Sunday, 20 November 2011

Amarah*


"Amarah adalah serangan kegilaan, kerana orang yang terkena serangan itu akan merasa penyesalan yang mendalam di kemudiannya, sesiapa yang tidak merasa menyesal selepas amarah, ia bermaksud dia sudah sememangnya gila” [Saidina Ali r.a]
Amarah juga akan menyebabkan tekanan darah meningkat

Selain daripada itu, amarah juga mendorong manusia kedalam penghinaan, penaklukan dan ketidakupayaan  untuk mempertahankan hak dirinya. Bagi merawat penyakit amarah itu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membuang segala sikap yang menyebabkan timbulnya amarah itu sendiri seperti :
1.       Sikap suka membangga diri
2.       Sikap pentingkan diri sendiri.
3.      Sikap degil dan sukar bertolak ansur
4.      Sikap tamak.
5.      Suka merendahkan orang lain.
Seseorang itu juga harus memahami akan akibat yang boleh berlaku disebab oleh amarah. Langkah seterusnya adalah dengan menilai kebaikan yang boleh diperolehi apabila menahan amarah , dan cara yang terbaik adalah dengan menghayati kewujudan ALLAH yang maha berkuasa, Kekuasaan-Nya mengatasi segala kekuasaan, dengan cara ini ia akan mengingatkan kita pada kelemahan diri.
Semailah sikap yang positif seperti
1.       Sabar.
2.       Memaafkan.
3.      Sentiasa menyedari kelemahan diri.
4.      Pemurah.
5.      Bersyukur.
Sabda Rasulullah saw: “Memberi kemaafan meninggikan darjat seseorang; berilah kemaafan agar ALLAH SWT merahmati mu”
Firman ALLAH SWT : “jadilah pemaaf dan sauruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”. [Al-A’raf: 199]
Sesungguhnya kita adalah manusia yang lemah, dan apabila kita diserang perasaan marah istighfarlah sebanyak-banyaknya, dan berusahalah untuk bersabar, kerana ia lebih memberi manfaat pada kita seperti firman-NYA.
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya ALLAH tidak menyia-yiakan pahala orang yang berbuat kebaikan” [Hud:115]

No comments:

Post a Comment