Showing posts with label Nukilan. Show all posts
Showing posts with label Nukilan. Show all posts

Wednesday, 4 December 2013

Mungkinkah ini TAKDIR ?

Sebelum ini ku sangka akan
terus menipu perasaan ku..
ku tak pernah menjangka
akan dapat merasakan perasaan yang 
sejujurnya datang dari hati ku..


sehinggalah kau hadir, dan menghadirkan suatu perasaan yang tidak pernah ku alami sebelum ini 



kau buatku jujur dengan perasaan ku
kau buatku memberi tanpa mengharapkan balasan..


jikalau dulu aku perlukan alasan untuk menerima setiap cinta yang hadir..



tapi pada mu aku ingin memberi cinta tanpa tahu apa sebab dan alasannya..



mungkinkah kamu pilihan ALLAH untuk ku..?

kerana diri mu tidak pernah ku cari
waktu mempertemukan kita semula dan kini 
ku merasakan cukup hanya dengan adanya kamu..


semoga cinta ini mendapat restu ALLAH SWT 
semoga cinta ini 
terjaga hingga ianya benar-benar halal 
untuk ku dan dirimu. 

INSYAALLAH.. (^__^)






Sunday, 7 October 2012

P E R H A T I A N


Perhatian….
kebanyakkan orang inginkan perhatian….
Kerana perhatian membuatkan mereka rasa dihargai..
Di sayangi, dan di iktiraf…

Tetapi ia juga boleh menimbulkan
Rasa iri dan benci orang lain yang tidak menyenangi…
Ia juga boleh menyebabkan salah faham bagi orang yang berfikiran sempit..



Perhatian…
membawa seribu makna…
ada yang disebabkan perasaan suka…
cinta… selesa… kagum.. prihatin ataupun kerana rasa belas kasihan.

Perhatian…
Kadang menimbulkan rasa bangga
Rasa bahagia
Rasa gembira
Dan kadang juga boleh menimbulkan
Rasa rimas
Rasa keliru
Dan benci…

Namun…
Perhatian itu…
Bila ianya datang pada seseorang tanpa diminta atau diusahakan…
Ianya disebabkan sesuatu yang semulajadi yang
Memang ada dalam diri seseorang itu…
Yang mampu menarik perhatian orang lain.. (^__^)

Sunday, 11 March 2012

Ampunkan Hawa


Ya ALLAH…
Hawa merindu…
Hawa gelisah..
Hawa di kerumuni persoalan..

Ya ALLAH..
Gantilah rindu Hawa itu dengan rindu pada Mu
Tenangkanlah kegelisahan Hawa itu.. dengan kasih Mu
Tunjukkanlah Hawa hikmah-hikmah Mu..

Ya ALLAH..
Ampunkan Hawa ..
Kerana fitrahnya sebagai manusia..
Merindui kehadiran Adam..
Ampunkan Hawa..
Kerana kelemahannya sebagai manusia
Yang masih tatih dalam menghadapi ujian Mu
Ampunkan Hawa..
Kerana pengetahuannya yang tidak pun sebesar butir pasir
Yang masih tertanya-tanya kesudahan dirinya..



Ya ALLAH..
Juruskan hatinya pada Mu..
Masukkan keyakinan dalam hatinya tentang kebenaran janji Mu
Peluk lah Hawa dalam kasih Mu..

Agar Hawa terus terpelihara..
Agar Hawa terus mampu bersabar..
Agar Hawa tidak terjerumus dengan godaan-godaan duniawi..
Agar Hawa berjaya dalam usahanya mencari keredhaan Mu

