DOA AKHIR TAHUN
“Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, segala puji itu bagi ALLAH, Tuhan pentadbir seluruh alam, semoga ALLAH cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad shalallahu alaihi wassalam serta keluarga dan sahabat baginda sekalian. Ya ALLAH wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya (Tuhan tiada bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazab kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunan Mu Ya ALLAH, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini Engkau redhai dan telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya, maka kami pohonkan diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami ya ALLAH Tuhan Yang Maha Pemurah.. Ameen ya Rabbal Alameen.
DOA AWAL TAHUN
“Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani, ALLAH berselawat ke atas penghulu kami Muhammad shalallahu alahi wassalam, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dengan kesejahteraan keatas mereka. Wahai Tuhan Engkaulah yang kekal abadi, yang Qadim, yangAwal dan keatas kelebihan Mu yang besar dan kemurahan Mu melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul dihadapan kamu, kami memohon pemeliharaan MU disepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkan ku kepada Mu wahia Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan yang maha pengasih dari mereka yang mengasihani danALLAH berselawat atas penghulu kami Nabi Muhammad shalallahu alaihi wassalam yang ummi dan keatas ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Ameen Ya Rabbal Alameen..
**Salam maal hijrah semoga tahun baru ini kita mampu menjadikan diri bertambah baik dari tahun sebelumnya.. (^__^)*
No comments:
Post a Comment