEPADANYA

Sabda Rasulullah saw:

“Tiga golongan yang solatnya tidak melewati telinganya (tidak diterima ALLAH) hamba yang lari sampai dia kembali, wanita yang melewati malam sedangan suaminya marah padanya, dan imam suatu kaum sementara mereka membencinya”.


20.TIDAK MENYAPA SAUDARA SESAMA MUSLIM TANPA ALASAN SYAR’I

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

“Pintu-pintu syurga dibuka setiap hari Isnin dan khamis, maka diampunilah setiap hamba yang tidak menyekutukan ALLAH SWT dengan sesuatu apa pun, kecuali seseorang yang bertengkar dengan saudaranya. Dikatakan (kepada malaikat) tunggulah sampai kedua-duanya berdamai, tunggulah sampai kedua-duanya berdamai, tunggulah sampai kedua-duanya berdamai."



* Semoga kita terhindar dari perkara-perkara yang menggugurkan pahala amalan ameen. Semoga bermanfaat untuk yang membaca. (^__^)*









Monday 3 October 2011

SABARLAH WAHAI HATI

Tabahlah wahai hati walau segunung cabaran melanda. walau terkadang engkau jatuh dan cedera, bangunlah semula dan ubati luka itu.

Bila engkau hampir-hampir tersasar, cepat-cepatlah sedar akan tempat pijaknya diri. Teruslah berjalan di bumi yang tua ini. Selagi nyawa dikandung badan selagi nafas belum terhenti.. hadapilah apa yang ada dihadapan mu.

Tak kan bisa kau mengelak takdir, tak kan bisa kau menghenti masa.. dan tak ada cara lain selain dari menghadapinya. Yakinlah apa yang terjadi ini adalah rencana yang sudah tertulis untuk mu.


Usah kesal dan bersedih, segala sesuatu terjadi ada sebab musababnya, ada hikmah disebaliknya. Ini adalah ujian untuk mu maka berusahalah untuk menghadapinya dengan tabah dan sabar.

Mintalah, mohonlah dan mengadulah pada ALLAH SWT, lepaskan kesedihan mu pada-Nya kerana dia Maha mengerti.. ingatlah DIA dan jangan pernah lupa. Kerana DIAlah yang berkuasa atas mu dan hanya DIA yang mampu memberikan keselamatan pada mu.

** Wahai hati.. sabarlah menempuh dugaan mu ini, yakinlah bahawa ini adalah ujian demi meninggikan martabat mu sebagai hamba-Nya**

Sunday 2 October 2011

AKU SI KUCING JALANAN

Hidup ku ibarat kais pagi makan pagi..

Kais petang makan petang..



Untung-untung dapat bertemu dengan insan pemurah..

Pasti berbeza hari ku dari yang biasa..

kadang pula malang menimpa tika bertemu dengan insan yang angkuh..

Kalau tak di usir.. aku di pukul… 



Aku tahu aku kotor..

Dan bukan niat ku untuk mengganggu atau membuat kacau..

Tapi terkadang kelaparan menghimpit diri..

Memaksa aku meminta-minta walau secara paksa..



Tak ku pinta diri ini dipelihara..

Cukuplah sekadar rasa simpati..

Janganlah aku di pukul..

Kasihanilah aku…


Namun.. aku bersyukur..

Kerana masih ada insan prihatin..

Dan dengan alasan ini aku meneruskan hidup

Menempuhi dunia yang penuh onak dan duri..

Kerana aku tahu di celahannya masih wujud sinar pelangi..


*Sayangilah binatang walaupun ia hanya tinggal di jalanan.. aku, kau dan mereka adalah makhluk Tuhan yang sama-sama menumpang di bumi ini dan kita sebagai manusia yang diberikan sedikit kelebihan iaitu akal .. gunakan lah ia dengan berhemat, jangan sesekali lupa akan asal diri dan tempat kembali kelak. (^__^)*