Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts

Saturday, 21 January 2012

Perhatian Dan Ketetapan ALLAH SWT


Daripada Ibnu Abbas r.a, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Wahai anak, aku ingin ajarkan kepada engkau beberapa kalimah: peliharalah hak-hak ALLAH nescaya ALLAH akan memelihara mu. Peliharalah hak-hak ALLAH nescaya engkau akan mendapati-Nya di mana saja kamu berada. Apabila kamu ingin meminta, bermohonlah kepada ALLAH. Apabila kamu inginkan pertolongan, mohonlah pertolongan dari ALLAH. Dan ketahuilah, sekiranya seluruh umat berhimpun untuk memberikan suatu manfaat kepada engkau, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang telah ditetapkan kepada kamu; sekiranya mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu , mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan sesuatu yang telah ALLAH tetapkan ke atas kamu. Telah pun diangkat segala pena dan telah keringlah segala buku”. (segalanya telah di tetapkan oleh takdir dan di tulis di Luh Mahfuz)
[Riwayat al-Tarmizi dan Ahmad]


Dripada abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi ALLAH SWT daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selau meminta pertolongan daripada ALLAH dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata “ kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu”; akan tetapi katakanlah “takdir ALLAH, dan ALLAH berbuat sekehendak-Nya”. Sesungguhnya perkataan “kalaulah” hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

[Hadis shahih muslim]

Saturday, 3 December 2011

KEADAAN NERAKA DAN PENGHUNINYA (the last part )


