Sunday, 24 July 2011

Surah Al-Fatihah dan Kelebihannya


Terjemahan dan maksud:

Bismillaahir rahmaanir rahiim.
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdu lillahi rabbil 'aalamiin.
Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam.

Ar-rahmaanir rahim.
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Maaliki yau middiin.
Yang menguasai hari qiamat.

Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta 'iin.
Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami mohon pertolongan.

Ihdinash shiraa-thal mustaqiim.
Tunjukilah kami ke jalan yang lurus.

Shiraa-thal-ladziina an-'amta 'alayhim ghai-ril magh-dhuubi 'alayhim waladh-dhaalliin.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang dibenci dan juga bukan jalan orang-orang yang sesat.

Aamiiin..


Kelebihan Surah al-Fatihah

Seperti yang kita maklum surah Al-Fatihah adalah surah yang wajib dibaca di setiap solat harian kita, hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Muslim dari sahabat Ubadah bin Shamit radhiallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa sallam bersabda: 

"Tidak ada shalat bagi orang yang tidak membaca Fatihahul kitab (Al-Fatihah)"

Hadis riwayat Muslim dari Ubadah bin Shamit radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alahi Wa sallam bersabda :

 "Barangsiapa yang sholat dan tidak membaca padanya Ummul Qur'an (Al-fatihah) maka shalatnya khidaj (fasid/rosak)"


Menurut Imam Al-Ghazali bahawa Al-Qur'an mengandungi 10 dasar ilmu pengetahuan umum, dan tiap-tiap ilmu itu membawahi beberapa macam ilmu iaitu:
  1. Ilmu untuk mengenal Zat ALLAH SWT
  2. Ilmu untuk mengenal sifat-sifat ALLAH SWT, mengenai Zat ALLAH SWT, kita    mengaggungkan-Nya dan mensucikan-Nya dari segala sifat kekurangan; Dia tiada serupa dengan sesuatu apa pun, adapun mengenal sifat-sifat Nya iaitu; Dia Maha Kuasa, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Hidup, Mendengar, Melihat dan berbicara.
  3. Dialah Khalik alam semesta dan Penciptanya dan Dialah Yang Meninggikan langit dan membentangkan bumi.
  4. Menjelaskan kembali tempat kembali manusia ; seperti syurga sebagai tempat pahala, neraka sebagai tempat siksa.
  5. Menjelaskan Sirathal Mustaqim (jalan lurus) dengan meninggalkan segala perbuatan yang tercela dan segala perangai yang rendah.
  6. Menghiasi diri dengan segala perbuatan yang mulia dan segala sifat yang utama.
  7. Menjelaskan orang-orang yang telah dianugerahi nikmat atas mereka dan memuji mereka itu.
  8. Menerangkan (akibat) orang-orang yang zalim, orang-orang yang melanggar hukum-hukum agama dan orang-orang kafir.
  9. Menyebutkan perbantahan orang-orang kafir.
  10. Menerangkan hukum-hukum ALLAH.

Inilah semua dasar-dasar ilmu yang terkandung dalam Al-Qur'an dan 8 darinya terkandung dalam surah Al-Fatihah. Marilah kita hayati, fahami maksudnya dan beramal.. insyaALLAH hidup kita akan lebih diberkati dunia dan akhirat.. aaminn..

Dari Abdullah bin Amr r.a, Rasulullah SAW bersabda:
" Sampaikanlah pesan ku biarpun satu ayat..."



No comments:

Post a Comment