Tuesday, 29 November 2011

Pengajaran 03 (Hadith-Hadith Qudsi)


ALLAH Taala telah berfirman: “Wahai sekalian manusia, bersifat qaanahlah, engkau akan kaya. Jauhilah sifat hasad supaya engkau merasa tenteram dan jauhilah perbuatan haram supaya agamamu menjadi bersih. Dan sesiapa yang meninggalkan perbuatan mengumpat, lahirlah pada dirinya kasih sayang-KU; sesiapa yang menjauhkan (mengasingkan) diri daripada manusia, maka ia akan selamat daripada mereka. Dan sesiapa yang sikit percakapannya, bererti sempurna akalnya. Sesiapa yang redha dengan yang sedikit, maka ia mempercayai ALLAH Taala”
“Wahai manusia, kamu tidak mengamalkan apa yang kamu ketahui, maka bagaimana kamu meminta ilmu yang tidak kamu ketahui? Wahai manusia, kamu beramal di dunia seolah-olah kamu akan mati esok, dan kamu kumpulkan harta seolah-olah kamu hidup kekal. Wahai dunia halanglah ketamakan atas mu, dan carilah kezuhudan padamu. Dan jadilah engkau sedap di pandang orang-orang yang memandang.


Hr Imam Al-Ghazali

Sumber bacaan: Imam Al-Ghazali (Nasihat & Tuntutan) Hadith-hadith Qudsi

Sunday, 27 November 2011

KEADAAN NERAKA DAN PENGHUNINYA (PART 5)


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata: “Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w pada saat yang tiada biasa datang, dalam keadaan yang berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?” Jawab Jibril: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu pada saat dimana Allah menyuruh supaya dikobarkan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.” 

Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Ya Jibril, jelaskan kepadaku sifat jahannam.” Jawabnya: “Ya, ketika Allah menjadikan jahannam maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun hingga putih, kemudian 1000 tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung diantara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan baranya. 

[Kesusahan dan kesakitan yang dirasai di dunia, belum apa-apa jika dibandingkan dengan kesusahan dan kesakitan di neraka, kerana hidup di dunia hanya sementara, yang kekal adalah di akhirat. Biar lah susah di dunia jangan susah diakhirat.. kerana ianya kekal bukan hanya sementara]

 Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut Allah dalam Al-Quran itu diletakkan diatas bukit nescaya akan cair sampai kebawah bumi yang ketujuh. Demi Allah yang mengutusmu dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa nescaya akan terbakar orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya, jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan api. Api neraka itu ada mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagian yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”
Nabi Muhammad s.a.w bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah-rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setangahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70 000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda, maka digiring kesana musuh-musuh Allah s.w.t. sehingga bila telah sampai kepintunya disambut oleh malaikat-malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu, maka rantai itu dimasukkan kedalam mulut mereka hingga tembus kepunggung, dan diikat tangan kirinya kelehernya, sedang tangan kanannya dimasukkan dalam dada dan tembus kebahunya, dan tiap-tiap manusia itu diganding dengan syaitannya lalu diseret tersungkur mukanya sambil dipukul oleh para malaikat dengan pukul besi, tiap mereka ingin keluar kerana sangat risau, maka ditanamkan kedalamnya.”
Nabi Muhammad s.a.w bertanya lagi: “Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?” Jawabnya: “Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafiq, orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mujizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Firaun sedang namanya Alhawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang-orang shobi’in bernama Saqar. Pintu keempat tempat iblis laknatullah dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang-orang Nasara bernama Sa’ie.”

                                                                                                                                      ---> bersambung

Friday, 25 November 2011

Doa akhir tahun & awal tahun


DOA AKHIR TAHUN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, segala puji itu bagi ALLAH, Tuhan pentadbir seluruh alam, semoga ALLAH cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad shalallahu alaihi wassalam serta keluarga dan sahabat baginda sekalian. Ya ALLAH wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya (Tuhan tiada bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazab kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunan Mu Ya ALLAH, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini Engkau redhai dan telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya, maka kami pohonkan diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami ya ALLAH Tuhan Yang Maha Pemurah.. Ameen ya Rabbal Alameen.

DOA AWAL TAHUN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani, ALLAH berselawat ke atas penghulu kami Muhammad shalallahu alahi wassalam, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dengan kesejahteraan keatas mereka. Wahai Tuhan Engkaulah yang kekal abadi, yang Qadim, yangAwal dan keatas kelebihan Mu yang besar dan kemurahan Mu melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul dihadapan kamu, kami memohon pemeliharaan MU disepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkan ku kepada Mu wahia Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan yang maha pengasih dari mereka yang mengasihani danALLAH berselawat atas penghulu kami Nabi Muhammad shalallahu alaihi wassalam yang ummi dan keatas ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Ameen Ya Rabbal Alameen..