Thursday, 10 November 2011

Sahabat Hati *


Ini bukan satu kebetulan, malah satu perjalanan yang sudah tertulis di takdir-NYA.. bahawasanya engkau akan hadir dalam satu keadaan dimana aku menyedarinya , dan seterusnya akan menjadi sahabat pada hati ku yang sering terluka. Kewujudan ku mungkin tidak kau sedari, dan apa yang telah terkesan pada ku dari perbuatan baik mu itu juga kau tak sedari, dan kerana ianya terkesan di hati ku maka kau mendapat gelaran ‘sahabat hati’.
Seperti yang sudah tertulis aku sering dilanda peristiwa-peristiwa dimana menyakitkan hati nurani ku. Dan seperti yang telah aku renungi dan nilaikan.. kata berhikmah yang kau sebarkan membantu hati ini untuk lebih tenang dan sabar dalam  melalui semua itu.
Lantas tergerak hati ini untuk lebih mengenali mu, dan ternyata gerak hati itu membawa kebaikan kepada ku, ku dalami dan fikirkan setiap kata yang tertulis yang kau hadirkan, menggerakkan hati untuk mengikuti jejak langkah mu.. lalu.. aku buka semula kitab suci yang telah lama aku biarkan tersimpan.. dan buku-buku agama yang telah usang yang selama ini ku lihat sekadar endah tak endah.
Ku baca dan fahami setiap bait ayat.. ternyata banyak perkara yang masih tidak aku ketahui.. sebak hati menyesali, banyak masa ku yang telah terbuang, hanya kerana ingin mengejar kejayaan dunia semata, demi untuk mengeluarkan diri ini dari kesukaran hidup yang tiada henti.. dan selama ini aku merasakan hidup ini tidak adil pada ku.
 kenapa mesti aku? Kenapa aku saja yang sentiasa merasakan susahnya hidup ini? Kenapa tekanan hidup sentiasa bersama ku? Kenapa hidup mereka begitu mudah tetapi tidak aku? Inilah soalan-soalan yang sering ku debatkan dalam hati. Tanpa aku sedari hikmah-hikmah yang tersembunyi. Dan DIA menghadirkan mu untuk menyuluh hikmah-hikmah itu agar aku dapat melihatnya.
Kini hati ini tiada henti mengucapkan syukur, malah jikalau ada ayat yang lebih baik dari itu akan aku ucapkan setiap kali. Syukur kerana kesusahan yang ku hadapi ini telah mendekatkan aku dengan-NYA.  Ku singkap segala yang telah kuhadapi, dan ternyata ada hikmah di setiapnya, Cuma aku yang tidak menyedarinya kerana asyik melayan kesedihan dan kesusahan ku. Pada mulanya aku kirakan DIA tidak mendengarkan setiap doa ku.
Tapi kini aku dapat merasakan betapa sebenarnya aku beruntung, kerana DIA ingin menjadikan aku seorang hamba yang tabah dengan menguji ku dengan pelbagai ujian, DIA menyayangi ku kerana DIA telah menghalangi segala kebahagiaan yang cuba ku kecapi yang ku anggap bakal membahagiakan ku tapi pada hakikatnya hanya akan membawa kehancuran yang lebih teruk pada ku. Aku sedih dan kecewa dengan halangan itu, tapi akhirnya membawa kepada rasa kesyukuran tatkala cahaya hikmah terpancar di sebalik kegelapan itu.
Dengan menghantarkan mu ‘sahabat hati’ , DIA tunjukkan segala hikmah yang tersembunyi  .. wahai sahabat hati, kau mungkin tidak menyedari semua ini, malah mungkin tidak menyedari adanya aku menghargai mu. Tapi itu tak mengapa kerana penghargaan dari ku tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan penghargaan dari DIA yang Maha Penyayang, akan ku luahkan segalanya pada DIA, dan biarlah DIA yang menguruskan yang selebihnya, semoga damai hati ini dengan ketentuan-NYA.






