Wednesday 29 June 2011

Amarah!


Al kisah ada seorang budak yang mempunyai sikap pemarah.  Pada suatu hari ayahnya telah memberikan sebuah beg plastik yang penuh dengan paku dan memberitahu anaknya agar memaku paku itu dengan penukul pada sebatang kayu setiap kali perasaan amarah menguasainya.
Pada hari pertama saja, budak itu memaku 37 paku pada kayu itu. Namun selepas beberapa minggu, dia mula belajar mengawal kemarahannya dan jumlah paku yang dipakunya mula berkurangan.

Budak itu mula menyedari bahawa menahan kemarahannya adalah lebih mudah daripada memaku paku pada kayu..


Akhirnya budak itu berjaya mengawal dengan baik sikap amarahnya.. Dia memberitahu pada ayahnya tentang kejayaannya itu dan ayahnya mencadangkan agar dia mencabut semula paku-paku yang di pakunya pada kayu tersebut, setiap kali dia berjaya mengawal amarahnya. Hari pun berlalu.. kini, budak itu telah benar-benar dapat menghilangkan sikap amarahnya, dan memberitahu ayahnya tentang kejayaannya mencabut semua paku yang dipakukannya pada kayu itu...

Lalu ayahnya berkata " Kamu sudah buat yang terbaik anak ku, tapi cuba kamu tengok lubang bekas paku-paku yang kamu pakukan pada batang kayu ini..kayu ini tidak akan kembali seperti sedia kala.. ianya telah cacat dan berlubang.."  Budak itu terdiam.. dia faham akan maksud ayahnya, dan berazam untuk mengawal amarahnya sebaik mungkin bermula dari saat itu.

Pengajaran: Apabila anda berkata-kata dalam keadaan marah, ianya akan meninggalkan parut di ibaratkan seperti kayu itu. Umpama, Anda  menikam seseorang dengan pisau dan mencabutnya semula, tetapi..walau sebanyak mana kata maaf keluar dari mulut anda.. parut bekas tikaman itu tetap ada dan tidak mungkin akan hilang. Lihatlah betapa besarnya kesan negatif akibat daripada mengikutkan nafsu amarah!


No comments:

Post a Comment