Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Berhadap Rasulullah s.a.w kepada kami (pada suatu hari) dan bersabda: "Wahai kaum kuhajirin lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya) maka tiada kebaikan lagi bagi kamu, dan aku berlindung dengan ALLAH SWT supaya kamu tidak menemui masa itu, perkara-perkara itu ialah:
01. Tiada terzahir (nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak dikalangan mereka dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
02. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.
03. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta kecuali ditahan untuk mereka iar hujan dari langit. Jikalau tiada pada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh ALLAH SWT.
04.Dan tiada mereka mungkir akan janji ALLAH dan Rasulnya kecuali ALLAH akan menguasakan keatas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada ditangan mereka.
05. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum ALLAH yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (disaat ini) ALLAH akan menjadikan peperangan dikalangan mereka sendiri".
H.R Ibnu Majah
No comments:
Post a Comment