Dalam lain riwayat dikatakan ketika mereka diiring oleh Malaikat Malik selalu memanggil: “Wa Muhammad.” tetapi setelah melihat muka Malaikat Malik lupa akan nama Rasulullah s.a.w. kerana hebatnya Malaikat Malik, lalu ditanya: “Siapakah kamu?” Jawab mereka: “Kami ummat yang dituruni Al-Quran dan kami telah puasa bulan Ramadhan.” Lalu Malaikat Malik berkata: “Al-Quran tidak diturunkan kecuali kepada ummat Rasulullah s.a.w..” Maka ketika itu mereka menjerit: “Kami ummat Nabi Muhammad s.a.w” Maka Malaikat Malik bertanya: “Tidakkah telah ada larangan dalam Al-Quran dari ma’siyat terhadap Allah subha nahu ta’ala.” Dan ketika berada ditepi neraka jahannam dan diserahkan kepada Malaikat Zabaniyah, mereka berkata: “Ya Malik, diizinkan saya akan menangis.” Maka diizinkan, lalu mereka menangis sampai habis airmata, kemudian menangis lagi dengan darah, sehingga Malaikat Malik berkata: “Alangkah baiknya menangis ini andaikata terjadi didunia kerana takut kepada Allah s.w.t., nescaya kamu tidak akan disentuh oleh api neraka pada hari ini.
 lalu Malaikat Malik berkata kepada Malaikat Zabaniyah: “Lemparkan mereka kedalam neraka.” dan bila telah dilempar mereka serentak menjerit: “La illaha illallah.” maka surutlah api neraka, Malaikat Malik berkata: “Hai api, sambarlah mereka.” Jawab api: “Bagaimana aku menyambar mereka, padahal mereka menyebut La illaha illallah.” Malaikat Malik berkata: “Demikianlah perintah Tuhan Rabbul arsy.” maka ditangkaplah mereka oleh api, ada yang hanya sampai tapak kaki, ada yang sampai kelutut, ada yang sampai kemuka. 
Malaikat Malik berkata: “jangan membakar muka mereka kerana kerana mereka telah lama sujud kepada Allah s.w.t., juga jangan membakar hati mereka kerana mereka telah haus pada bulan Ramadhan.” Maka tinggal dalam neraka beberapa lama sambil menyebut: “Ya Arhamar Rahimin, Ya Hannan, Ya Mannan.” Kemudian bila telah selesai hukuman mereka, maka Allah s.w.t.memanggil Jibril dan bertanya: “Ya Jibril, bagaimanakah keadaan orang-orang yang maksiat dari ummat Nabi Muhammad s.a.w?” Jawab Jibril: “Ya Tuhan, Engkau lebih mengetahui.” Lalu diperintahkan: “Pergilah kau lihatkan keadaan mereka.” Maka pergilah Jibril a.s. kepada Malaikat Malik yang sedang duduk diatas mimbar ditengah-tengah jahannam. Ketika Malaikat Malik melihat Jibril segera ia bangun hormat dan berkata: “Ya Jibril, mengapakah kau datang kesini?” Jawab Jibril: “Bagaimanakah keadaan rombongan yang maksiat dari ummat Rasulullah s.a.w.?” Jawab Malaikat Malik: “Sungguh ngeri keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka telah terbakar badan dan daging mereka kecuali muka dan hati mereka masih berkilauan iman.”Jibril berkata: “Bukalah tutup mereka supaya saya dapat melhat mereka.” Maka Malaikat Malik menyuruh Malaikat Zabaniyah membuka tutup mereka dan ketika mereka melihat Jibril mereka mengerti bahawa ini bukan Malaikat yang menyiksa manusia, lalu mereka bertanya: “Siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu?” Jawab Malaikat Malik: “Itu Jibril yang biasa membawa wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w.” Ketika mereka mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w. maka serentaklah mereka menjerit: “Ya Jibril, sampaikan salam kami kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengannya serta sampaikan keadaan kami kepadanya.
” Maka kembalilah Jibril menghadap kepada Allah s.w.t. lalu ditanya: “Bagaimana kamu melihat ummat Muhammad?” Jawab Jibril: “Ya Tuhan, alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka.” Lalu Allah s.w.t. bertanya lagi: “Apakah mereka minta apa-apa kepadamu?” Jawab Jibril: “Ya, mereka minta disampaikan salam mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan diberitakan kepadanya keadaan mereka.” Maka Allah s.w.t. menyuruh Jibril menyampaikan semua pesanan itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang tinggal dalam khemah dari permata yang putih, mempunyai empat ribu buah pintu dan tiap-tiap pintu terdapat dua daun pintu dari emas, maka berkata Jibril: Ya Muhammad, saya datang kepadamu dari rombongan orang-orang yang derhaka dari ummatmu yang masih tersiksa dalam neraka, mereka menyampaikan salam kepadamu dan mengeluh bahawa keadaan mereka sangat jelek dan sangat sempit tempat mereka.
” Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w. kebawah arsy dan bersujud dan memuji Allah s.w.t. dengan ucapan yang tidak pernah diucapkan oleh seorang makhlukpun sehingga Allah s.w.t. menyuruh Nabi Muhammad s.a.w.: “Angkatlah kepalamu dan mintalah nescaya akan diberikan, dan ajukan syafa’atmu pasti akan diterima.” Maka Nabi Muhammad s.a.w. berkata: “Ya Tuhan, orang-orang yang durhaka dari ummatku telah terlaksana pada mereka hukumMu dan balasanMu, maka terimalah syafa’atku.” Allah s.w.t. berfirman: “Aku terima syafa’atmu terhadap mereka, maka pergilah keneraka dan keluarkan daripadanya orang yang pernah mengucap Laa ilaha illallah.” Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w. keneraka dan ketika dilihat oleh Malaikat Malik, maka segera ia bangkit hormat lalu ditanya: “Hai Malik, bagaimanakah keadaan ummatku yang durhaka?” Jawab Malaikat Malik: “Alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka.” Maka diperintahkan membuka pintu dan angkat tutupnya, maka apabila orang-orang didalam neraka itu melihat Nabi Muhammad s.a.w. maka mereka menjerit serentak: “Ya Nabi Muhammad s.a.w., api neraka telah membakar kulit kami.
” Maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu dibawa mereka kesungai dimuka pintu syurga yang bernama Nahrulhayawan, dan disana mereka mandi kemudian keluar sebagai orang muda yang gagah, elok, cerah matanya sedangkan wajah mereka bagaikan bulan dan tertulis didahi mereka Aljahanamiyun atau orang-orang jahannam yang telah dibebaskan oleh Allah s.w.t.. Dari neraka kemudiannya mereka masuk kesyurga, maka apabila orang-orang neraka itu melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka, mereka berkata: “Aduh, sekiranya kami dahulu Islam tentu kami dapat keluar dari neraka.”
Allah s.w.t. berfirman: “Rubama yawaddul ladzina kafaruu lau kanu muslimin.” (Yang bermaksud) “Pada suatu saat kelak orang-orang kafir ingin andaikan mereka menjadi orang Muslim.”
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Pada hari kiamat kelak akan didatangkan maut itu berupa kambing kibas putih hitam, lalu dipanggil orang-orang syurga dan ditanya: “Apakah kenal maut?” Maka mereka melihat dan mengenalnya, demikian pula ahli neraka ditanya: “Apakah kenal maut?” Mereka melihat dan mengenalnya, kemudian kambing itu disembelih diantara syurga dan neraka, lalu diberitahu: “Hai ahli syurga kini kekal tanpa mati, hai ahli neraka kini kekal tanpa mati.” Demikianlah ayat: Wa andzirhum yaumal hasrati idz qudhiyal amru (Yang bermaksud) Peringatkanlah mereka akan hari penyesalan ketika maut telah dihapuskan.”
Abu Hurairah r.a. berkata: “Janganlah gembira seorang yang lacur dengan suatu nikmat kerana dibelakangnya ada yang mengejarnya iaitu jahannam, tiap-tiap berkurang ditambah pula nyalanya.”

* Wahai diri berusahalah untuk tidak terjerumus dalam api neraka, jangan biarkan nikmat dunia yang sementara mengaburkan mata dan menggelapkan hati mu.. "Ya Rahman.. lindungi hamba-Mu yang lemah dan hina ini dari api neraka, bantulah hamba-Mu ini dalam usahanya mencari keredhaan MU dan sejahteralah Nabi junjungan kami Muhammad shalallahu alaihi wassallam berserta keluarga dan sahabatnya sekalian... amin.. amin.. amin.. Ya Rabbal alamiin.."



Thursday, 1 December 2011

KEADAAN NERAKA DAN PENGHUNINYA (PART 6)


Kemudian Jibril diam segan pada Nabi Muhammad s.a.w sehingga Nabi Muhammad s.a.w bertanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?” Jawab Jibril: “Didalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.” Maka Nabi Muhammad s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan Jibril itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi Muhammad s.a.w dipangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk neraka?” Jawab Jibril: “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.”