**Salam maal hijrah semoga tahun baru ini kita mampu menjadikan diri bertambah baik dari tahun sebelumnya.. (^__^)*

Thursday, 24 November 2011

KEADAAN NERAKA DAN PENGHUNINYA (PART 4)


Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Allah memanggil Malaikat Jibril dan menyuruhnya melihat syurga dengan segala persiapannya untuk ahlinya, maka ketika kembali berkata Jibril: Demi kemuliaanMu, tiada seorang yang mendengarnya melainkan ia akan masuk kedalamnya, maka diliputi dengan serba kesukaran, dan menyuruh Jibril kembali melihatnya, maka kembali melihatnya, kemudian ia berkata: Demi kemuliaanMu saya khuatir kalau-kalau tiada seorang pun yang masuk kedalamnya. Kemudian disuruh melihat neraka dan semua yang disediakan untuk ahlinya, maka kembali Jibril dan berkata: Demi kemuliaanMu tidak akan masuk kedalamnya orang yang telah mendengarnya, kemudian diliputi dengan kepuasan syahwatnya, dan diperintah supaya kembali melihatnya kemudian setelah dilihatnya kembali, berkatanya: Saya khuatir kalau tiada seorangpun melainkan akan masuk kedalamnya.”
[Yang tersirat: Susah bagi manusia untuk memasuki Syurga tetapi mudah bagi mereka untuk memasuki neraka, SEBABNYA? Manusia amat gemar memenuhi kepuasan syahwatnya berbanding bersabar dan menahannya.]
Juga Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kamu boleh menyebut tentang neraka sesukamu, maka tiada kamu menyebut sesuatu melainkan api neraka itu jauh lebih ngeri dan lebih keras daripadanya.”
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Maimun bin Nahran berkata: “Ketika turun ayat (yang berbunyi) Wa inna jahannam lamau’iduhum ajma’in (yang bermaksud) Sesungguhnya neraka jahannam itu sebagai ancaman bagi semua mereka. Salman meletakkan tangan diatas kepalanya dan lari keluar selama tiga hari baru ditemuikannya..       
                                                                                                     --->bersambung

Wednesday, 23 November 2011

Lumrahnya Manusia


Lumrah manusia yang selalunya tidak pernah merasa puas dengan apa yang mereka ada, dapat sedikit merungut… dapat banyak tak juga puas-puas.. seperti kata pepatah ‘ dah beri betis, nak peha pulak’ apa sebenarnya yang mahu dikejarkan? Apa sebenarnya yang mahu dicapai dari kehidupan di dunia ini.. apa sebenarnya tujuan hidup ini?
Terjaminkah anda akan bahagia dengan harta dan wang ringgit yang banyak? Terjaminkah anda akan bahagia dengan cinta manusia yang kadang palsu kadang sementara?.. kenapa masih banyak berdalih? Sedangkan sudah terang lagi bersuluh.. hidup ini tidak kekal, kematian pasti akan menjemput.. dan apakah bekalan anda pada masa itu?.. adakah sudah mencukupi? Bagaimana pula dengan dosa yang semakin hari semakin bertimbun, adakah sempat untuk kita bertaubat?
Bermacam persoalan menghantui diri dan hanya satu jawaban pasti.. ALLAH lah penyelamat Yang Paling berkuasa dan tiada tolok bandingannya, dan kepadanya lah kita wajib menyembah dan memohon belas kasihan hanya itu jalan yang paling selamat hanya itu yang pasti menjanjikan kebahagiaan abadi.


Walau terkadang kita jatuh tersungkur, tak apa.. bangunlah kembali.. dan jangan putus asa! Sememangnya kita manusia yang lemah.. akuilah! Kerana itu akan membantu kita menghadapi kejatuhan  itu. jika kita membiarkan sikap bongkak dan angkuh menguasai diri, kelak nanti di saat kita terjatuh kita pasti akan menghadapi kesukaran untuk bangun semula.
Jangan biarkan diri terlalu tertekan.. kerana ia akan menyebabkan unsur-unsur negatif menguasai diri. Saat tertekan berusahalah untuk mengatasinya, buatlah sesuatu yang mampu mengembirakan hati.. atau cara terbaik adalah dengan beristighfar insyaAllah pasti akan tenang kembali hati itu.
Hidup takkan selamanya indah.. pasti ada pasang surutnya.. oleh itu kita harus menyiapkan diri untuk menghadapi apa-apa jua kemungkinan.. semestinya sukar.. tetapi apa pun harus juga kita laluinya.. semoga kita dapat menghadapi apa jua rencana yang telah Tuhan tuliskan untuk kita dan yang paling penting tidak terpesong dari jalan lurusNya.