Untuk sahabat hati  yang di ingati
semoga dilapangkan dada dan dirahmati

Mungkin kerana kau kongsikan ilmu itu dengan keikhlasan hati
Ianya berjaya menyentuh dan membuka hati
Ku ucapkan syukur pada ILAHI
Dan melalui-NYA juga ku titip ucapan terima kasih buatmu seikhlas hati *

Thursday, 13 October 2011

~CUKUPLAH DIA YANG MENGETAHUINYA~

Tatkala bibir ingin berbicara
Ku tuliskan ia menjadi sebuah puisi
Tatkala hati merindu
Ku curahkan ia dengan menyulam bait kata-kata

Tatkala diri gelisah
Ku curahkan segala kegelisahan pada-Nya
Tatkala diri dilanda kesedihan dan kecewa
Ku adukan segalanya pada-Nya

Tatkala gembira
ku gambarkan ia melalui ukiran senyuman
dan kuceritakan kepada-Nya

Dan cukuplah Dia yang memelihara dan melindungi ku
Dan cukuplah dia yang menjaga segala urusan ku
Dan cukuplah Dia yang menilai diri ku
Dan cukuplah Dia tempat aku memohon
Dan cukuplah kasih sayang-Nya menenangkan kegelisahan ku
Dan cukuplah Dia menjadi perantara ku dengan dirinya yang  masih tidak aku ketahui..



*Semoga DIA sentiasa merahmati dan memelihara dirinya dan semoga dipermudahkan urusannya dunia dan akhirat.. (^__^)*

Thursday, 6 October 2011

~SATU NAMA YANG KU SEMAT DIHATI~

Antara kita tiada rahsia, susah dan senang tetap bersama.. Terpatri Nama-Mu Engkau takkan ku lupa.

Sekian lama aku menempuh hari-hari ku, menempuh segala rencana-Mu, walau lelah ku rasakan, namun harus ku teruskan jua.

Saat gembira dan duka ku.. ku ceritakan pada-Mu, semoga dikuatkan oleh-Mu sanubari dan jasadku

Pantas masa berlalu meninggalkan diri ini, tanpa disedari bertambahlah usia ini.. segala pengalaman dan pengajaran ku simpan ku bingkaikan kenangan, dan kadang ku terharu tika ku temui hikmah disebaliknya..

Perjalanan ku masih jauh.. jalan yang berliku bakal ku tempuhi, sejenak mengimbas kenangan semalam, jadi azimat penguat semangat menempuh masa hadapan, harapan ku Engkau selalu melindungi ku

Pada ku Engkau penghibur duka pengubat hati resah kecewa, di kelam malam ku Engkau bawa cahaya.. semoga diri ini mencapai redha-Mu

Akan ku sematkan Nama-Mu dihati ku selamanya.. 


Monday, 3 October 2011

SABARLAH WAHAI HATI

Tabahlah wahai hati walau segunung cabaran melanda. walau terkadang engkau jatuh dan cedera, bangunlah semula dan ubati luka itu.

Bila engkau hampir-hampir tersasar, cepat-cepatlah sedar akan tempat pijaknya diri. Teruslah berjalan di bumi yang tua ini. Selagi nyawa dikandung badan selagi nafas belum terhenti.. hadapilah apa yang ada dihadapan mu.

Tak kan bisa kau mengelak takdir, tak kan bisa kau menghenti masa.. dan tak ada cara lain selain dari menghadapinya. Yakinlah apa yang terjadi ini adalah rencana yang sudah tertulis untuk mu.


Usah kesal dan bersedih, segala sesuatu terjadi ada sebab musababnya, ada hikmah disebaliknya. Ini adalah ujian untuk mu maka berusahalah untuk menghadapinya dengan tabah dan sabar.

Mintalah, mohonlah dan mengadulah pada ALLAH SWT, lepaskan kesedihan mu pada-Nya kerana dia Maha mengerti.. ingatlah DIA dan jangan pernah lupa. Kerana DIAlah yang berkuasa atas mu dan hanya DIA yang mampu memberikan keselamatan pada mu.

** Wahai hati.. sabarlah menempuh dugaan mu ini, yakinlah bahawa ini adalah ujian demi meninggikan martabat mu sebagai hamba-Nya**

Sunday, 2 October 2011

AKU SI KUCING JALANAN

Hidup ku ibarat kais pagi makan pagi..

Kais petang makan petang..