Kemudian Nabi Muhammad s.a.w menangis, Jibril juga menangis, kemudian Nabi Muhammad s.a.w masuk kedalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian masuk kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah s.w.t., dan pada hari ketiga datang Abu Bakar r.a. kerumah Nabi Muhammad s.a.w mengucapkan: “Assalamu’alaikum yang ahla baiti rahmah. apakah dapat bertemu kepada Nabi Muhammad s.a.w?” Maka tidak ada yang menjawabnya, sehingga ia menepi untuk menangis, kemudian Umar datang dan berkata: “Assalamu’alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Rasulullah s.a.w?” Dan ketika tidak mendapat jawapan dia pun menepi dan menangis, kemudian datang Salman Alfarisi dan berdiri dimuka pintu sambil mengucapkan: “Assalamu’alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Junjunganku Rasulullah s.a.w.?” Dan ketika tidak mendapat jawapan, dia menangis sehingga jatuh dan bangun, sehingga sampai kerumah Fatimah r.a. dan dimuka pintunya ia mengucapkan: “Assalamu’alaikum hai puteri Rasulullah s.a.w.”Kebetulan pada masa itu Ali r.a. tiada dirumah, lalu bertanya: “Hai puteri Rasulullah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah beberapa hari tidak keluar kecuali untuk sembahyang dan tidak berkata apa-apa kepada orang dan juga tidak mengizinkan orang-orang bertemu dengannya.” Maka segeralah Fatimah memakai baju yang panjang dan pergi sehingga apabila beliau sampai kedepan muka pintu rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam sambil berkata: “Saya Fatimah, ya Rasulullah.” Sedang Rasulullah s.a.w. bersujud sambil menangis, lalu Rasulullah s.a.w. mengangkat kepalanya dan bertanya: “Mengapakah kesayanganku?” Apabila pintu dibuka maka masuklah Fatimah kedalam rumah Rasulullah s.a.w. dan ketika melihat Rasulullah s.a.w. menangislah ia kerana melihat Rasulullah s.a.w. pucat dan sembam muka kerana banyak menangis dan sangat sedih, lalu ia bertanya: “Ya Rasulullah, apakah yang menimpamu?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Jibril datang kepadaku dan menerangkan sifat-sifat neraka jahannam dan menerangkankan bahawa bahagian yang paling atas dari semua tingkat neraka jahannam itu adalah untuk umatku yang berbuat dosa-dosa besar, maka itulah yang menyebabkan aku menangis dan berduka cita.” Fatimah bertanya lagi: “Ya Rasulullah, bagaimana caranya masuk?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Diiring oleh Malaikat keneraka, tanpa dihitamkan muka juga tidak biru mata mereka dan tidak ditutup mulut mereka dan tidak digandingkan dengan syaitan, bahkan tidak dibelenggu atau dirantai.” Ditanya Fatimah lagi: “Lalu bagaimana cara Malaikat menuntun mereka?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Adapun kaum lelaki ditarik janggutnya sedangkan yang perempuan ditarik rambutnya, maka beberapa banyak dari orang-orang tua dari ummatku yang mengeluh ketika diseret keneraka: Alangkah tua dan lemahku, demikian juga yang muda mengeluh: Wahai kemudaanku dan bagus rupaku, sedang wanita mengeluh: Wahai alangkah maluku sehingga dibawa Malaikat Malik., dan ketika telah dilihat oleh Malaikat Malik lalu bertanya: “Siapakah mereka itu, maka tidak pernah saya dapatkan orang yang akan tersiksa seperti orang-orang ini, muka mereka tidak hitam, matanya tidak biru, mulut mereka juga tidak tertutup dan tidak juga diikat bersama syaitannya, dan tidak dibelenggu atau dirantai leher mereka? Jawab Malaikat: “Demikianlah kami diperintahkan membawa orang-orang ini kepadamu sedemikian rupa.” Lalu ditanya oleh Malaikat Malik: “Siapakah wahai orang-orang yang celaka?”


                                                                                                          ---> bersambung

Tuesday, 29 November 2011

Pengajaran 03 (Hadith-Hadith Qudsi)


ALLAH Taala telah berfirman: “Wahai sekalian manusia, bersifat qaanahlah, engkau akan kaya. Jauhilah sifat hasad supaya engkau merasa tenteram dan jauhilah perbuatan haram supaya agamamu menjadi bersih. Dan sesiapa yang meninggalkan perbuatan mengumpat, lahirlah pada dirinya kasih sayang-KU; sesiapa yang menjauhkan (mengasingkan) diri daripada manusia, maka ia akan selamat daripada mereka. Dan sesiapa yang sikit percakapannya, bererti sempurna akalnya. Sesiapa yang redha dengan yang sedikit, maka ia mempercayai ALLAH Taala”
“Wahai manusia, kamu tidak mengamalkan apa yang kamu ketahui, maka bagaimana kamu meminta ilmu yang tidak kamu ketahui? Wahai manusia, kamu beramal di dunia seolah-olah kamu akan mati esok, dan kamu kumpulkan harta seolah-olah kamu hidup kekal. Wahai dunia halanglah ketamakan atas mu, dan carilah kezuhudan padamu. Dan jadilah engkau sedap di pandang orang-orang yang memandang.


