Showing posts with label Cerita dan Tauladan. Show all posts
Showing posts with label Cerita dan Tauladan. Show all posts

Wednesday, 8 February 2012

Kisah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dengan Wang tujuh dinar


Kisah ini berlaku pada saat Nabi sedang sakit tenat, Nabi tiba-tiba teringat kepada wang sebanyak tujuh dinar yang baginda simpan , wang itu terletak dibawah bantal baginda. Nabi mahu wang tujuh dinar itu segera disedekahkan kepada kaum fakir miskin. 

Baginda tidak mahu setelah baginda wafat wang itu masih berada di rumahnya dan tidak disedekahkan dan baginda telah bersabda; 

“ Bagaimana jawab Muhammad kepada Tuhannya andaikata dia datang menghadap Tuhannya sedangkan ia masih ada padanya?” lalu baginda menyedekahkan semua wang itu kepada semua fakir miskin di Madinah.


Sumber bacaan; buku “Sejarah Rasul Ulul Azmi Terbesar Nabi Muhammad saw” [ oleh Tarikuddin bin Haji Hassan] ms 1528.

** Kisah ini menunjukkan betapa wang dan harta benda yang kita simpan itu akan di hisab kelak di akhirat. Sedangkan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia turut mengambil berat hal ini apatah lagi kita sebagai manusia biasa. Ingatan untuk diriku jua *(^__^)

Friday, 13 January 2012

Kisah Anak Derhaka bersama Ibunya


Pada suatu hari seorang wali ALLAH yang bernama Zin Nun Al Mashri r.a sedang berjalan-jalan di sebuah pasar untuk mencari sesuatu, tiba-tiba dia melihat satu jenazah yang dipikul oleh empat orang lelaki sedangkan tiada sesiapa lagi yang ikut menghantar jenazah tadi ke kubur.

Tanpa membuang masa Zin Nun segera mengikuti kumpulan tadi untuk menjadi pengiring bagi jenazah tadi. Apabila sampai ke kubur dia bertanya kepada orang-orang tadi manakah ahli keluarga jenazah ini?. Tetapi mereka juga tidak mengetahuinya kerana mereka itu cumalah orang yang diupah untuk menguburkan jenazah itu saja.

Zin Nun tidak berpuas hati, selepas menyembahyangkan dan menguburkan jenazah tadi lagi sekali beliau bertanya kepada orang-orang tadi maka salah seorang dari mereka pun berkata: 
 
sebenarnya kami tidak tahu menahu apa pun tentang mayat ini. Kami ini pekerja-pekerja buruh. Tadi ada seorang wanita mengupah kami untuk mengangkat mayat ini dan untuk menguburkannya. Dan kini kami sudah kerjakan tugas kami dan sekarang kami hendak pulang. Cuma dia kata, nanti dia akan datang melihat jika kami sudah siap menyempurnakannya.” 
 
Setelah mengucap begitu keempat-empat orang tadi pun meninggalkan tanah perkuburan. Zin Nun duduk bersembunyi berhampiran dengan kubur itu. Memang benar tidak lama kemudian datanglah seorang wanita yang berwajah cerah menunjukkan dia seorang yang solehah.

Setelah berdiri di atas kuburan itu dia lalu membuka tutup mukanya, mengangkat kerudungnya serta membiarkan rambutnya terurai. Kemudian mengangkat kedua tangannya ke atas seraya memohon kepada ALLAH, adakalanya dengan menangis dan pada lainnya pula dengan menyeru-nyeru. Tiada henti-henti dia melakukannya begitu sehingga dia benar-benar lelah, lalu dia tersungkur jatuh di atas kuburan itu, pengsan tidak sedarkan diri.

Kemudian tidak lama selepas itu dia tersedar dari pengsannya dan bangun berdiri dengan wajah gembira. Dia ketawa begitu riang sekali. Zin Nun tidak sabar bersembunyi lama-lama di situ lalu keluar menampakkan dirinya. Wanita itu terkejut kerana ada orang lain dari dirinya di situ. Mukanya berubah lalu bertanya:

Engkau siapa?”

Aku Zin Nun Al Mashri.”

Zin Nun , orang soleh yangterkenal itu?”

Benar.” Jawab Zin Nun. 
 
Kalau lah kau bukan dari kumpulan orang soleh itu tentu aku tidak akan beritahumu tentang mayat ini.” Katanya.

Wanita itu lalu bercerita:

Hai saudara Zin Nun mayat ini adalah mayat anakku yang amat aku sayangi. Akan tetapi dia seorang anak yang lalai, tidak mahu mendengar nasihat. Segala pakaian yang baik-baik, mahal-mahal semuanya sudah dipakainya. Tiada suatu maksiat pun melainkan dia sudah melakukannya. Pendek kata anakku ini sudah melanggar perintah-perintah Tuhannya dengan mengerjakan semua yang dilarang-Nya.

Semenjak tiga hari yang lalu dia terkena penyakit yang sangat berat ditanggungnya sehingga jelas keadaannya tiada harapan untuk hidup lagi. Kemudian dia memanggil-manggil aku.

Ibu! Ibu!

Aku segera mendapatkannya, bagaimanapun bencinya aku kepada dia kerana perangainya yang jahat namun sifat keibuan tetap hidup dihatiku. ‘Atas Nama ALLAH.’ Katanya kepada ku dengan menarik nafas yang panjang , ‘ hendaklah ibu berjanji untuk melaksanakan wasiat ku’

wasiat apa! Kataku menangis. “jangan merepek kau belum hendak mati!’ kata ku.

Tidak ibu! Ajal ku sudah hampir sampai’. Katanya.

Aku menangis dengan lebih kuat tetapi dia melarangku menangis tetapi mendengar dengan teliti wasiatnya itu.

Apa dia? Tanya ku.

dengar baik-baik! Sekiranya aku mati, jangan beritahu orang akan kematian ku, kerana mereka tiada akan mendoakan bagiku, lantaran terlalu berat sekali dosa-dosa ku, dan aku juga telah membuat kelakuan-kelakuan yang buruk! Kemudian ibu miringkan sebelah pipiku ke tanah, kemudian injak-injaklah wajah ku sambil berkata inilah balasan orang yang menderhaka kepada Tuhannya yang meninggalkan perintah-Nya serta menurutkan hawa nafsu! Kemudian setelah jasadku dikuburkan berdirilah diatas kuburku serta mengangkat tangan ke langit sambil berkata:

Ya ALLAH! Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku redha terhadap anak ku ini maka redhakanlah dia!

itulah sebabnya aku datang ke sini kerana hendak menunaikan pesanannya. Semua itu telah ku perbuat!” kata wanita itu 
 
Baiklah, sesudah engkau bangun dari pengsan mu tadi mengapa pula engkau ketawa?” Tanya Zin Nun lagi.

Yang menyebabkan aku ketawa tadi adalah kerana aku mendengar suara dari langit , suaranya jelas dan fasih sekali; kembalilah wahai ibu, aku telah menemui Tuhan Yang Maha Pemurah. Dia redha kepadaku tidak marah! Sebab itulah aku ketawa dan gembira sekali.”

Suara siapa yang engkau dengar tadi?” Tanya Zin Nun meminta kepastian. 

Suara siapa lagi jika bukan suara anakku!”

Zin Nun berangkat kembali ke pasar dan di dalam hatinya berkata-kata: Alangkah besarnya rahmat ALLAH terhadap hamba-hamba-Nya sekalipun yang berdosa, dan benar-benar memohon keampunan dari-Nya.

Dan betapa kuatnya keazaman ibu itu untuk melepaskan anaknya dari belenggu dosa. Sayang Ibu Sayang Sejati… *(^__^)

Subhanallah Walhamdulillah




Saturday, 29 October 2011

Kakak dan Adik : Cerita Pinggan *

KAKAK : Adik, bayangkan adik berada di rumah orang lain dan makan di rumahnya.

ADIK    : Kenapa pula?

KAKAK :  Jangan tanya dulu.. buat saja apa kakak suruh..
        
(Si adik yang masih keliru menurut )

KAKAK :  Selepas makan, adik pasti akan mencuci pinggan 
              yang adik gunakan kan?


ADIK    : Iya sudah tentu..


KAKAK : Okay, kalau masa adik nak cuci tu adik nampak ada banyak
             pinggan-pinggan yang lain di dalam sinki apa adik akan buat?


ADIK    : Saya akan tolonglah cuci sekali semua pinggan tu.


(jawab adiknya dengan yakin)


KAKAK : Okay, tapi kalau di rumah kita keadaan yang sama berlaku?
             Macam mana?


ADIK   : Adiknya terdiam dan tersengih.


(si kakak tahu adiknya sudah mula sedar apa yang cuba mahu di sampaikan olehnya)


KAKAK : Akak tahu mesti adik cuci pinggan adik saja kan? Tapi kenapa?

(si adik cuma diam membisu, kerana apa yang kakaknya katakan itu benar)

KAKAK : Biar akak teka,Cuma ada dua kemungkinan kenapa adik tolong
             cuci pinggan bila dekat rumah orang tapi tidak bila dirumah.
             Sebab pertama , adik rasa terhutang budi, sebab orang tu dah
             bagi adik makan jadi kenalah balas budi.. Kedua, adik tak 
             nak orang tu cakap adik malas, dalam erti kata lain adik nak
             kena puji.. betul tak ? Jadi mana satu alasan adik?


ADIK    : Sebab yang pertama …. (sambil tertunduk-tunduk )


KAKAK : Kalau atas alasan nak balas budi adik buat macam tu.. memang
             baik.. tapi.. adik sedar tak siapa yang lebih berbudi banyak
             pada adik? keluarga sendiri ke.. atau pun.. orang lain?


ADIK    : Mmm.. (diam)


KAKAK : Bila adik sakit siapa yang akan jaga adik? Keluarga kan?
             Makan minum adik, perbelanjaan adik siapa yang urus ? Ahli
             keluarga juga kan? Kalau adik minta dekat orang lain belum
             tentu dapat lagi.. ini pun belum sebut semua.. betul tak..?
             Kalau adik berniat nak balas budi orang lain.. kenapa tidak
             dengan keluarga sendiri..? Adik faham tak..?


