Wednesday, 23 November 2011

Lumrahnya Manusia


Lumrah manusia yang selalunya tidak pernah merasa puas dengan apa yang mereka ada, dapat sedikit merungut… dapat banyak tak juga puas-puas.. seperti kata pepatah ‘ dah beri betis, nak peha pulak’ apa sebenarnya yang mahu dikejarkan? Apa sebenarnya yang mahu dicapai dari kehidupan di dunia ini.. apa sebenarnya tujuan hidup ini?
Terjaminkah anda akan bahagia dengan harta dan wang ringgit yang banyak? Terjaminkah anda akan bahagia dengan cinta manusia yang kadang palsu kadang sementara?.. kenapa masih banyak berdalih? Sedangkan sudah terang lagi bersuluh.. hidup ini tidak kekal, kematian pasti akan menjemput.. dan apakah bekalan anda pada masa itu?.. adakah sudah mencukupi? Bagaimana pula dengan dosa yang semakin hari semakin bertimbun, adakah sempat untuk kita bertaubat?
Bermacam persoalan menghantui diri dan hanya satu jawaban pasti.. ALLAH lah penyelamat Yang Paling berkuasa dan tiada tolok bandingannya, dan kepadanya lah kita wajib menyembah dan memohon belas kasihan hanya itu jalan yang paling selamat hanya itu yang pasti menjanjikan kebahagiaan abadi.


Walau terkadang kita jatuh tersungkur, tak apa.. bangunlah kembali.. dan jangan putus asa! Sememangnya kita manusia yang lemah.. akuilah! Kerana itu akan membantu kita menghadapi kejatuhan  itu. jika kita membiarkan sikap bongkak dan angkuh menguasai diri, kelak nanti di saat kita terjatuh kita pasti akan menghadapi kesukaran untuk bangun semula.
Jangan biarkan diri terlalu tertekan.. kerana ia akan menyebabkan unsur-unsur negatif menguasai diri. Saat tertekan berusahalah untuk mengatasinya, buatlah sesuatu yang mampu mengembirakan hati.. atau cara terbaik adalah dengan beristighfar insyaAllah pasti akan tenang kembali hati itu.
Hidup takkan selamanya indah.. pasti ada pasang surutnya.. oleh itu kita harus menyiapkan diri untuk menghadapi apa-apa jua kemungkinan.. semestinya sukar.. tetapi apa pun harus juga kita laluinya.. semoga kita dapat menghadapi apa jua rencana yang telah Tuhan tuliskan untuk kita dan yang paling penting tidak terpesong dari jalan lurusNya.

No comments:

Post a Comment