Hr Imam Al-Ghazali

Sumber bacaan: Imam Al-Ghazali (Nasihat & Tuntutan) Hadith-hadith Qudsi

Sunday, 27 November 2011

KEADAAN NERAKA DAN PENGHUNINYA (PART 5)


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata: “Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w pada saat yang tiada biasa datang, dalam keadaan yang berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?” Jawab Jibril: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu pada saat dimana Allah menyuruh supaya dikobarkan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.” 

Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Ya Jibril, jelaskan kepadaku sifat jahannam.” Jawabnya: “Ya, ketika Allah menjadikan jahannam maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun hingga putih, kemudian 1000 tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung diantara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan baranya. 

[Kesusahan dan kesakitan yang dirasai di dunia, belum apa-apa jika dibandingkan dengan kesusahan dan kesakitan di neraka, kerana hidup di dunia hanya sementara, yang kekal adalah di akhirat. Biar lah susah di dunia jangan susah diakhirat.. kerana ianya kekal bukan hanya sementara]

 Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut Allah dalam Al-Quran itu diletakkan diatas bukit nescaya akan cair sampai kebawah bumi yang ketujuh. Demi Allah yang mengutusmu dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa nescaya akan terbakar orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya, jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan api. Api neraka itu ada mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagian yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”
Nabi Muhammad s.a.w bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah-rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setangahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70 000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda, maka digiring kesana musuh-musuh Allah s.w.t. sehingga bila telah sampai kepintunya disambut oleh malaikat-malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu, maka rantai itu dimasukkan kedalam mulut mereka hingga tembus kepunggung, dan diikat tangan kirinya kelehernya, sedang tangan kanannya dimasukkan dalam dada dan tembus kebahunya, dan tiap-tiap manusia itu diganding dengan syaitannya lalu diseret tersungkur mukanya sambil dipukul oleh para malaikat dengan pukul besi, tiap mereka ingin keluar kerana sangat risau, maka ditanamkan kedalamnya.”
Nabi Muhammad s.a.w bertanya lagi: “Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?” Jawabnya: “Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafiq, orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mujizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Firaun sedang namanya Alhawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang-orang shobi’in bernama Saqar. Pintu keempat tempat iblis laknatullah dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang-orang Nasara bernama Sa’ie.”

                                                                                                                                      ---> bersambung

Thursday, 24 November 2011

KEADAAN NERAKA DAN PENGHUNINYA (PART 4)


Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Allah memanggil Malaikat Jibril dan menyuruhnya melihat syurga dengan segala persiapannya untuk ahlinya, maka ketika kembali berkata Jibril: Demi kemuliaanMu, tiada seorang yang mendengarnya melainkan ia akan masuk kedalamnya, maka diliputi dengan serba kesukaran, dan menyuruh Jibril kembali melihatnya, maka kembali melihatnya, kemudian ia berkata: Demi kemuliaanMu saya khuatir kalau-kalau tiada seorang pun yang masuk kedalamnya. Kemudian disuruh melihat neraka dan semua yang disediakan untuk ahlinya, maka kembali Jibril dan berkata: Demi kemuliaanMu tidak akan masuk kedalamnya orang yang telah mendengarnya, kemudian diliputi dengan kepuasan syahwatnya, dan diperintah supaya kembali melihatnya kemudian setelah dilihatnya kembali, berkatanya: Saya khuatir kalau tiada seorangpun melainkan akan masuk kedalamnya.”
[Yang tersirat: Susah bagi manusia untuk memasuki Syurga tetapi mudah bagi mereka untuk memasuki neraka, SEBABNYA? Manusia amat gemar memenuhi kepuasan syahwatnya berbanding bersabar dan menahannya.]
Juga Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kamu boleh menyebut tentang neraka sesukamu, maka tiada kamu menyebut sesuatu melainkan api neraka itu jauh lebih ngeri dan lebih keras daripadanya.”
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Maimun bin Nahran berkata: “Ketika turun ayat (yang berbunyi) Wa inna jahannam lamau’iduhum ajma’in (yang bermaksud) Sesungguhnya neraka jahannam itu sebagai ancaman bagi semua mereka. Salman meletakkan tangan diatas kepalanya dan lari keluar selama tiga hari baru ditemuikannya..       
                                                                                                     --->bersambung

Monday, 21 November 2011

KEADAAN NERAKA DAN PENGHUNINYA (PART 3)

Qatadah berkata: “Hai kaumku, apakah kamu merasa bahawa itu pasti akan terkena pada dirimu, atau kamu merasa akan kuat menghadapinya. Hai kaumku, taatlah kepada Allah s.w.t. itu jauh lebih ringan bagi kamu kerana itu, taatilah sebab ahli neraka itu kelak akan mengeluh selama seribu tahun tetapi tidak berguna bagi mereka, lalu mereka berkata: “Dahulu ketika kami didunia, bila kami sabar lambat laun mendapat keringanan dan kelapangan, maka mereka lalu bersabar seribu tahun, dan tetap siksa mereka tidak diringankan sehingga mereka berkata: Ajazi’na am sobarna malana min mahish (Yang bermaksud) Apakah kami mengeluh atau sabar, tidak dapat mengelakkan siksa ini.Lalu minta hujan selama 1000 tahun sangat haus dan panas neraka maka mereka berdoa selama 1000 tahun, maka Allah s.w.t. berkata kepada Jibril: “Apakah yang mereka minta?”. Jawab Jibril: “Engkau lebih mengetahui, ya Allah, mereka minta hujan.” Maka nampak pada mereka awan merah sehingga mereka mengira akan turun hujan, maka dikirim kepada mereka kala-kala sebesar keldai, yang menggigit mereka dan terasa pedih gigitan itu selama 1000 tahun. Kemudian mereka minta kepada Allah s.w.t. selama 1000 tahun untuk diturunkan hujan, maka nampak mereka awan yang hitam, mereka mengira bahawa itu akan hujan, tiba-tiba turun kepada mereka ular-ular sebesar leher unta, yang menggigit mereka dan gigitan itu terasa pedihnya hingga 1000 tahun, dan inilah ertinya: Zidnahum adzaba fauqal adzabi. (Yang bermaksud) Kami tambahkan kepada mereka siksa diatas siksa.