(Adiknya hanya mengangguk-angguk faham)


KAKAK : Dan.. kalau adik guna alasan yang kedua pula.. memang tak
             baik.. sebab itu tandanya adik tak ikhlas dalam melakukan
             sesuatu.. jadi.. sia-sia sajalah, sebab.. adik Cuma dapat
             pujian yang bersifat sementara adik tak dapat pahala yang
             bersifat kekal.. adik faham tak?


(Adiknya mengangguk lagi)


KAKAK : Jadi apa kesimpulannya?


ADIK    : Buat kerja mesti ikhlas dan mesti tahu akan tanggungjawab 
             sendiri terutamanya pada keluarga sendiri.


KAKAK : Bagus! Bijak adik kakak ni… (diikuti dengan senyuman )



*Kadang-kadang tanpa sedar kita lebih mementingkan orang lain dari keluarga kita sendiri, walhal keluargalah yang patut diutamakan terlebih dahulu, walau seburuk mana pun ahli keluarga kita, mereka tetap dari darah daging kita sendiri dan mereka jugalah yang akan sanggup bersusah dan senang bersama kita.. (^__^)*

Monday, 12 September 2011

Kekayaan, Kejayaan dan Kasih Sayang

Tersebutlah kisah seorang isteri keluar dari rumahnya di suatu hari dan mendapati 3 orang lelaki tua berada di halaman rumahnya lalu isteri itu pun berkata..

siapakah kamu?, saya tidak mengenali kamu, kamu kelihatan lapar silalah masuk biar saya berikan makanan pada kamu”

salah seorang dari mereka menjawab

“adakah lelaki di dalam rumah anda?

Jawab isteri itu

“tidak ada”

“kalau begitu kami tidak akan masuk” jawab lelaki tua itu

Setelah beberapa lama suami kepada wanita itu kembali ke rumah, si isteri memberitahu perihal tentang 3 orang tua itu dan si suami pun menyuruh isterinya menjemput mereka masuk kedalam rumah mejadi tetamu mereka. Si isteri menurut perintah suaminya lalu menjemput mereka masuk tetapi seorang daripada mereka berkata



“Nama kami adalah kekayaan, Kejayaan, dan kasih sayang, saya ingin anda memilih salah seorang dari kami untuk menjadi tetamu anda”

Si isteri pun kembali masuk kedalam rumah dan memberitahu akan hal itu pada suaminya, kata si suami..

“Oh kalau begitu apa kata kita pilih kekayaan, agar kekayaan memenuhi rumah kita ini?

Si isteri tidak bersetuju lalu berkata

“Kenapa tidak kita pilih kejayaan?



Anak perempuan mereka yang telah lama mendengar perbualan ayah dan ibunya pula mencelah

“Kenapa tidak pilih kasih sayang saja, Agar rumah kita dipenuhi dengan kasih dan sayang?”



Setelah berbincang, si isteri dan suaminya pun sepakat untuk menurut cadangan anak perempuan mereka. Si isteri pun keluar semula dan menjemput kasih sayang untuk menjadi tetamu mereka. Setelah mendengar keputusan itu kekayaan dan kejayaan turut ikut masuk bersama dengan kasih sayang.. si isteri menjadi hairan lalu bertanya

“Kami hanya memilih kasih sayang, tetapi mengapa anda berdua juga ikut bersama?

Jawab kasih sayang

“Sekiranya anda memilih salah satu diantara kekayaan dan kejayaan, maka 2 orang dari kami tidak akan turut bersama, tetapi anda telah memilih saya iaitu kasih sayang, ketahuilah bahawa dimana ada kasih sayang, kekayaan dan kejayaan akan turut bersama.”


Terjemahan dari sumber bacaan “100MoralStories” 


** kasih dan sayang adalah penenang hati dan jiwa, maka kekayaan dan kejayaan apakah lagi yang lebih baik selain daripada ketenangan hati dan jiwa? **

Sunday, 11 September 2011

Pasir dan Batu

Kisah ini tentang dua orang sahabat baik iaitu Adi dan Ali yang berjalan di sebuah kawasan padang pasir.. dalam perjalanan mereka telah bergaduh sehingga si Ali menampar sahabatnya Adi, tanpa berkata apa-apa Adi menuliskan di atas pasir ‘HARI INI SAHABAT SAYA ALI TELAH MENAMPAR SAYA DI WAJAH’.


Mereka meneruskan perjalanan dan menemui sebuah sungai, lalu mengambil keputusan untuk mandi di sungai tersebut. Adi yang tidak pandai berenang telah tersekat di celahan batu dan hampir lemas tetapi Ali berjaya menyelamatkannya. Setelah keadaan Adi stabil dia pun menulis di sebuah batu ‘ HARI INI SAHABAT SAYA ALI TELAH MENYELAMATKAN SAYA DARI LEMAS’.