Monday, 21 November 2011

KEADAAN NERAKA DAN PENGHUNINYA (PART 3)

Qatadah berkata: “Hai kaumku, apakah kamu merasa bahawa itu pasti akan terkena pada dirimu, atau kamu merasa akan kuat menghadapinya. Hai kaumku, taatlah kepada Allah s.w.t. itu jauh lebih ringan bagi kamu kerana itu, taatilah sebab ahli neraka itu kelak akan mengeluh selama seribu tahun tetapi tidak berguna bagi mereka, lalu mereka berkata: “Dahulu ketika kami didunia, bila kami sabar lambat laun mendapat keringanan dan kelapangan, maka mereka lalu bersabar seribu tahun, dan tetap siksa mereka tidak diringankan sehingga mereka berkata: Ajazi’na am sobarna malana min mahish (Yang bermaksud) Apakah kami mengeluh atau sabar, tidak dapat mengelakkan siksa ini.Lalu minta hujan selama 1000 tahun sangat haus dan panas neraka maka mereka berdoa selama 1000 tahun, maka Allah s.w.t. berkata kepada Jibril: “Apakah yang mereka minta?”. Jawab Jibril: “Engkau lebih mengetahui, ya Allah, mereka minta hujan.” Maka nampak pada mereka awan merah sehingga mereka mengira akan turun hujan, maka dikirim kepada mereka kala-kala sebesar keldai, yang menggigit mereka dan terasa pedih gigitan itu selama 1000 tahun. Kemudian mereka minta kepada Allah s.w.t. selama 1000 tahun untuk diturunkan hujan, maka nampak mereka awan yang hitam, mereka mengira bahawa itu akan hujan, tiba-tiba turun kepada mereka ular-ular sebesar leher unta, yang menggigit mereka dan gigitan itu terasa pedihnya hingga 1000 tahun, dan inilah ertinya: Zidnahum adzaba fauqal adzabi. (Yang bermaksud) Kami tambahkan kepada mereka siksa diatas siksa.

 Kerana mereka dahulu telah kafir, tidak percaya dan melanggar tuntutan Allah s.w.t., kerana itulah maka siapa yang ingin selamat dari siksaan Allah s.w.t. harus sabar sementara atas segala penderitaan dunia didalam mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah s.w.t. dan menahan syahwat hawa nafsu sebab syurga neraka diliputi syahwat-syahwat.
Seorang pejungga berkata: “Dalam usia tua itu cukup pengalaman untuk mencegah orang yang tenang dari sifat kekanak-kanakan, apabila telah menyala api dirambutnya (beruban). Saya melihat seorang itu ingin hidup tenang bila dahan pohon telah menguning sesudah hijaunya. Jauhilah kawan yang busuk dan berhati-hatilah, jangan menghubunginya tetapi bila tidak dapat, maka ambil hati-hatinya, dan berkawanlah pada orang yang jujur tetapi jangan suka membantah padanya, engkau pasti akan disukai selama kau tidak membantah kepadanya. Berkawanlah dengan orang bangsawan dan yang berakhlak baik budinya.”
Maka siapa yang berbuat baik pada orang yang tidak berbudi bererti ia telah membuang budi itu kedalam laut. Dan Allah s.w.t. mempunyai syurga yang selebar langit tetapi diliputi dengan kesukaran-kesukaran. (Perlu sabar menghadapi kesukaran demi membolehkan diri memasukinya) dan sesiapa yang sudah berjaya memasukinya akan kekal didalamnya selama-lamanya.

                                                                                                                         ----> bersambung

Sunday, 20 November 2011

Amarah*


"Amarah adalah serangan kegilaan, kerana orang yang terkena serangan itu akan merasa penyesalan yang mendalam di kemudiannya, sesiapa yang tidak merasa menyesal selepas amarah, ia bermaksud dia sudah sememangnya gila” [Saidina Ali r.a]
Amarah juga akan menyebabkan tekanan darah meningkat

