Wednesday, 20 July 2011

Burung Helang - Perubahan Untuk Terus Hidup

Burung helang mempunyai jangka hayat yang terpanjang dalam kumpulan spesisnya. Burung helang mampu hidup sehingga 70 tahun, tetapi untuk sampai kepada umur ini, helang mesti membuat satu keputusan yang berat bila umurnya mencapai 40 tahun.

Pada umur 40 tahun, cakarnya yang fleksibel dan panjang tidak akan mampu lagi mencengkam mangsanya dan paruhnya pula akan mulai membengkok. Oleh kerana umurnya yang telah tua dan sayapnya yang semakin berat kerana bulu yang tebal membuatkannya mengalami kepayahan untuk terbang.


Pada peringkat usia ini burung helang hanya mempunyai dua pilihan sahaja ; samaada mati ataupun melalui satu proses yang menyakitkan dan memerlukan masa selama 150 hari untuk bertahan.

Proses ini memerlukan helang itu terbang ke tempat yang paling tinggi dan duduk di dalam sangkarnya. Helang itu perlu menghantukkan paruhnya ke batu sehingga ianya tertanggal. Selepas paruhnya tertanggal helang terpaksa menunggu paruh yang baru tumbuh. Apabila paruhnya yang baru telah tumbuh, helang mesti mencabut pula bulunya yang lama dan tua dan selepas lima bulan, barulah helang boleh terbang semula dan hdup selama 30 tahun lagi..

Pengajaran: Selalunya untuk meneruskan kehidupan kita harus memulakan proses perubahan. Kadangkala kita harus membuang segala kenangan lama, kebiasaan dan habit yang lama. Dengan hanya membebaskan semua beban yang lalu kita mampu mendapat manfaatnya hari ini dan di masa hadapan.

Adakalanya kita ingin meneruskan kehidupan, tetapi tanpa sedar sebelah kaki kita masih lagi menekan brek. Maka untuk membebaskan diri, kita harus belajar untuk melepaskan. Lepaskan kesakitan dan ketakutan, elakkan diri dari terus menghibur kenangan lama yang menyakitkan, kerana tenaga yang diserapnya mengekang kita dari meneruskan kehidupan. Jika kita terus terpenjara dalam ketakutan dan penilaian dari sifat semula jadi manusia, kita akan ketinggalan dalam mencapai keseluruhan misi dan sebab utama kita berada di dunia ini! 

"Jika kita memfokuskan kepada keberhasilan, kita tak akan pernah berubah. Tetapi jika kita memfokuskan kepada perubahan, kita akan mendapatkan keberhasilan!

1 comment: