Ibu bapa lelaki itu pun menanyakan tentang hal itu kepada anak mereka, lelaki itu menjawab saya inginkan seorang bakal isteri yang beragama dan mengamalkannya. lalu ibu bapanya pun mencarikan anak mereka seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri tersebut.
Sampailah di suatu hari, ibu bapa lelaki tersebut merancang satu pertemuan untuk anak mereka dengan seorang wanita yang pada pandangan mereka mempunyai ciri-ciri tersebut. Lelaki itu akur dengan kehendak ibu bapanya lalu bertemu dengan wanita itu.
Dalam pertemuan itu, lelaki itu memberi kebebasan pada wanita itu untuk bertanya padanya seberapa banyak soalan yang ingin ditanyakan tentang dirinya. lalu wanita itu mengajukan banyak soalan. Dia menanyakan tentang hidupnya, pelajarannya, sahabatnya, keluarga, hobi, cara hidup, apa yang disukai dan tidak disukainya, pengalamannya... pendek kata segala-galanya yang bersangkut paut dengan lelaki itu.
Dan lelaki itu menjawab semua soalan wanita itu dengan baik berserta senyuman, selepas beberapa lama wanita itu mula terasa tidak adil pada lelaki itu kerana hanya dia yang asyik bertanyakan soalan lalu bertanya pada lelaki itu " Adakah anda ada apa-apa soalan?
Lelaki itu pun menjawab " ya, saya cuma ada 3 soalan yang saya hendak tanyakan pada awak"
"Wow, 3 soalan saja..? Baiklah tanyalah" balas wanita itu..
Soalan yang pertama " Siapakah yang paling awak cintai di dunia ini, dimana tidak ada cinta setanding dengan cinta awak padanya?
Jawab wanita itu " Oh itu mudah saja, tentulah ibu saya" lelaki itu hanya tersenyum mendengar jawapan wanita itu lalu menyambung..
"Awak kata awak banyak membaca Al-Qur'an, bolehkah awak beritahu saya, Surah yang mana yang awak tahu maknanya?
Mendengar soalan itu, wajah wanita tersebut bertukar kemerahan dan dengan perasaan malu dia menjawab "Saya belum membaca maknanya lagi, insyaallah nanti bila ada masa saya akan membaca maknanya, maklum sajalah saya selalu sibuk dan tak berkesempatan untuk membaca maknanya"
Tanpa berkata apa-apa, lelaki itu pun meneruskan soalannya yang ke tiga, " Sebelum ini saya telah di cadangkan calon-calon isteri yang lebih cantik dari awak, beri saya sebab kenapa saya harus memilih awak?
Kali ini wanita itu menjadi marah dengan soalan yang diajukan, dia terasa diperkecilkan oleh lelaki itu lalu meninggalkan lelaki itu dan memberitahu ibu bapanya yang dia tak mahu menikah dengan seorang lelaki yang seolah-olah menghina kecantikan dan kepintarannya.
Dan buat kesekian kalinya lelaki itu bersama ibu bapanya pulang tanpa persetujuan untuk mengikat pernikahan. Ibu bapanya sangat marah dan bertanya " kenapa kau memperlakukan wanita itu sebegitu sedang kan dia seorang yang cantik, datang dari keluarga yang baik-baik dan beragama, bukankah itu yang kau mahu? Beritahu kami apa sebabnya!"
Lelaki itu dengan tenang menjawab " pertama kali saya bertanyakan padanya tentang siapa yang paling dia cintai di dunia ini, dan dia menjawab ibunya"... "Jadi apa masalahnya? soal ibu bapanya..
Lelaki itu menjawab " Seseorang itu bukanlah seorang muslim yang sejati selagi dia tidak mencintai ALLAH SWT dan Rasul-NYA lebih dari segalanya di dunia ini, dan jikalau seorang wanita itu mencintai ALLAH dan Rasul-NYA lebih dari segalanya, dia pasti akan mencintai dan menghormati dan setia padak suaminya, kerana dengan cinta dan takut pada ALLAH SWT, membolehkan mereka saling mencintai, kerana cinta ini adalah cinta yang bukan berlandaskan nafsu semata.
Selepas itu saya tanyakan tentang makna surah yang dia tahu, oleh kerana dia berkata yang dia banyak membaca al-Qur'an, dan dia menjawab dia tidak tahu, kerana tidak ada masa untuk membaca tentang maknanya lagi, jawapannya itu mengingatkan saya pada kata-kata Imam Shafi'i iaitu " Semua manusia itu adalah mati melainkan manusia yang mempunyai ilmu.. dan juga mereka yang mempunyai ilmu yang tidur, kecuali mereka yang berbuat baik.. dan mereka yang berbuat baik berkhianat, kecuali yang benar-benar ikhlas.. dan mereka yang ikhlas tetapi berada dalam keraguan (tentang orang lain)".
Dia telah hidup 20 tahun di dunia ini dan tidak mempunyai masa untuk mencari pengetahuan, mengapa harus saya menikahi seorang wanita yang tidak mengetahui akan hak dan tanggunjawabnya? dan apakah yang akan diajarkannya pada anak-anak kami nanti melainkan sikap yang tidak mengendahkan, kerana sepatutnya wanita itu adalah Madrasah dan guru yang terbaik.Dan wanita yang tidak ada masa untuk ALLAH SWT, tentunya juga tidak akan ada masa untuk suaminya".
Dan akhir sekali saya bertanyakan tentang dari banyak-banyak wanita yang lebih cantik darinya yang pernah kamu cadangkan pada saya kenapa saya harus memilih dia? Dan soalan inilah yang membuatkan dia marah dan menolak ikatan ini.
Ibu bapa lelaki itu lantas berkata " Itu adalah soalan yang paling teruk, kau sepatutnya tidak menanyakan soalan itu padanya, kau harus kembali dan meminta maaf padanya" Lelaki itu menjawab " Sebenarnya saya sengaja menanyakan soalan itu, kerana saya ingin menguji kesabarannya dan kebolehannya mengawal amarahnya, sedangkan Nabi Muhammad saw pernah bersabda " Jangan marah, jangan marah, jangan marah" Berulang kali baginda mengulangnya bila bitanya bagaimana untuk menjadi seorang yang bertakwa, kerana sesungguhnya amarah itu adalah dari syaitan.
Jikalau seorang wanita tidak dapat mengawal amarahnya dengan orang yang baru saja dijumpainya, adakah kamu fikir dia akan dapat mengawal amarahnya pada suaminya?".
Pengajaran: Perkahwinan yang kukuh adalah yang berlandaskan pengetahuan bukannya pada rupa paras, amalan bukan sekadar khutbah, kemaafan bukan amarah dan kejiwaan cinta bukan sekadar kerana nafsu dan kompromi.
Semoga ALLAH SWT menjadikan setiap pernikahan mencapai kejayaan dan mengizinkan kita mencipta CINTA untuk ALLAH dan Rasul-NYA, agar ALLAH SWT memberkati kita dalam membina CINTA dalam kehidupan kita.
"Tidak ada struktur yang lebih baik yang boleh ditemui dalam Islam selain dari pernikahan"
- Rasulullah Muhammad saw.
No comments:
Post a Comment