ALLAH Taala berfirman: " Wahai sekalian manusia, AKU hairan melihat orang yang meyakini kematian tetapi masih bergembira. AKU hairan melihat orang yang mempercayai hari berhisab, tetapi ia masih terus mengumpul harta. AKU juga hairan melihat orang yang meyakini akan masuk kubur , tetapi ia masih tertawa. AKU hairan melihat orang yang meyakini akhirat, tetapi masih bersenang lenang.
"AKU hairan melihat orang yang meyakini hidup di dunia dan segala bencananya, tetapi ia masih terus tenteram bersamanya. AKU hairan melihat orang alim dengan lidah, tetapi jahil dengan hati, AKU hairan melihat orang yang menyucikan dengan air, sedangkan hatinya tidak bersih."
"AKU hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain, tetapi ia melupakan aib dan cela dirinya sendiri; atau melihat yang orang tahu bahawa ALLAH sentiasa memperhatikan tingkah lakunya, tetapi ia masih terus berbuat maksiat. Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa maut itu dilalui seorang diri, kubur itu dihuninya sendiri, dihisab seorang diri tetapi ia masih berjinak-jinak dengan manusia, tiada Tuhan selain AKU sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan rasul-KU.
H.R Imam Al-Ghazali
sumber bacaan : Imam Al-Ghazali 'Nasihat dan Tuntutan' Hadis-hadis Qudsi,
terjemahan Wildan Farhani, terbitan Pustaka Al-Mizan
No comments:
Post a Comment