Ali merasa hairan dengan perbuatan sahabatnya lalu bertanya “ Adi tadi masa saya menampar awak, awak telah menulisnya di atas pasir. Sekarang kenapa awak menulisnya di atas batu pula?



Jawab Adi “ apabila seseorang menyakiti kita, sebaiknya kita tuliskan di atas pasir agar angin kemaafan dapat memadamkannya, dan apabila seseorang berbuat baik pada kita, sebaiknya kita tuliskan diatas batu dimana angin tidak dapat memadamkannya”.



Terjemahan dari sumber bacaan “100MoralStories

**Moral: Lupakanlah kejahatan yang dilakukan orang lain pada kita, sebaliknya ingatlah kebaikan yang orang lakukan kepada kita.**

Cinta dan Masa

Tercipta sebuah kisah pengajaran, ada sebuah pulau dimana semua perasaan tinggal: Kegembiraan, Kesedihan, Pengetahuan dan juga yang lain-lain termasuklah Cinta. Alkisah pada suatu hari mereka semua di beritahu bahawa pulau itu akan tenggelam, dan semuanya membina kapal layar dan berpindah kecuali Cinta.

Hanya Cinta yang masih tidak berpindah, Cinta masih ingin menunggu sedikit masa lagi sehinggalah pulau itu hampir-hampir tenggelam barulah Cinta mengambil keputusan untuk meminta pertolongan.

Kekayaan melintasi Cinta dengan kapal layarnya yang cantik, lalu Cinta berkata “ wahai Kekayaan bolehkah anda membawa saya bersama? Kekayaan menjawab” tidak , saya tidak dapat membawa anda bersama kerana kapal saya ini penuh dengan emas dan perak. Tidak ada ruang untuk saya membawa anda”.

Cinta mengambil keputusan untuk meminta pertolongan pula pada Keangkuhan yang juga melintasinya “wahai Keangkuhan boleh kah anda membawa saya bersama? Jawab Keangkuhan “ tidak! Saya tidak dapat membawa anda Cinta, kerana anda sudah basah ia mungkin akan merosakkan kapal layar saya”.

Kesedihan berada berdekatan lalu Cinta bertanya “ wahai Kesedihan bawalah saya bersama anda”.. “oh Cinta saya sangat sedih dan ingin bersendirian”. Kegembiraan pula melintasi tetapi oleh kerana ia terlalu gembira ia tidak mendengar Cinta memanggilnya.


Tiba-tiba kedengaran satu suara “ marilah Cinta, saya akan membawa anda”. Ia adalah seorang yang lebih senior darinya. Kerana terlalu gembira , Cinta lupa bertanya kemana arah tujuan mereka. Sebaik saja mereka sampai di daratan, senior itu berlalu meneruskan perjalanannya. Menyedari tentang betapa ia terhutang budi pada senior itu, Cinta bertanya kepada Pengetahuan, seorang lagi senior.. “ siapakah ia yang telah membantu saya itu?

“ itu adalah Masa” jawab Pengetahuan

“Masa? Tetapi kenapa masa menolong saya? Tanya Cinta, Pengetahuan tersenyum penuh pengertian lalu menjawab, “ kerana hanya Masa yang mampu memahami betapa berharganya Cinta” 

Terjemahan dari sumber bacaan "100MoralStories"





**Cinta yang berputik mekar seiring dengan masa. Cinta yang terluka juga akan sembuh seiring dengan masa..**

Sunday, 17 July 2011

Pernikahan

Tersebutlah kisah seorang lelaki yang kacak dan berpelajaran, yang ingin di carikan jodoh oleh ibu bapanya. Telah banyak calon yang dicadangkan oleh mereka pada anak lelaki mereka itu, namun semuanya ditolak oleh anak mereka. Ibu bapa lelaki itu mulai risau kerana anak mereka asyik menolak dan menyangka anak mereka itu sudah ada pilihan hatinya sendiri..

Ibu bapa lelaki itu pun menanyakan tentang hal itu kepada anak mereka, lelaki itu menjawab saya inginkan seorang bakal isteri yang beragama dan mengamalkannya. lalu ibu bapanya pun mencarikan anak mereka seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri tersebut.

Sampailah di suatu hari, ibu bapa lelaki tersebut merancang satu pertemuan untuk anak mereka dengan seorang wanita yang pada pandangan mereka mempunyai ciri-ciri tersebut. Lelaki itu akur dengan kehendak ibu bapanya lalu bertemu dengan wanita itu.

Dalam pertemuan itu, lelaki itu memberi kebebasan pada wanita itu untuk bertanya padanya seberapa banyak soalan yang ingin ditanyakan tentang dirinya. lalu wanita itu mengajukan banyak soalan. Dia menanyakan tentang hidupnya, pelajarannya, sahabatnya, keluarga, hobi, cara hidup, apa yang disukai dan tidak disukainya, pengalamannya... pendek kata segala-galanya yang bersangkut paut dengan lelaki itu.

Dan lelaki itu menjawab semua soalan wanita itu dengan baik berserta senyuman, selepas beberapa lama wanita itu mula terasa tidak adil pada lelaki itu kerana hanya dia yang asyik bertanyakan soalan lalu bertanya pada lelaki itu  " Adakah anda ada apa-apa soalan?

