Monday 15 August 2011

Aku WANITA.. Aku Bersyukur!


Selalu terdengar keluhan-keluhan ketidakpuasan hati dari wanita yang selalu memperkatakan tentang betapa susahnya menjadi WANITA … antaranya:
“Susahnya jadi wanita Islam, kena tutup aurat tak bebas nak tunjuk-tunjuk, kalau jadi lelaki senang tak pakai baju pun tak apa”
“susahnya jadi wanita Islam, kalau nak keluar rumah kena minta izin suami, suami pula tak payah nak minta izin isteri”
“ Susahnya jadi wanita Islam, bab pembahagian harta pusaka anak lelaki dapat lebih, anak perempuan dapat sedikit sahaja, ini tak adil”
“Susahnya jadi wanita, kena mengandung dan kena merasa sakit bila melahirkan, lelaki senang sahaja tak payah hadapi semua tu”
“ Dalam Islam kenapa isteri saja yang wajib taat pada suami , tapi suami tak wajib taat pada isteri?”
“Dalam hal penceraian, kenapa suami sahaja yang boleh jatuhkan talak? Kenapa isteri tidak boleh lakukan yang sama?
“ Susah jadi wanita..Wanita tak boleh beribadat macam lelaki kerana wanita terpaksa melalui kedatangan haid, puasa pun tak penuh, terpaksa tinggal solat” 

Wahai wanita yang mempunyai fikiran seperti diatas ISTIGHFARLAH!! Ketahuilah bahawasanya ALLAH itu Maha Adil.
Islam lah yang mengangkat martabat wanita dengan mewajibkan wanita menutup aurat, kerana dalam Islam aurat itu adalah yang termahal dalam diri sesorang wanita, bukannya sesuatu yang murah yang boleh saja dibelai dan diperlihatkan sesuka hati!
Dalam Islam isteri wajib taat pada suami. Manakala suami wajib taat pada ibunya 3 kali lebih utama dari ayahnya.  Bagi isteri apabila sudah berkeluarga hanya wajib taat pada suami. Kenapa suami perlu taat pada isteri sedangkan suami yang terpaksa menanggung dosa isterinya kelak?
Walaupun wanita mendapat harta pusaka yang sedikit berbanding lelaki, tetapi harta yang diberi pada wanita hanya miliknya seorang dan boleh digunakan sesuka hatinya, sedangkan lelaki wajib membahagikan harta yang ada padanya pada anak bini.. adakah itu sesuatu yang tidak adil?
Wanita yang mampu mengandung dan melahirkan patut bersyukur dan berbahagia, kerana setiap kali wanita mengandung dan melahirkan , seluruh makhluk dan malaikat akan mendoakannya, dan andai ditakdirkan wanita itu mati semasa melahirkan .. itu diibaratkan seperti mati syahid dan mati syahid itu balasannya adalah syurga.. tidakah beruntungnya menjadi wanita?
Di akhirat kelak lelaki akan diminta bertanggungjawab keatas 4 orang kumpulan wanita iaitu, ibunya, adik perempuannya, isterinya,dan anak perempuannya. Ini bermaksud di akhirat nanti wanita akan di bantu oleh 4 orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya, adik atau abang lelakinya dan anak lelakinya.. Betapa beruntungnya wanita!
Ingin beribadat seperti lelaki? Tidak mudah! Sedangkan wanita boleh memilih mana-mana pintu syurga, syaratnya Cuma dengan mematuhi 4 perkara iaitu SOLAT 5 WAKTU, BERPUASA DI BULAN RAMADHAN, MENJAGA KEHORMATAN dan TAAT PADA SUAMI. Itu sahaja!
Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, dan wanita pula hanya perlu taat pada suaminya dan mentaati ALLAH sudah boleh mendapat pahala yang sama seperti lelaki yang pergi berjihad fisabilillah! Beruntungnya wanita!
SUBHANALLAH! lihatlah.. betapa beruntungnya menjadi wanita.. ALLAH Yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ciptaan-Nya. Sedarlah wanita sesungguhnya  ALLAH menyayangi kita.
Berhentilah mengeluh.. marilah bersama menegakkan agama ALLAH dan bersama mencari keredhaan-Nya, dalam hukum dan peraturan ISLAM tidak ada istilah ketidakadilan pada wanita. SUBHANALLAH Maha Suci ALLAH yang Maha Pencipta dan Maha Sempurna.
Betapa aku bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai WANITA!

Rumusan dari Sumber bacaan..



No comments:

Post a Comment