Untung-untung dapat bertemu dengan insan pemurah..

Pasti berbeza hari ku dari yang biasa..

kadang pula malang menimpa tika bertemu dengan insan yang angkuh..

Kalau tak di usir.. aku di pukul… 



Aku tahu aku kotor..

Dan bukan niat ku untuk mengganggu atau membuat kacau..

Tapi terkadang kelaparan menghimpit diri..

Memaksa aku meminta-minta walau secara paksa..



Tak ku pinta diri ini dipelihara..

Cukuplah sekadar rasa simpati..

Janganlah aku di pukul..

Kasihanilah aku…


Namun.. aku bersyukur..

Kerana masih ada insan prihatin..

Dan dengan alasan ini aku meneruskan hidup

Menempuhi dunia yang penuh onak dan duri..

Kerana aku tahu di celahannya masih wujud sinar pelangi..


*Sayangilah binatang walaupun ia hanya tinggal di jalanan.. aku, kau dan mereka adalah makhluk Tuhan yang sama-sama menumpang di bumi ini dan kita sebagai manusia yang diberikan sedikit kelebihan iaitu akal .. gunakan lah ia dengan berhemat, jangan sesekali lupa akan asal diri dan tempat kembali kelak. (^__^)*

Sunday, 25 September 2011

SAHABAT KU WANITA


Setiap benda berharga yang ALLAH SWT ciptakan di dunia ini letaknya tersembunyi dan susah untuk di dapatkan..


Dimanakah letaknya permata?

Jauh di dasar tanah tersembunyi dan terjaga


Dimanakah letaknya mutiara?

Jauh didasar lautan tersembunyi dan terjaga di dalam kerang laut yang unik dan cantik..

Mana letaknya emas?

Jauh di dasar lombong dan tersembunyi di celah lapisan-lapisan batu di bawah tanah..

Dan perhiasan tubuh ku dan tubuh mu wahai sahabat ku wanita.. adalah lebih berharga dari permata, lebih indah dari mutiara, dan lebih bernilai dari emas..

Oleh itu kita sepatutnya menyembunyikan dan menjaganya dengan baik.. kerana ALLAH ciptakannya eksklusif hanya untuk pemilik yang sudah tertulis di azali..

 ** Teguran untuk diri ku jua..** 

Wednesday, 21 September 2011

**TITIPAN DARI SAHABAT**

 Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia.. sedekahkan senyuman walau pun di hati mu tak lagi mampu bertahan.. 

Belajarlah memaafkan walau diri mu terluka.. hiduplah dalam iman walau hari di penuhi dugaan dan berpeganglah kepada ALLAH walau Dia tidak kelihatan.. 



Bukti kasih-Nya, kita wujud di dunia pinjaman ini.. ada sebab bila berlakunya sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hamba-Nya yang mengakui keimanan kepada-Nya.. Moga lelah mu di hargai Ilahi. 

Hakikatnya diri ini sentiasa menyokong dan mendoakan hanya yang terbaik di anugerahkan buat mu.. kata-kata untuk diri dan sahabat ku.


**Terima kasih sahabat .. nasihat mu akan ku semat kan rapi di dalam diari hati ku.. biar engkau dalam rahsia, kata-kata mu sangat aku hargai.. semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmat yang Maha Pencipta dan tabah dalam menghadapi setiap rencana-Nya. (^__^)*


Tuesday, 20 September 2011

**Salam Rindu untuk mu (Rasulullah saw)**

Wahai Rasulullah
Mulianya diri mu
Terpujinya akhlak mu
Tabahnya diri mu
Sucinya hati mu
Tulusnya kasih sayang mu
Kuatnya semangat perjuangan mu.