Lelaki itu pun menjawab " ya, saya cuma ada 3 soalan yang saya hendak tanyakan pada awak"

"Wow, 3 soalan saja..? Baiklah tanyalah" balas wanita itu..

Soalan yang pertama " Siapakah yang paling awak cintai di dunia ini, dimana tidak ada cinta setanding dengan cinta awak padanya?

Jawab wanita itu " Oh itu mudah saja, tentulah ibu saya" lelaki itu hanya tersenyum mendengar jawapan wanita itu lalu menyambung..

"Awak kata awak banyak membaca Al-Qur'an, bolehkah awak beritahu saya, Surah yang mana yang awak tahu maknanya?

Mendengar soalan itu, wajah wanita tersebut bertukar kemerahan dan dengan perasaan malu dia menjawab "Saya belum membaca maknanya lagi, insyaallah nanti bila ada masa saya akan membaca maknanya, maklum sajalah saya selalu sibuk dan tak berkesempatan untuk membaca maknanya"

Tanpa berkata apa-apa, lelaki itu pun meneruskan soalannya yang ke tiga, " Sebelum ini saya telah di cadangkan calon-calon isteri yang lebih cantik dari awak, beri saya sebab kenapa saya harus memilih awak?
Kali ini wanita itu menjadi marah dengan soalan yang diajukan, dia terasa diperkecilkan oleh lelaki itu lalu meninggalkan lelaki itu dan memberitahu ibu bapanya yang dia tak mahu menikah dengan seorang lelaki yang seolah-olah menghina kecantikan dan kepintarannya.

Dan buat kesekian kalinya lelaki itu bersama ibu bapanya pulang tanpa persetujuan untuk mengikat pernikahan. Ibu bapanya sangat marah dan bertanya " kenapa kau memperlakukan wanita itu sebegitu sedang kan dia seorang yang cantik, datang dari keluarga yang baik-baik dan beragama, bukankah itu yang kau mahu? Beritahu kami apa sebabnya!"

Lelaki itu dengan tenang menjawab " pertama kali saya bertanyakan padanya tentang siapa yang paling dia cintai di dunia ini, dan dia menjawab ibunya"... "Jadi apa masalahnya? soal ibu bapanya..

Lelaki itu menjawab " Seseorang itu bukanlah seorang muslim yang sejati selagi dia tidak mencintai ALLAH SWT dan Rasul-NYA lebih dari segalanya di dunia ini, dan jikalau seorang wanita itu mencintai ALLAH dan Rasul-NYA lebih dari segalanya, dia pasti akan mencintai dan menghormati dan setia padak suaminya, kerana dengan cinta dan takut pada ALLAH SWT, membolehkan mereka saling mencintai, kerana cinta ini adalah cinta yang bukan berlandaskan nafsu semata.

Selepas itu saya tanyakan  tentang makna surah yang dia tahu, oleh kerana dia berkata yang dia banyak membaca al-Qur'an, dan dia menjawab dia tidak tahu, kerana tidak ada masa untuk membaca tentang maknanya lagi, jawapannya itu mengingatkan saya pada kata-kata Imam Shafi'i iaitu " Semua manusia itu adalah mati melainkan manusia yang mempunyai ilmu.. dan juga mereka yang mempunyai ilmu yang tidur, kecuali mereka yang berbuat baik.. dan mereka yang berbuat baik berkhianat, kecuali yang benar-benar ikhlas.. dan mereka yang ikhlas tetapi berada dalam keraguan (tentang orang lain)".

Dia telah hidup 20 tahun di dunia ini dan tidak mempunyai masa untuk mencari pengetahuan, mengapa harus saya menikahi seorang wanita yang tidak mengetahui akan hak dan tanggunjawabnya? dan apakah yang akan diajarkannya pada anak-anak kami nanti melainkan sikap yang tidak mengendahkan, kerana sepatutnya wanita itu adalah Madrasah dan guru yang terbaik.Dan wanita yang tidak ada masa untuk ALLAH SWT, tentunya juga tidak akan ada masa untuk suaminya".

Dan akhir sekali saya bertanyakan tentang dari banyak-banyak wanita yang lebih cantik darinya yang pernah kamu cadangkan pada saya kenapa saya harus memilih dia? Dan soalan inilah yang membuatkan dia marah dan menolak ikatan ini.

Ibu bapa lelaki itu lantas berkata " Itu adalah soalan yang paling teruk, kau sepatutnya tidak menanyakan soalan itu padanya, kau harus kembali dan meminta maaf padanya" Lelaki itu menjawab " Sebenarnya saya sengaja menanyakan soalan itu, kerana saya ingin menguji kesabarannya dan kebolehannya mengawal amarahnya, sedangkan Nabi Muhammad saw pernah bersabda " Jangan marah, jangan marah, jangan marah" Berulang kali baginda mengulangnya bila bitanya bagaimana untuk menjadi seorang yang bertakwa, kerana sesungguhnya amarah itu adalah dari syaitan.

