Thursday 9 June 2011

Kerana MU

Aku tertarik untuk mengenalinya 
Kerana hidayah MU

Aku mengingatinya 
Kerana ingatan ku pada MU

Aku merinduinya 
Kerana rindu ku pada MU

Aku ingin meraih cintanya 
Kerana cinta ku pada MU



Kerana dia mengagungkan MU
Kerana dia menyanjung agama MU dan Rasul MU
Kerana dia sentiasa merindui MU
Kerana dia punya cinta yang lebih dari segalanya hanya kepada MU

Oleh kerana itu aku memohon Pada MU
 yang Maha Mendengar
Kiranya dia untuk ku permudahkanlah ia bagi ku
Dan jika sebaliknya, maka  ENGKAU permudahkanlah baginya segala urusannya di dunia dan akhirat



Kerana sesungguhnya ENGKAU lah Ya ALLAH
yang Maha Mengetahui lagi Maha Melihat.

No comments:

Post a Comment