Selain daripada itu, amarah juga mendorong manusia kedalam penghinaan, penaklukan dan ketidakupayaan  untuk mempertahankan hak dirinya. Bagi merawat penyakit amarah itu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membuang segala sikap yang menyebabkan timbulnya amarah itu sendiri seperti :
1.       Sikap suka membangga diri
2.       Sikap pentingkan diri sendiri.
3.      Sikap degil dan sukar bertolak ansur
4.      Sikap tamak.
5.      Suka merendahkan orang lain.
Seseorang itu juga harus memahami akan akibat yang boleh berlaku disebab oleh amarah. Langkah seterusnya adalah dengan menilai kebaikan yang boleh diperolehi apabila menahan amarah , dan cara yang terbaik adalah dengan menghayati kewujudan ALLAH yang maha berkuasa, Kekuasaan-Nya mengatasi segala kekuasaan, dengan cara ini ia akan mengingatkan kita pada kelemahan diri.
Semailah sikap yang positif seperti
1.       Sabar.
2.       Memaafkan.
3.      Sentiasa menyedari kelemahan diri.
4.      Pemurah.
5.      Bersyukur.
Sabda Rasulullah saw: “Memberi kemaafan meninggikan darjat seseorang; berilah kemaafan agar ALLAH SWT merahmati mu”
Firman ALLAH SWT : “jadilah pemaaf dan sauruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”. [Al-A’raf: 199]
Sesungguhnya kita adalah manusia yang lemah, dan apabila kita diserang perasaan marah istighfarlah sebanyak-banyaknya, dan berusahalah untuk bersabar, kerana ia lebih memberi manfaat pada kita seperti firman-NYA.
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya ALLAH tidak menyia-yiakan pahala orang yang berbuat kebaikan” [Hud:115]

Friday, 18 November 2011

KEADAAN NERAKA DAN PENGHUNINYA (part2)

Mujahid berkata: “Sesungguhnya apimu ini berlindung kepada Allah s.w.t. dari neraka jahannam.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka iaitu seorang yang berkasutkan dari api neraka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah ditelinganya ada api, dan giginya berapi dan dibibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli neraka.”

( p/s** kalau siksa yang teringan pun di rasakan yang paling berat, apatah lagi siksa yang paling berat.. dapatkah dibayangkan?.. Nauzubillahminzalik.. Astaghfirullahhaladzim..astaghfirullahhaladzim..astaghfirullahhaladzim..)

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr r.a. berkata: “Orang-orang neraka memanggil Malaikat Malik tetapi tidak dijawab selama 40 tahun, kemudian dijawabnya: “Bahawa kamu tetap tinggal dalam neraka.” Kemudian mereka berdoa (memanggil) Tuhan: “Ya Tuhan, keluarkanlah kami dari neraka ini, maka bila kami mengulangi perbuatan-perbuatan kami yang lalu itu bererti kami zalim.” Maka tidak dijawab selama umur dunia ini dua kali, kemudian dijawab: “Hina dinalah kamu didalam neraka dan jangan berkata-kata.”

Demi Allah setelah itu tidak ada yang dapat berkata-kata walau satu kalimah, sedang yang terdengar hanya nafas keluhan dan tangis rintihan yang suara mereka hampir menyamai suara himar (keldai).


(p/s** sehari di akhirat umpama seribu tahun di dunia… ) 
 
                                                                                                                                           --> Bersambung ..

Wednesday, 16 November 2011

Warna dan Kesesuaian



Merah
Warna merah menyemarakkan lagi kemarahan dan memberi kesan negatif jika memakainya semasa kemurungan so.. elakkanlah dari memakai baju yang berwarna merah tika dalam kemurungan atau marah.

Merah jambu
Warna ini sesuai untuk aktiviti santai dan membantu diri lebih relaks.

Warna Kuning
Warna kuning adalah warna yang ceria dan mampu merangsang diri untuk kekal dengan mood ceria.

Biru
Warna biru sesuai dengan semua jenis kulit dan ianya juga sesuai untuk aktiviti santai mahu pun formal.
Oren
Warna oren mampu memberi satu semangat yang prihatin, mudah mesra dan sentiasa bergembira. Warna ini juga sesuai dan menarik jika dipadankan dengan warna yang lebih lembut.

Hijau
Warna ini lebih menjurus kepada ketenangan, dan keyakinan orang lain terhadap diri anda. Orang yang gemar akan warna ini selalunya bersikap tenang dan sabar dalam menghadapi sesuatu situasi.


Ungu
Warna ini menggambarkan sifat dominan, bijaksana dan aktif, dan ia juga memberi kesan segak dan kemas.



Jika salah pilih warna…

Kulit akan kelihatan kusam
Lingkaran bawah mata akan kelihatan ketara.
Kehilangan keyakinan diri
Kurang ceria dan kuran bersemangat
Pipi akan keelihatan tembam.


Warna ‘plus’ warna kulit

Kulit gelap
Putih, merah jambu, dan biru muda

Kulit coklat/ sawo matang
Hitam, merah jambu gelap, ungu, kelabu dan biru gelap

Kulit cerah
Putih, biru terang, coklat muda, dan warna-warna yang lebih lembut