Jikalau seorang wanita tidak dapat mengawal amarahnya dengan orang yang baru saja dijumpainya, adakah kamu fikir dia akan dapat mengawal amarahnya pada suaminya?".



Pengajaran: Perkahwinan yang kukuh adalah yang berlandaskan pengetahuan bukannya pada rupa paras, amalan bukan sekadar khutbah, kemaafan bukan amarah dan kejiwaan cinta bukan sekadar kerana nafsu dan kompromi.

Semoga ALLAH SWT menjadikan setiap pernikahan mencapai kejayaan dan mengizinkan kita mencipta CINTA untuk ALLAH dan Rasul-NYA, agar ALLAH SWT memberkati kita dalam membina CINTA dalam kehidupan kita.

"Tidak ada struktur yang lebih baik yang boleh ditemui dalam Islam selain dari pernikahan"
- Rasulullah Muhammad saw.

Wednesday, 29 June 2011

Amarah!


Al kisah ada seorang budak yang mempunyai sikap pemarah.  Pada suatu hari ayahnya telah memberikan sebuah beg plastik yang penuh dengan paku dan memberitahu anaknya agar memaku paku itu dengan penukul pada sebatang kayu setiap kali perasaan amarah menguasainya.
Pada hari pertama saja, budak itu memaku 37 paku pada kayu itu. Namun selepas beberapa minggu, dia mula belajar mengawal kemarahannya dan jumlah paku yang dipakunya mula berkurangan.

Budak itu mula menyedari bahawa menahan kemarahannya adalah lebih mudah daripada memaku paku pada kayu..


Akhirnya budak itu berjaya mengawal dengan baik sikap amarahnya.. Dia memberitahu pada ayahnya tentang kejayaannya itu dan ayahnya mencadangkan agar dia mencabut semula paku-paku yang di pakunya pada kayu tersebut, setiap kali dia berjaya mengawal amarahnya. Hari pun berlalu.. kini, budak itu telah benar-benar dapat menghilangkan sikap amarahnya, dan memberitahu ayahnya tentang kejayaannya mencabut semua paku yang dipakukannya pada kayu itu...

Lalu ayahnya berkata " Kamu sudah buat yang terbaik anak ku, tapi cuba kamu tengok lubang bekas paku-paku yang kamu pakukan pada batang kayu ini..kayu ini tidak akan kembali seperti sedia kala.. ianya telah cacat dan berlubang.."  Budak itu terdiam.. dia faham akan maksud ayahnya, dan berazam untuk mengawal amarahnya sebaik mungkin bermula dari saat itu.

Pengajaran: Apabila anda berkata-kata dalam keadaan marah, ianya akan meninggalkan parut di ibaratkan seperti kayu itu. Umpama, Anda  menikam seseorang dengan pisau dan mencabutnya semula, tetapi..walau sebanyak mana kata maaf keluar dari mulut anda.. parut bekas tikaman itu tetap ada dan tidak mungkin akan hilang. Lihatlah betapa besarnya kesan negatif akibat daripada mengikutkan nafsu amarah!


Friday, 24 June 2011

Kisah Menarik Tentang Seekor Kucing

Ada seorang lelaki yang tidak menyukai kucing yang dipelihara oleh isterinya. Pada suatu hari lelaki itu bercadang untuk membuang kucing itu dengan meninggalkannya di sebuah taman tanpa pengetahuan isterinya.

Setelah meninggalkan kucing itu dia pun kembali ke rumahnya,... setibanya dirumah dia terkejut melihat kucing itu telah berjaya kembali ke rumahnya semula.

Keesokkan harinya.. lelaki itu mengulangi lagi perbuatannya, tetapi kali ini dia membawa kucing itu sejauh 40 blok dari rumah .. dan bila dia kembali lagi ke rumahnya kucing itu tetap berjaya kembali ke rumahnya semula..

Akhirnya tanpa berputus asa sekali lagi lelaki itu mengulangi perbuatannya itu pada keesokkan harinya, dan kali ini dia memandu jauh dari pada sebelumnya dan membelok ke kiri, selepas tu ke kanan, melintasi jambatan dan belok ke kiri dan kanan lagi dan lagi... Setelah lelaki itu berpuas hati dan merasakan tempat itu sudah sangat jauh dari rumahnya, lelaki itu pun menurunkan kucing itu dan meninggalkannya disitu.. lalu dia pun bergerak kembali ke rumahnya semula..




Setelah lama memandu lelaki itu mula risau kerana dia tak sampai-sampai juga kerumah, lalu teringat akan kucing isterinya itu, lalu mengambil keputusan untuk menghubungi isterinya perbualan mereka berbunyi seperti ini.. bertanya lelaki itu pada isterinya..

" Sayang, kucing awak sudah kembali ke rumah ke?.. Jawab isterinya.. "Ya, dia sudah kembali, kenapa abang tanya?".. Dengan nada yang sedikit geram dan kecewa lelaki itu berkata pada isterinya, "cepat biarkan abang bercakap dengan kucing sayang tu, abang dah sesat ni, dan abang perlu petunjuk!" 