Wahai Kekasih Allah
Engkau bagai cahaya yang datang dalam kegelapan
Menghidupkan hati-hati yang mati
Engkaulah pembimbing umat
Tunggak perkembangan agama ALLAH
Kepimpinan dan kecerdikan mu tiada tandingan







Wahai Rasul Ulul Azmi Terbesar
Betapa rindunya menyaksikan cahaya wajah mu
Betapa rindunya menyaksikan senyuman dari wajah mu
Betapa rindunya mendengarkan suara merdu mu


Ya ALLAH sampaikan lah salam penuh kasih dan rindu kami pada kekasih Mu curahkanlah rahmat Mu kepadanya keluarganya dan juga para sahabatnya sekalian


**Sungguh kami merindui mu wahai Rasulullah s.a.w**

Tuesday, 13 September 2011

Ukirkan Senyum Manis mu (^__^)*


Saat kegagalan menimpa diri
Kesedihan menyapa
Kekecewaan melanda jiwa
Tak usah kesal ataupun berduka

Jalan hidup mu sudah tertulis
Teruslah berusaha dan berdoa
Selagi nafas belum terhenti
Teguhkan iman, tabahkan hati

Ukirkan senyum manis mu 
Pandanglah sekeliling mu
Masih ada keluarga yang menyokong mu
Masih ada teman yang menemani mu


Amati langit luas membiru
mampu menenangkan hati
Yang gusar dan gelisah

Pandanglah langit yang luas terbentang
Seolah-olah tiada penghujungnya
Begitulah jua rahmat ALLAH 
Yang Maha Pemurah









Saturday, 10 September 2011

MATI

Akan tiba suatu saat hadirnya malaikat maut, nafas akan terhenti, jasad menjadi kaku.

Harta ditinggalkan, keluarga, sanak saudara dan rakan taulan menangisi, bila mana suara mu tak lagi didengar jeritan mu tidak lagi dipeduli.

Tak akan mampu kau menyangkal mahupun mengelak apa lagi melarikan diri, tika saat masa mu telah tiba, tak kan mampu kau membantah selain akur.

Saat itu hanya ada engkau seorang diri, tiada yang akan menemani selain daripada bekalan amalan mu.

Didalam tanah engkau akan tinggal, sempitkah? Atau akan luas kah? Gelapkah? Atau akan terang kah? Panas kah? Atau akan nyamankah?.. semuanya bergantung pada amalan mu semasa hidup.

Sedang memikirkan tentang alam barzakh gementar rasa di hati.. apatah lagi memikirkan kesudahan di akhirat nanti.. 



Ingatlah pada mati kerana ia akan menyedarkan diri dari kealpaan, hidup di dunia hanya sekali, masa mu amat singkat, bila-bila masa saja ajal mu akan tiba..

Usah tertipu dengan nikmat dunia yang hanya pinjaman sementara, perbaiki diri, tingkatkan amal.. dan istiqamah lah dalam mencari keredhaan Nya tempat kembalinya diri.

Untunglah pada yang mendapat redha ilahi, dan merugilah pada yang sebaliknya.



“Wahai sekalian manusia, setiap hari yang baru, bumi sentiasa menegurmu dengan kata-katanya; Wahai sekalian manusia, engkau berjalan di permukaanku dan setelah itu engkau akan disimpan di dalam perutku. Engkau memakan segala yang diinginkan ketika di berada permukaanku, kemudian engkau akan dimakan ulat di dalam perutku.

“Wahai sekalian manusia, aku adalah rumah kesunyian, aku adalah rumah tempat pertanyaan, aku adalah rumah kegelapan, aku adalah rumah kala dan ulat, maka diamilah aku dan janganlah engkau menghindar daripadaku” 

(Imam Al Ghazali “Nasihat dan Tuntutan” [hadis-hadis Qudsi])

Saturday, 3 September 2011

Dairi Cinta Hati

Kadang hati terleka mengangankan kebahagiaan yang belum pasti. Tetapi keyakinan membantu diri untuk terus mengharapkan sesuatu yang membahagiakan, dengan ketetapan niat yang suci, usaha dan doa, pasti tidak akan sia-sia.

Hati memahami, tidak akan menyatu penipuan dengan kebenaran, tidak akan bersama kecurangan dan kesetiaan, tidak akan serasi penyamaran dengan kejujuran, dan tiada akan berhasil penyatuan antara kepura-puraan dan keikhlasan.