 Kerana mereka dahulu telah kafir, tidak percaya dan melanggar tuntutan Allah s.w.t., kerana itulah maka siapa yang ingin selamat dari siksaan Allah s.w.t. harus sabar sementara atas segala penderitaan dunia didalam mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah s.w.t. dan menahan syahwat hawa nafsu sebab syurga neraka diliputi syahwat-syahwat.
Seorang pejungga berkata: “Dalam usia tua itu cukup pengalaman untuk mencegah orang yang tenang dari sifat kekanak-kanakan, apabila telah menyala api dirambutnya (beruban). Saya melihat seorang itu ingin hidup tenang bila dahan pohon telah menguning sesudah hijaunya. Jauhilah kawan yang busuk dan berhati-hatilah, jangan menghubunginya tetapi bila tidak dapat, maka ambil hati-hatinya, dan berkawanlah pada orang yang jujur tetapi jangan suka membantah padanya, engkau pasti akan disukai selama kau tidak membantah kepadanya. Berkawanlah dengan orang bangsawan dan yang berakhlak baik budinya.”
Maka siapa yang berbuat baik pada orang yang tidak berbudi bererti ia telah membuang budi itu kedalam laut. Dan Allah s.w.t. mempunyai syurga yang selebar langit tetapi diliputi dengan kesukaran-kesukaran. (Perlu sabar menghadapi kesukaran demi membolehkan diri memasukinya) dan sesiapa yang sudah berjaya memasukinya akan kekal didalamnya selama-lamanya.

                                                                                                                         ----> bersambung

Sunday, 20 November 2011

Amarah*


"Amarah adalah serangan kegilaan, kerana orang yang terkena serangan itu akan merasa penyesalan yang mendalam di kemudiannya, sesiapa yang tidak merasa menyesal selepas amarah, ia bermaksud dia sudah sememangnya gila” [Saidina Ali r.a]
Amarah juga akan menyebabkan tekanan darah meningkat

Selain daripada itu, amarah juga mendorong manusia kedalam penghinaan, penaklukan dan ketidakupayaan  untuk mempertahankan hak dirinya. Bagi merawat penyakit amarah itu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membuang segala sikap yang menyebabkan timbulnya amarah itu sendiri seperti :
1.       Sikap suka membangga diri
2.       Sikap pentingkan diri sendiri.
3.      Sikap degil dan sukar bertolak ansur
4.      Sikap tamak.
5.      Suka merendahkan orang lain.
Seseorang itu juga harus memahami akan akibat yang boleh berlaku disebab oleh amarah. Langkah seterusnya adalah dengan menilai kebaikan yang boleh diperolehi apabila menahan amarah , dan cara yang terbaik adalah dengan menghayati kewujudan ALLAH yang maha berkuasa, Kekuasaan-Nya mengatasi segala kekuasaan, dengan cara ini ia akan mengingatkan kita pada kelemahan diri.
Semailah sikap yang positif seperti
1.       Sabar.
2.       Memaafkan.
3.      Sentiasa menyedari kelemahan diri.
4.      Pemurah.
5.      Bersyukur.
Sabda Rasulullah saw: “Memberi kemaafan meninggikan darjat seseorang; berilah kemaafan agar ALLAH SWT merahmati mu”
Firman ALLAH SWT : “jadilah pemaaf dan sauruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”. [Al-A’raf: 199]
Sesungguhnya kita adalah manusia yang lemah, dan apabila kita diserang perasaan marah istighfarlah sebanyak-banyaknya, dan berusahalah untuk bersabar, kerana ia lebih memberi manfaat pada kita seperti firman-NYA.
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya ALLAH tidak menyia-yiakan pahala orang yang berbuat kebaikan” [Hud:115]

Friday, 18 November 2011

KEADAAN NERAKA DAN PENGHUNINYA (part2)

Mujahid berkata: “Sesungguhnya apimu ini berlindung kepada Allah s.w.t. dari neraka jahannam.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka iaitu seorang yang berkasutkan dari api neraka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah ditelinganya ada api, dan giginya berapi dan dibibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli neraka.”

( p/s** kalau siksa yang teringan pun di rasakan yang paling berat, apatah lagi siksa yang paling berat.. dapatkah dibayangkan?.. Nauzubillahminzalik.. Astaghfirullahhaladzim..astaghfirullahhaladzim..astaghfirullahhaladzim..)

