Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Friday, 25 November 2011

Doa akhir tahun & awal tahun


DOA AKHIR TAHUN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, segala puji itu bagi ALLAH, Tuhan pentadbir seluruh alam, semoga ALLAH cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad shalallahu alaihi wassalam serta keluarga dan sahabat baginda sekalian. Ya ALLAH wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya (Tuhan tiada bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazab kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunan Mu Ya ALLAH, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini Engkau redhai dan telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya, maka kami pohonkan diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami ya ALLAH Tuhan Yang Maha Pemurah.. Ameen ya Rabbal Alameen.

DOA AWAL TAHUN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani, ALLAH berselawat ke atas penghulu kami Muhammad shalallahu alahi wassalam, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dengan kesejahteraan keatas mereka. Wahai Tuhan Engkaulah yang kekal abadi, yang Qadim, yangAwal dan keatas kelebihan Mu yang besar dan kemurahan Mu melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul dihadapan kamu, kami memohon pemeliharaan MU disepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkan ku kepada Mu wahia Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan yang maha pengasih dari mereka yang mengasihani danALLAH berselawat atas penghulu kami Nabi Muhammad shalallahu alaihi wassalam yang ummi dan keatas ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Ameen Ya Rabbal Alameen..

**Salam maal hijrah semoga tahun baru ini kita mampu menjadikan diri bertambah baik dari tahun sebelumnya.. (^__^)*

Monday, 17 October 2011

*Doa yang boleh di amalkan yang dipetik dari Al-Quran*


" Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka" (Al-Baqarah:201)


"Wahai Tuhan kami janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada oeang-orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Maafkanlah kami, kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir" ( Al-Baqarah:286)


"Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan kami sebenarnya siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya "berimanlah kamu kepada Tuhan mu" maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan kami berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-Rasul Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji" ( Al-Imran:191-194)

"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepada-Mu)" (Al-A'raf:126)


"Wahai Tuhan ku jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, demikianlah juga zuriat  keturunan ku. Wahai Tuhan kami perkenankanlah doa permohonan ku" (Ibrahim:40)

"Wahai Tuhan kami berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
(Ibrahim:41)





Sunday, 7 August 2011

Doa ( Ramadhan)




Amalan sunat di bulan Ramadhan
*Memperbanyakkan mentadabbur al-quran dan berzikir

*Solat Terawih dan witir

*Bersahur dan melambatkannya

*Berbuka dengan tamar dan menyegerakannya

*Qiamulail

*Memperbanyakkan sedekah


Keistimewaan Berpuasa

*Diwajibkan berpuasa

*Diturunkan al-quran

*Solat Terawih
 
*Lailatul Qadar
 
*Pahala amalan digandakan
 
*Syaitan dibelenggu
 
*Kemenangan dalam Perang Badar
 
*Pembukaan Kota Mekah
 
*Pintu Syurga dibuka
 
*Pintu Neraka ditutup








Saturday, 6 August 2011