Penantian memerlukan kesabaran dalam mencapai kebahagiaan yang hakiki. Ganjarannya pasti tidak akan ternilai dengan emas permata mahupun kecantikan paras rupa.

Rindu pasti kan sentiasa bertandang di hati tidak kira masa dan waktu, tetapi perbezaan nilai sesebuah kerinduan yang di landaskan demi mencari keredhaan-Nya memberikan suatu perasaan yang menenangkan walau dalam syahdu.

Tidak akan tergugat sedikit pun kesetiaan, andai hati sudah disatukan dibawah rahmat yang Esa. Percaya dan yakin akan kekuasaan-Nya. Pasti hari yang dinantikan itu akan tiba, saat bila hati benar-benar akan berbicara meyakinkan diri bahawa “dialah orangnya yang ditunggu-tunggu” .Walau dekat, walau jauh dipisahkan oleh gunung ganang ataupun lautan dia pasti tetap akan terasa sangat dekat di hati. 



Pelaburan nilai kejujuran dan nilai keikhlasan cinta pasti akan memberikan keuntungan yang tidak ternilai dan kebahagiaan yang dirasa pasti sukar di gambarkan dengan kata-kata, hanya hati yang akan benar-benar mengerti.

Jika di fahami dan diamati erti dan matlamat sebenar penyatuan suci antara dua hati, ia tidak akan tercemar dengan nafsu yang membinasa. Sebaliknya akan membawa kepada ketenangan dan penyumbang semangat dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup, dalam mencari keredhaan Nya.

Terima kasih Ya ALLAH, atas ketenangan cinta yang Engkau anugerahkan, sesungguhnya cinta-Mu lah yang menyuburi cinta antara hamba Mu dengan nur keimanan dan ketakwaan dan dengan petunjuk Mu lah dua hati mampu menyatu sekalipun jarak memisahkan jasad.

Terima kasih ya WADUD, kerana sesungguhnya kasih Mu lah yang menerapkan nilai keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan antara dua hati dan sesungguhnya sayang Mu lah yang menghangatkan dan memelihara sebuah pehubungan agar kekal abadi.

Terima kasih ya RAHMAN, atas segala hikmah dalam setiap rencana yang Engkau selitkan demi menyuntikkan nilai ketabahan dalam hati hamba-hamba Mu dan semoga hidup dan mati kami dalam keredhaan Mu.

Monday, 29 August 2011

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Negara ku tanah tumpahnya darah ku

Rakyat hidup bersatu dan maju

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan

Raja kita selamat bertahta


Sampai ke hari ini kita masih mampu tersenyum riang

Sampai ke hari ini kita masih hidup dalam aman dan damai

Sampai ke hari ini kemajuan demi kemajuan dapat kita saksikan

Sampai ke hari ini kita masih mampu bersatu walau dalam kepelbagaian bangsa dan agama


Maka bersyukurlah pada yang Esa

Kerana lahir sebagai anak Malaysia


Teruskanlah senyuman keriangan itu

Kekalkanlah keamanan dan kedamaian itu

Doakanlah kemajuan dan keharmonian itu agar berterusan

Tanamkanlah semangat perpaduan dan semangat satu Malaysia!


Terima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang masih hidup

Atau yang sudah pergi..Semoga mereka sentiasa dicucuri rahmat ALLAH SWT.. Aamiiin..


Salam Kemerdekaan yang ke 54 untuk semua rakyat Malaysia

Merdeka! Merdeka! Merdeka! v(^__^)v


Saturday, 27 August 2011

Salam Aidilfitri

Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya..

Kehadirannya pada tahun depan pasti akan dirindui lagi..


Syawal pula bakal menjelma..

Meraikan kemenangan.. meraikan sanak saudara..


Yang jauh pulang kekampung..

Yang dekat berkunjung kunjungan..