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr r.a. berkata: “Orang-orang neraka memanggil Malaikat Malik tetapi tidak dijawab selama 40 tahun, kemudian dijawabnya: “Bahawa kamu tetap tinggal dalam neraka.” Kemudian mereka berdoa (memanggil) Tuhan: “Ya Tuhan, keluarkanlah kami dari neraka ini, maka bila kami mengulangi perbuatan-perbuatan kami yang lalu itu bererti kami zalim.” Maka tidak dijawab selama umur dunia ini dua kali, kemudian dijawab: “Hina dinalah kamu didalam neraka dan jangan berkata-kata.”

Demi Allah setelah itu tidak ada yang dapat berkata-kata walau satu kalimah, sedang yang terdengar hanya nafas keluhan dan tangis rintihan yang suara mereka hampir menyamai suara himar (keldai).


(p/s** sehari di akhirat umpama seribu tahun di dunia… ) 
 
                                                                                                                                           --> Bersambung ..

Tuesday, 15 November 2011

KEADAAN NERAKA DAN PENGHUNINYA part 1*


Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Api neraka telah dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga gelap bagaikan malam yang kelam.”

Diriwayatkan bahawa Yazid bin Martsad selalu menangis sehingga tidak pernah kering air matanya dan ketika ditanya, maka dijawabnya: Andaikata Allah s.w.t. mengancam akan memanjarakan aku didalam bilik mandi selama seribu tahun, nescaya sudah selayaknya air mataku tidak berhenti maka bagaimana sedang kini telah mengancam akan memasukkan aku dalam api neraka yang telah dinyalakan selama 3000 tahun.”

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari mujahid berkata: “Sesungguhnya dijahannam ada beberapa perigi berisi ular-ular sebesar leher unta dan kala sebesar keldai, maka larilah orang-orang ahli neraka keular itu, maka bila tersentuh oleh bibirnya serta merta terkelupas rambut, kulit dan kuku dan mereka tidak dapat selamat dari gigitan itu kecuali jika lari kedalam neraka.”
Abdullah bin Jubair meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bahawa didalam neraka ada ular-ular sebesar leher unta, jika menggigit maka rasa redih bisanya tetap terasa hingga 40 tahun. Selain dari itu didalam neraka ada kala sebesar keldai, jika menggigit maka akan terasa pedih bisanya selama 40 tahun.”
Al-a’masy dari Yasid bin Wahab dari Ibn Mas’ud berkata: “Sesungguhnya apimu ini sebahagian dari 70 bagian dari api neraka, dan andaikan tidak didinginkan dalam laut dua kali nescaya kamu tidak dapat mempergunakannya.”
 p/s : Sedangkan terbakar api di dunia sudah cukup memeritkan.. macam mana pula agaknya sakit bila terbakar api neraka? Nauzubillah minzalik! Astaghfirullahhaladzim..

Friday, 16 September 2011

Pengajaran 02 (Hadith-Hadith Qudsi)

ALLAH Taala berfirman: “Diri-KU menyaksikan diri-KU sendiri, bahawa tidak ada tuhan selain AKU sendiri, tidak ada sekutu bagi-KU; Muhammad itu adalah hamba dan rasul-KU sesiapa yang tidak redha dengan ketetapan KU tiada sabar atas cubaan KU, tidak bersyukur atas nikmat-KU dan tidak merasa cukup terhadap pemberian-KU, maka hendaklah ia menyembah tuhan selain–KU.

“Oleh itu sesiapa berpagi-pagi berduka-cita terhadap dunia, maka seolah-olah ia marah kepada-KU; kepada sesiapa yang merasa sakit atas sesuatu musibah, maka sesungguhnya ia telah menyakiti AKU; sesiapa menemui orang kaya lalu ia merendah diri di hadapannya kerana kekayaannya, maka sesungguhnya telah hilang dua pertiga agamanya; sesiapa yang memukul-mukul mukanya di hadapan orang mati, maka seolah olah ia telah mengambil tombak dan menghunjamkannya kepada-KU; sesiapa yang memecahkan dahan kayu di atas kuburan, maka seolah-olah ia telah menghancurkan pintu kaabah-KU dengan tangannya.

“Dan sesiapa tidak peduli daripada sumber mana makanan yang di makannya, maka ia tidak peduli dari pintu mana ALLAH memasukkannya ke dalam jahanam; dan sesiapa yang tidak bertambah agamanya (ilmu dan pengalaman), maka sebenarnya ia semakin berkurang; dan sesiapa yang terus-terus merosot dan berkurang, maka maut adalah lebih baik baginya. Sesiapa yang mengamalkan sesuatu yang diketahuinya, ALLAH akan memberikan kepadanya ilmu yang belum pernah di ketahuinya; dan sesiapa yang panjang angan-angannya, tidak ikhlas amalannya.” 


Hr Imam Al Ghazali

sumber bacaan : Imam Al Ghazali (Nasihat Dan Tuntutan) Hadith-hadith Qudsi

Wednesday, 27 July 2011

Pengajaran 01 (Hadith-Hadith Qudsi)

ALLAH Taala berfirman: " Wahai sekalian manusia, AKU hairan melihat orang yang meyakini kematian tetapi masih bergembira. AKU hairan melihat orang yang mempercayai hari berhisab, tetapi ia masih terus mengumpul harta. AKU juga hairan melihat orang yang meyakini akan masuk kubur , tetapi ia masih tertawa. AKU hairan melihat orang yang meyakini akhirat, tetapi masih bersenang lenang.