Isterinya yang tidak tahu menahu akan agenda suaminya sebelum tu tertawa kecil dan menganggap itulah gurauan yang paling lucu yang pernah didengarnya dari suaminya... Sementara suaminya itu dengan bersusah payah mencari jalan pulang kembali semula ke rumahnya. Maka amanlah kucing itu tetap dirumahnya..





Pengajaran: Berbuat baik lah dengan binatang (^__^)v

*saya rasa cerita ini sangat comel hehe (^__<)*

Saturday, 18 June 2011

Kisah 2 Beradik dengan Si Lelaki Miskin

Tersebutlah kisah di suatu hari yang indah, si adik jalan bersiar-siar dengan abangnya di sebuah taman..

Dalam mereka berjalan.. tiba di suatu kawasan mereka ternampak sepasang kasut yang sudah lusuh, dimana kasut itu sebenarnya milik seorang lelaki miskin yang sedang berkerja tidak jauh dari kawasan itu..

Timbullah idea nakal si adik lalu berkata dengan abangnya.. " Wahai abang ku.. apa kata kita sembunyikan kasut ini dan kita bersembunyi di belakang semak sana untuk melihat bagaimana reaksi pemilik kasut ini nanti bila kasutnya hilang.. mesti seronok.."

Si abang terdiam sejenak.. lalu berkata.."Wahai adiku, abang ada idea yang lebih menarik lagi dari itu.. apa kata kita simpan wang dalam kedua-dua belah kasut ini dan bersembunyi di belakang semak dan lihat apa yang terjadi?" Si adik berkerut hairan.. "Wang? Tapi... kenapa? Tanya si adik.. " kita tengoklah sama-sama nanti".. kata abangnya sambil mengukir senyuman.

Si adik yang masih tertanya-tanya hanya menurut.. lalu mereka meletakkan sekeping wang 10 ringgit pada setiap kasut. Dan bersembunyi di belakang semak sambil menunggu dengan sabar kedatangan pemilik kasut tersebut.



tidak lama kemudian pemilik kasut itu yang telah tamat waktu kerjanya pun kembali ke tempat dia meletakkan kasutnya dan memakainya.. sebaik saja memasukkan kakinya kedalam kasut.. dahinya berkerut dan membuka semula kasutnya bila merasakan ada sesuatu di dalam kasutnya.. dan terkejut bila menjumpai wang 10 ringgit itu di dalam kasutnya.. dia memandang sekeliling tetapi tiada seorang pun yang kelihatan.. lalu memasukkan wang itu dalam poket bajunya... dan memakai semula kasutnya tetapi terkejut sekali lagi bila menjumpai jumlah wang yang sama di dalam kasutnya yang sebelah lagi...

Lelaki miskin itu sangat terharu lalu melutut sambil menadah tangan seraya berkata, "syukur pada Mu Ya ALLAH.. kerana telah menghantar pertolongan yang tidak diketahui dari mana datangnya ini, dengan wang ini bolehlah aku membelikan ubat untuk isteriku yang sedang sakit dan membeli sebuku roti untuk anak-anak ku yang sudah beberapa hari kekurangan makanan."..

Kedua beradik yang sedang bersembunyi itu mendengar dengan jelas suara lelaki miskin itu, Si adik merasa amat tersentuh melihat kejadian itu dan air mata mula bergenang di kelopak matanya.. " Sekarang..".. kata abangnya.. "Kamu rasa perasaan yang mana lebih baik jika dibandingkan dengan perasaan yang akan kita rasai sekiranya kita mempermainkannya tadi?

Si adik menjawab.. " abang telah mengajar saya satu pengajaran yang tidak akan saya lupa, benarlah kata orang tangan yang diatas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah,.. sekarang saya faham akan maksud kata-kata ini, yang saya tidak faham sebelumnya..

*Kita selalu merungut tentang sesuatu yang kita miliki, tanpa memikirkan ada orang lain diluar sana yang tidak ada seperti apa yang kita miliki tetapi tetap bersyukur*

Monday, 13 June 2011

Kisah Dua Sahabat baik dengan Raja yang Zalim

Kisah ini tentang dua orang sahabat baik yang hidup suatu masa dahulu di Syracuse bernama Phintias dan Damon. Mereka amat rapat dan mengasihi diantara satu sama lain.



Pada zaman itu, Syracuse di perintah oleh seorang raja yang zalim bernama Dionysius. Tiada siapa yang berani memperkatakan tentang raja ini kerana takut di hukum bunuh.

Al-kisah pada suatu hari Phintias telah di putuskan untuk di hukum pancung kerana di katakan telah memperkatakan tentang raja, tetapi dia berjaya meminta kebenaran untuk pergi ke sebuah perkampungan yang berdekatan untuk melawat keluarganya untuk kali yang terakhir, dengan syarat dia menggantikan dirinya dengan seseorang di dalam tahanan sementara ketiadaannya, Damon kawan baiknya telah bersetuju untuk menggantikan tempatnya di dalam penjara sementara Phintias pergi menemui keluarganya buat kali terakhir.