Bermaaf-maafan sesama saudara, rakan dan jiran tetangga..

Semoga silaturahim yang terjalin bertambah erat..


Salam Aidilfitri dari ‘juswantoshare’ dan keluarga.. (^__^)*



Sunday, 14 August 2011

Titipan untuk Hati itu

Baris demi baris luahan hati itu ku baca..

Seakan hati ini mengerti luahan hati itu..



Begitu serasi dengan hati ini

Mungkin kerana duka yang serupa..



Jauh dari sudut hati ini..

Tersembunyi keinginan untuk mengubati hati itu..



Namun ketentuan itu bukan pada hati ini

Tetapi Ketentuan itu milik ilahi..



Yang mampu hati ini berikan hanyalah doa

Agar hati yang terluka itu akan terubat..



Wahai hati yang ikhlas..

Usah bersedih dan bermurung durja..

Yakinlah masih ada hati yang serupa dengan mu..

Walau hati yang lalu telah melukakan mu..

Itu kerana hati itu tidak sama seperti mu..



Dan Allah Maha Adil lagi Bijaksana..



Semoga hati itu akan menemui hati yang seikhlas dan sejujurnya..

Semoga hati itu sabar dan tenang dalam penantiannya..



Walaupun kelak hati itu bukan hati ini..

Namun hati ini tetap merasa bersyukur mengenali hati itu..

Walaupun sekadar menilai dari kejauhan..



Kerana hati itu telah berjaya membantu hati ini menemukan ketenangan hati yang sebenar..



Dan hati ini juga mengharapkan..

akan menemukan hati yang seikhlas dan sejujur hati itu..



Perdengarkanlah Ya Allah As-Sami..

Perdengarkanlah pada hati apa yang tersembunyi…

Tunjukilah Ya Allah Al-Alim..

Tunjukilah hati pada kebenaran. 

Wednesday, 3 August 2011

Salam Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan yang mulia
Bulan berkah berganda pahala
Bulan dimana.. Neraka tertutup Syurga terbuka
Bulan dimana.. malam Lailatul Qadar akan menjelma

Bulan dimana.. mukminin dan mukminat berlumba-lumba
Menambah amal menambah pahala



Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna
Semoga amalan dan ibadah lebih baik dari Tahun sebelumnya
Semoga mendapat redha ALLAH SWT..

Salam Ramadhan buat Muslim sedunia..



Thursday, 21 July 2011

Istikharah Ku

Telah sampaikah  rindu ini..
atau hanya khayalan..?

Itu kah hati yang diciptakan untuk  menjadi milik ku..?
Ataukah hanya ujian?

Benarkah desas-desus hati ini?
Atau pun hanya sekadar ramalan hati 
Yang mendambakan pengisian sebuah nilai keikhlasan?


Istikharah ku pada-Mu Tuhan,
Pada -Mu ku panjatkan doa memohon ketetapan

Kerana sesungguhnya Engkau lebih mengetahui 
mana-mana yang baik untuk ku
Hamba-Mu yang lemah dan memerlukan bimbingan.

Sunday, 10 July 2011

Aku...

Tak akan bisa aku menutup mulut-mulut yang ingin berbicara sesukanya..
Tapi aku bisa menahan diri ku dari melakukan yang sama..

Tak bisa aku menutup pandangan mata mereka..
Tapi aku bisa menutup mata ku sendiri..

            Tak bisa aku mengubah orang lain..            
Tapi aku pasti bisa mengubah diriku sendiri..

Tak bisa aku menutur suara hati sebenar..
Tapi aku bisa menuturnya melalui tulisan..



Tak akan bisa aku jadi sempurna..
Tapi aku bisa berusaha mencari kesempurnaan..

Tak bisa aku menentukan arah hidup ku..
Tapi aku bisa memperbaiki setiap amalan ku..

Tak akan bisa aku menjadi orang lain..
Tapi aku bisa mengambil contoh dan pengajaran..

Dan jasad ini adalah amanah..
Dan roh ini adalah milik-NYA