"AKU hairan melihat orang yang meyakini hidup di dunia dan segala bencananya, tetapi ia masih terus tenteram bersamanya. AKU hairan melihat orang alim dengan lidah, tetapi jahil dengan hati, AKU hairan melihat orang yang menyucikan dengan air, sedangkan hatinya tidak bersih."

"AKU hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain, tetapi ia melupakan aib dan cela dirinya sendiri; atau melihat yang orang tahu bahawa ALLAH sentiasa memperhatikan tingkah lakunya, tetapi ia masih terus berbuat maksiat. Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa maut itu dilalui seorang diri, kubur itu dihuninya sendiri, dihisab seorang diri  tetapi ia masih berjinak-jinak dengan manusia, tiada Tuhan selain AKU sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan rasul-KU.

H.R Imam Al-Ghazali

sumber bacaan : Imam Al-Ghazali 'Nasihat dan Tuntutan' Hadis-hadis Qudsi, 
terjemahan Wildan Farhani, terbitan Pustaka Al-Mizan

Thursday, 14 July 2011

5 Maksiat Yang Disegerakan Balasannya

Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Berhadap Rasulullah s.a.w kepada kami (pada suatu hari) dan bersabda: "Wahai kaum kuhajirin lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya) maka tiada kebaikan lagi bagi kamu, dan aku berlindung dengan ALLAH SWT supaya kamu tidak menemui masa itu, perkara-perkara itu ialah:

01. Tiada terzahir (nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak dikalangan mereka dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

02. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

03. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta kecuali ditahan untuk mereka iar hujan dari langit. Jikalau tiada pada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh ALLAH SWT.

04.Dan tiada mereka mungkir akan janji ALLAH dan Rasulnya kecuali ALLAH akan menguasakan keatas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada ditangan mereka.

05. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum ALLAH yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (disaat ini) ALLAH akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri".

H.R Ibnu Majah



Saturday, 21 May 2011

Dusta Orang Kaya, Ulama, Syahid

Hadis Muslim, daripada Abu Hurairah ra, katanya Nabi Bersabda:

Sesungguhnya diantara manusia yang mula-mula di bicarakan dan di hukum pada hari kiamat adalah pertama orang yang gugur syahid. Dia dibawa menghadap, maka ALLAH menyatakan kepadanya satu persatu nikmat-NYA, lalu dia pun mengakui menerimanya.

ALLAH SWT bertanya kepadanya, " maka apa engkau telah lakukan pada nikmat-nikmat itu?"

Dia menjawab, " aku berperang kerana mematuhi perintah-MU sehingga aku gugur syahid".

ALLAH berfirman,"engkau berdusta, akan tetapi engkau berperang supaya orang mengatakan engkau berani, dan telah pun dikatakan demikian". Kemudian dia di hukum lalu diseret dengan tertiarap sehingga dihumbankan ke dalam api neraka.

Kedua, orang yang belajar ilmu dan mengajarnya serta membaca Quran. Dia dibawa menghadap, maka ALLAH menyatakan kepadanya nikmat-nikmat-NYA satu persatu, lalu dia mengakui menerimanya.

ALLAH SWT bertanya, "maka apa engkau telah lakukan kepada nikmat-nikmat itu?"

Dia menjawab, "aku belajar ilmu dan mengajarnya serta membaca Quran kerana mengharapkan keredhaan MU."

ALLAH berfirman , engkau berdusta. Akan tetapi engkau mempelajari ilmu supaya orang menyatakan engkau alim, dan engkau membaca Quran supaya orang mengatakan si anu seorang qari, dan telah pun dikatakan demikian." kemudian dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap sehingga dihumban ke dalam neraka.

Ketiga, orang yang telah dimewahkan oleh ALLAH hidupnya serta diberi-NYA sebahagian dari segala jenis harta benda kekayaan. Dia dibawa menghadap, maka ALLAH menyatakan nikmat-nikmatnya satu persatu, lalu dia mengakui menerimanya.

ALLAH SWT bertanya , "maka apa engkau telah lakukan pada nikmat-nikmat itu?"

Dia menjawab, "aku tidak tinggalkan satu pun jalan yang Engkau suka dibelanjakan kekayaaan padanya melainkan aku belanjakan padanya kerana mengharapkan keredhaan MU"

ALLAH Taala berfirman, "engkau berdusta. akan tetapi engkau belanjakan harta kekayaan mu supaya orang mengatakan si anu itu seorang dermawan, dan telah pun dikatakan demikian" kemudian dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap dan akhirnya dihumban kedalam neraka.


sumber: Mustika Hadis Rasulullah


* Amalan sebesar lautan tak akan bermakna jika ianya dilakukan tanpa keikhlasan jika dibandingkan dengan amalan yang sekecil butiran pasir yang dilakukan dengan penuh keikhlasan demi mencari redha-NYA... jelaslah di sini bahawa, Keikhlasan adalah nilai yang terpenting dalam melakukan amal.. agar di terima oleh-NYA..

Thursday, 19 May 2011

Perhatian dan Ketetapan daripada ALLAH S.W.T

Daripada Ibu Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:
"Wahai anak aku ingin ajarkan kepada engkau beberapa kalimah: Peliharalah hak-hak ALLAH nescaya ALLAH memelihara kamu. Peliharalah hak-hak ALLAH nescaya engkau akan mendapati-NYA dimana saja engkau berada. Apabila kamu ingin meminta, bermohonlah kepada ALLAH. Apabila kamu inginkan pertolongan mohonlah pertolongan daripada ALLAH. Dan ketahuilah sekiranya seluruh umat berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepada engkau, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikitpun melainkan dengan sesuatu yang telah ALLAH tetapkan kepada kamu; sekiranya mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikitpun melainkan dengan sesuatu yang telah ALLAH tetapkan ke atas kamu. Telah pun diangkat dan segala pena dan telah keringlah segala buku. (segalanya telah di tetapkan oleh takdir dan di tulis di Luh Mahfuz)."
(riwayat al-Tarmizi dan Ahmad)



Tiada pertolongan yang lebih selamat dan mujarab selain pertolongan dari ALLAH..
kerana DIA Maha Mengetahui dan Maha Melihat apa yang ada di belakang dan dihadapan.. apa yang terang dan yang tersembunyi.. apa yang sudah berlalu dan akan datang..


Hidup dan Mati seseorang manusia (hamba ALLAH) adalah di tangan ALLAH.. tidak wujud kebetulan melainkan sudah ditakdirkan oleh-NYA.. sementara manusia hanya boleh memilih antara dua jalan.. keberkatan dan kesempurnaan atau kecelakaan dan kebinasaan..

Saturday, 14 May 2011

Perempuan dan Seksa Neraka


Diriwayatkan Ali Karramallahu Wajhah berkata: “Aku masuk di dalam rumah Nabi SAW berserta Fatimah lalu mendapatkan beliau sedang menangis tersedu-sedu, kemudian aku  berkata: “ Tebusan paduka adalah ayahku dan ibuku, hai Rasullullah apa yang membuat paduka menangis?
 Beliau bersabda: “Hai Ali pada malam aku diangkat ke langit aku melihat kaum perempuan dari umatku disiksa di neraka dengan bermacam-macam siksa, lalu aku menangis kerana begitu berat siksaan mereka yang aku lihat. 

Aku melihat perempuan yang digantung dengan rambutnya serta mendidih otaknya. Dan aku melihat perempuan yang digantungkan lidahnya sedangkan air panas dituangkan pada tenggoroknya.
 Dan aku melihat perempuan yang benar-benar diikat kedua kakinya sampai kedua payudaranya dan diikat kedua tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan ALLAH mengarahkan ular dan kala jengking untuk menyengatnya.
Dan aku melihat seorang perempuan berkepala babi dan berbadan himar dan ia ditimpakan sejuta siksaan.
Dan aku melihat seorang perempuan berbentuk anjing dan api itu masuk ke dalam mulutnya dan keluar dari duburnya dan malaikat memukul kepalanya dengan palu-palu besar dari neraka”.

Lalu Fatimah Az-Zahro r.a, berdiri dan berkata: Wahai kekasihku  dan kasih mataku perbuatan apa yang dilakukan oleh mereka sehingga mereka di timpa siksa ini?


Maka Nabi  SAW bersabda: “ Wahai anakku adapun perempuan yang digantung dengan rambutnya kerana ia tidak menutupi rambutnya dari pandangan kaum lelaki (yang lain).

Adapun perempuan yang digantung dengan lidahnya kerana ia telah menyakiti suaminya.

Adapun perempuan yang digantung dengan kedua payudaranya kerana telah mempersilakan (orang lain) untuk menginjak tempat tidur suaminya.

Adapun perempuan yang diikat kedua kakinya sampai kedua payudaranya dan diikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan ALLAH mengarahkan ular-ular dan kalajengking untuk  menggigitnya dan  menyengatnya kerana ia tidak mandi dari jenabah dan haid dan ia mentertawakan shalat (meninggalkan shalat).

Adapun perempuan berkepala babi dan berbadan himar kerana ia ahli pengadu domba dan pembohong.

Adapun perempuan berbentuk anjing dan api masuk kedalam mulut dan keluar dari duburnya, kerana ia ahli pengungkap lagi penghasud.

Wahai anakku celaka bagi perempuan yang tidak berbakti kepada suaminya.

Sumber rujukan:  “Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Sholeh” m/s 26-27 , terj. Ustaz Muqoffin Muhtari, disusun oleh Abd. Wahab Saleh

·         Pentingnya perempuan mentaati suaminya apabila sudah berkahwin seperti taatnya anak kepada ayahnya,dan  isteri wajib taat kepada suaminya . Dan pentingnya seseorang perempuan menjaga lidah dan perlakuannya juga menjaga auratnya untuk mengelakkan seksaan neraka. NAUZUBILLAH..

Friday, 6 May 2011

Orang Yang Muflis

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)




 **Jatuh muflis masa di dunia tak apa kerana boleh bermula semula dan bangun kembali..
tetapi.. jika jatuh muflis di hari pembangkitan (akhirat) kita tak mungkin akan dapat bangun semula... sama-samalah kita berusaha mengelak dari melakukan perkara yang boleh membuat kita muflis itu dan sentiasa berdoa memohon perlindungan ALLAH agar kita tidak jatuh muflis di hari pembangkitan**