Sunday 26 June 2011

Hanya Kerana Sebiji Gula-Gula...


"Hurmm.." Keluh Munirah yang sudah lama menunggu Ain yang dari tadi belum menampakkan batang hidungnya... Tidak berapa jauh dari tempat Munirah, sekumpulan penuntut perempuan sedang berbisik-bisik sambil mengerling kearah Munirah.. sejenak itu mereka tertawa kecil. Munirah sedar dia sedang diperkatakan.. kerana hari ini penampilan Munirah agak teruk.. selekeh dan tidak kemas, entah apa yang difikirkannya pagi tadi sehingga keadaannya begini hari ini. Untuk mengelak dari terus menjadi topik perbualan mereka, Munirah mengambil keputusan untuk menunggu Ain di perhentian bas sahaja.

Tapi keadaan yang sama tetap berlaku, mau tak mau Munirah hanya diam buat-buat tak tahu.. dah tak boleh buat apa... Setelah beberapa lama menunggu,... " Mun.. Mun..! Kedengaran suara Ain memanggil sambil terkejar-kejar menuju ke arah Munirah, Munirah hanya melambai lemah.. "Mun.. sorry ya lambat sikit.." Kata Ain, "tak apa.." jawab Munirah bersahaja.. " Mun.. apa kena ngan awak hari ini? Awak nampak selekeh.. tengok tu tudung pun dah tak betul.." tegur Ain.. Munirah hanya tersengih tak tahu nak jawab apa, dia sendiri tidak dapat membayangkan keselekehan dirinya tu.. Pelik!?

Ain cuba membantu Munirah membetulkan tudungnya.. tapi belum sempat siap, bas sudah pun tiba, dengan tergesa-gesa keduanya berlari menaiki bas, kerana bas itu adalah bas yang terakhir untuk jam itu, kalau terlepas nanti.. terpaksa menunggu sejam lagi untuk bas yang seterusnya. Mereka terpaksa berasak-asak dalam bas, dan oleh kerana tempat duduk semuanya sudah diambil terpaksalah Munirah dan Ain berdiri.

Munirah berasa sangat tidak selesa dengan keadaan yang berasak-asak dan dirinya pula menjadi perhatian penumpang lain.. " Aduh.. kenapalah aku teruk sangat hari ini".. Keluh Munirah dalam hati.. Bas berhenti dari stesen ke stesen melambatkan lagi perjalanan, bertambah-tambahlah kegelisahan Munirah yang ingin cepat-cepat sampai dan keluar dari keadaan yang amat menjengkelkan itu!

Sampailah ke satu stesen, bas itu berhenti lagi, beberapa orang penumpang turun, dan naik pula seorang lelaki tampan yang menjadi perhatian penumpang-penumpang bas itu, al-maklumlah bas itu dipenuhi oleh penumpang perempuan. Keadaan bas yang tidak lagi sesak itu mengeruhkan lagi keadaan Munirah.. apa tidaknya lelaki tampan yang baru saja naik itu, sejak tadi asyik merenungnya dengan renungan yang aneh.. Keadaan bas yang sudah kurang penumpangnya itu memudahkan pandangan lelaki itu kearahnya, membuatkan Munirah berasa bertambah tidak selesa... " Issshh.. apasal mamat ni.. taulah aku selekeh, tapi tak payah lah nak tenung-tenung sampai begitu sekali.. apa..! tak pernah nampak orang selekeh ke..?! Rungut Munirah senyap-senyap dalam hatinya.. Munirah hanya mampu menundukkan pandangan dan cuba berselindung di belakang Ain.

Beberapa penumpang lain mengambil kesempatan untuk bertegur sapa dengan lelaki tampan itu, membuatkan pandangan lelaki itu tergganggu seketika, dan tidak berapa lama kemudian penumpang semakin berkurang, membolehkan Munirah dan Ain mendapat tempat duduk, Munirah berasa agak lega seketika.. kerana sekurang-kurangnya dia dapat berselindung seketika dari perhatian lelaki tampan yang aneh itu..

Akhirnya, mereka tiba di tempat yang dituju, dan dengan keadaan tergesa-gesa Munirah menuruni tangga bas dan tidak mempedulikan lelaki yang terus-menerus merenungnya itu, Munirah ingin cepat keluar dari keadaan yang tidak menyenangkannya itu.. Tetapi.. "GEDEBUUK!! Malangnya.. sebaik saja Munirah menjejakkan kakinya ke perhentian bas Munirah tersungkur jatuh.. habis semua buku yang ditangannya terlempar jauh. " Eh, eh.. Mun.. Hati-hatilah... awak ni..!" Marah Ain sambil membantu Munirah bangun semula. Beberapa orang penumpang yang melihat kejadian itu tertawa kecil melihat Munirah.. " Aduuh... kenapa dengan aku ni... semuanya jadi serba tak kena..!" getus hati kecil Munirah sambil cepat-cepat mengutip semula buku-bukunya yang terlempar itu... Tengah sibuk-sibuk Munirah mengutip buku-bukunya... melintas pula lelaki tampan itu dihadapannya sambil sempat mengerling kosong ke arah Munirah.. "Aduuh.. malunya akuu!!" jerit Munirah dalam hati tetapi sedaya upaya membuat wajah selamba gajah.

Munirah yang kini berjalan sendirian, mengatur langkah perlahan ke tempat tujuannya dengan menundukkan pandangan ke bumi,... kejadian-kejadian yang berlaku hari ini amat memenatkan Munirah dan sedikit tertekan.. Tiba.. tiba.. langkah Munirah terhenti apabila jalannya dihalang oleh seseorang.. dengan perlahan Munirah mendongakkan kepala.. Hairan! lelaki tampan tadi ada di hadapannya.. Munirah dengan reaksi yang sedikit terkejut mengerutkan dahi kehairanan, sambil memandang lelaki itu yang juga sedang memandangnya .. Bibir bagaikan terkunci.. kelu.. tak terkata apa..


Tiba..tiba.. seolah-olah terpancar satu cahaya, tatkala lelaki itu mengukir senyuman manis padanya sambil menghulurkan sebungkus gula-gula yang disaluti bungkusan berwarna perang keemasan.. Lelaki itu menyebutkan sesuatu, tetapi Munirah tidak dapat mendengarkannya dengan jelas.. Sebaik saja Munirah menerima gula-gula itu, lelaki itu pun berlalu.. Munirah berpaling memerhatikan lelaki tampan itu berlalu dengan penuh tanda tanya.. tidak jauh dari situ beberapa orang perempuan yang menyaksikan kejadian itu.. meminta supaya mereka juga diberikan gula-gula.. Lelaki tampan itu kelihatan serba salah lalu menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan beberapa biji gula-gula, tetapi berbeza dengan gula-gula yang diberikannya pada Munirah tadi..

Munirah pun meneruskan perjalanannya, perasaan yang tadinya tegang dirasai Munirah, kini bertukar gembira walaupun penuh dengan tanda tanya.. tidak berapa lama.. kedengaran sayup-sayup bunyi deringan yang agak aneh.. semakin lama semakin kuat di pendengaran Munirah... Kukkoo!.. Kukkoo!.. Kukkoo!.. Sejurus itu.. Munirah tersedar.. " Aduhai.. aku bermimpi rupanya!.." bisik Munirah..  Rupa-rupanya ia hanyalah suatu mimpi yang aneh, membuat Munirah tersenyum bila mengingatkannya kembali. Namun tertanya-tanya apakah yang disebutkan oleh lelaki tampan dalam mimpinya itu.. ???



by:m'K *(^__^)v

No comments:

Post a Comment