Thursday 11 August 2011

Fadhilat surah Al - Waqi'ah



Bismillahirrahmaanirrahiim..
Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesiapa yang membaca surah Al - Waqi'ah pada setiap malam, ia tidak ditimpa kemiskinan" [ Dikemukakan oleh Abu Ya'la dan Ibnu Asakir].


Intisari Surah Al-Waqi'ah
Surah Al-Waqi'ah adalah surat ke-56 dalam Al-Qur'an [kitab suci agama Islam]. Surah ini terdiri atas 96 ayat dan termasuk dalam golongan-golongan surah Makkiyah. Surah yang diturunkan sesudah surat Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waqi'ah [hari kiamat], diambil dari perkataan Al-Waqi'ah yang terdapat pada ayat pertama.


Intisari kandungan

  • Bagi menolak anggapan kaum kafir musyrik yang meragukan hari akhirat, ALLAH Ta'ala bentangkan berbagai dalil yang membuktikan bahawa hari kiamat tetap berlaku dan berlakunya hari itu ialah semasa dunia ini dan segala isinya dihancurkan dan digantikan dengan alam yang baharu alam akhirat. Pada saat itulah manusia akan terbahagi kepada 3 puak yang berlainan keadaannya:
  • Pertama: Puak pihak kanan, yang sungguh berbahagia kerana mendapat sebaik-baik balasan. Iaitu orang-orang yang bakal ditunjukkan buku amalan nya dari sebelah kanan.
  • Kedua: Puak pihak kiri, yang akan menderita azab seksa yang tidak terperi.Iaitu orang-orang yang akan ditunjukkan buku amalannya dari sebelah kiri.
  • Ketiga: Puak yang telah mendahului dalam mengerjakan kebaikan di dunia, dan kerana itu mereka akan mendahului mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak. mereka akan mendapat kedudukan yang istimewa di sisi ALLAH SWT. Iaitu golongan Muqarrabin, orang-orang yang paling terdahulu sekali beriman kepada ALLAH seperti nabi-nabi dahulu serta nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabatnya yang mula-mula sekali beriman kepadanya.


* Marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sebelah kanan dan ditunjukkan buku amalan dari sebelah kanan. Aamiiin..


Dari Abdullah bin Amr r.a, Rasulullah s.a.w bersabda;
"sampaikanlah pesan ku walaupun satu ayat"

No comments:

Post a Comment