Friday, 1 July 2011

Sesuatu Yang Akan Buat Anda Tersenyum

Seorang lelaki telah pergi berjumpa dengan seorang tukang tilik untuk menilik jodoh untuknya, setibanya dia di rumah penilik itu, dia pun berkata " Tolong tilikkan jodoh untuk saya".. 

Penilik itu pun menjawab.. " Sila beritahu saya ciri-ciri pasangan yang anda mahu.." Lalu lelaki itu pun berkata, " Saya inginkan seseorang yang cantik, sopan, kelakar, aktif, berpengetahuan, bermulut manis. Yang sanggup menemani saya sepanjang hari semasa saya lapang dan tidak keluar, yang boleh berbicara tentang sesuatu yang menarik bila saya ingin berbicara, dan akan senyap bila saya sedang berehat".

Penilik jodoh itu mendengar dengan penuh teliti lalu menjawab.. " Saya faham.. anda sebenarnya memerlukan sebuah television, bukannya seorang pasangan hidup".

Pengajaran:  Keserasian dalam berpasangan adalah dua insan yang saling melengkapi, bukannya yang bersifat berat sebelah.

Seorang budak perempuan bertanya pada ayahnya, "Ayah, bagaimana permulaan kejadian manusia?".. ayahnya menjawab " ALLAH SWT telah mencipta Adam dan Hawa dan mereka dikurniakan anak-anak dan begitulah kejadian manusia bermula"..

Dua hari kemudian si anak bertanya solan yang sama pada ibunya, dan ibunya pula menjawab " Beribu tahun dahulu ada sekolompok urang utan, dari kelompok itu lah manusia bermula"..

Budak itu menjadi bingung dengan jawapan yang berbeza dari ibu dan ayahnya, lalu bertanya pula pada ayahnya " Ayah.. ayah memberitahu saya yang manusia bermula dari kaum Adam dan Hawa, tetapi ibu pula memberitahu saya yang manusia bermula dari sekelompok urang utan.. Kenapa jawapan ayah dan ibu berbeza?" lalu si ayah menjawab "Ooh itu mudah saja, ayah beritahu asal usul ayah dan ibu kamu pula beritahu asal usulnya.."

Pengajaran: Perbezaan pendapat adalah permulaan bagi keretakkan sesebuah hubungan, sebab itulah nilai toleransi dan keserasian amat penting dalam sesebuah hubungan. 



Renungan bersama: Ada pepatah mengatakan hubungan yang sempurna hanya akan ditemui diantara isteri yang buta dan suami yang tuli, kerana isteri yang buta tidak akan dapat melihat kesalahan suaminya, dan suaminya yang tuli tidak akan mendengar isterinya membebel. Kebanyakkan pasangan adalah buta dan tuli pada permulaan perkenalan dan mengimpikan hubungan yang sempurna. Tetapi malangnya, apabila sudah berkahwin dan kehangatan kasih sayang mula berkurang, barulah mereka tersedar bahawa perkahwinan mereka bukan lagi sebuah katil yang dipenuhi bunga ros, maka bermulalah mimpi ngeri....



No comments:

Post a Comment