Selepas beberapa hari berlalu akhirnya sampailah ke hari penghukuman dijalankan, tempat penghukuman itu sudah dipenuhi oleh orang ramai, tetapi Phintias belum kembali lagi dari menemui keluarganya. Damon tidak merungut malah dengan tenang mengatakan yang dia rela untuk mengorbankan nyawanya untuk sahabat baiknya itu. Orang ramai yang hadir pada masa itu merasa amat terharu dan tersentuh melihat kasih Damon yang baik ini kepada sahabatnya.

Pada saat penghukum menghayun pedang untuk menjalankan hukuman, tiba-tiba kedengaran suara orang ramai berteriak "Itu dia Phintias!! Dia datang akhirnya!!" Phintias dengan keadaan tercungap-cungap kepenatan menyisip menembusi orang yang ramai itu. "Syukurlah saya belum terlambat", katanya dan meminta Damon turun dari tempat hukuman. Tetapi Damon enggan turun malah menegaskan dia mahu menggantikan nyawa sahabat baiknya itu dengan nyawanya. Semua orang yang hadir pada hari itu berasa amat terkejut termasuklah Dionysius. Orang ramai yang hadir pada hari itu mula meminta agar kemaafan diberikan pada Phintias dan oleh kerana tersentuh dengan sikap dua orang sahabat baik itu, Dionysius raja yang zalim itu memaafkan kesalahan Phintias dan hukuman itu pun dibatalkan.



*Ini lah kisah persahabatan yang sejati yang mampu 
melembutkan hati seorang raja yang zalim*

Sunday, 15 May 2011

Kisah Hamba Allah Yang Makbul Doanya



Di riwayatkan pada masa sebelum kemangkatan Nabi Muhammad s.a.w, Nabi ada mengkhabarkan kepada sahabatnya sayidina Ali r.a dan Sayidina Umar r.a tentang akan munculnya seorang hamba yang terkena penyakit sopak (seluruh tubuhnya menjadi putih) kerana  makbul doanya maka penyakit itu sembuh dan ALLAH telah meninggalkan penyakit itu  sebesar dirham sahaja, ALLAH telah meninggalkan tanda itu agar hamba-Nya itu sentiasa teringat akan nikmat yang telah diberikan pada hamba-NYA itu dan bersyukur kepada-NYa.

Nabi juga menceritakan tentang sifat-sifat orang itu, matanya selalu dipandang kearah tempat sujudnya dan sering menangisi  dirinya, dia tidak terkenal di bumi tetapi amat terkenal dilangit. Tanda sopak sebesar dirham itu terletak di bawah bahunya yang sebelah kiri. Nabi juga menceritakan bahawa pada hari kiamat semua orang beriman disuruh masuk kesyurga tetapi hamba ALLAH yang ini akan ditahan sejenak, kerana ALLAH telah memberikan kebebasan kepadanya untuk memberikan syafaat.
Nabi telah memerintah kepada sayidina Ali dan sayidina Umar untuk pergi menemui orang itu dan meminta agar hamba ALLAH itu memohon keampunan untuk  diri mereka berdua..  diriwayatkan sejak hari itu Sayidina Ali r.a dan Sayidina Umar r.a telah berusaha mencari  dalam tempoh masa yang lama.. tetapi gagal sehinggalah zaman Sayidina Umar r.a menjadi khalifah, Sayidina Umar r.a bersama Sayidina Ali r.a telah mendatangi sebuah kampung.

Sayidina Umar menyeru penduduknya..
“Wahai ahli desa ! adakah diantara kamu yang bernama … (lalu menyebut nama hamba ALLAH itu)”

Dan seorang penduduk kampung itu menjawab
“ Kami tidak kenal orang itu selain saudara laki-laki sendiri iaitu seorang yang tidak terkenal dan terlalu rendah untuk diperkenalkan kepada engkau wahai Amirul Mu’minin dia sedang mengembala unta-unta kami disana”.
Sayidina Umar meminta agar menunjukkan tempat hamba ALLAH itu dan ketika sampai ke tempat tersebut hamba ALLAh itu sedang mendirikan sembahyang, selesai sembahyang Sayidina Umar dan Sayidina Ali bertanya..
 “siapakah engkau? 

Hamba ALLAH itu menjawab
“saya adalah pengembala kambing yang menerima upah”
“kami tidak menanyakan tentang itu, tetapi menanyakan siapakah nama engkau?

Hamba ALLAH itu menjawab
“ saya adalah Abdullah ( yang bermaksud hamba ALLAH)”

Jawab sayidina Umar r.a dan Sayidina Ali r.a
“ ya kita semua adalah Abdullah ( hamba ALLAH) yang kami tanyakan ini adalah siapakah nama yang telah diberikan oleh kedua ibu bapa engkau pada engkau”.
Setelah itu barulah hamba ALLAH itu menyatakan namanya, Sayidina Ali r.a dan Sayidina Umar r.a pun meminta hamba ALLAH itu menunjukkan jika ada tanda putih sebesar dirham di bawah bahu kirinya dan ternyata tanda itu benar ada seperti yang telah diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan tercapailah hasrat mereka sesuai dengan perintah Nabi  kepada keduanya.