Monday, 21 November 2011

KEADAAN NERAKA DAN PENGHUNINYA (PART 3)

Qatadah berkata: “Hai kaumku, apakah kamu merasa bahawa itu pasti akan terkena pada dirimu, atau kamu merasa akan kuat menghadapinya. Hai kaumku, taatlah kepada Allah s.w.t. itu jauh lebih ringan bagi kamu kerana itu, taatilah sebab ahli neraka itu kelak akan mengeluh selama seribu tahun tetapi tidak berguna bagi mereka, lalu mereka berkata: “Dahulu ketika kami didunia, bila kami sabar lambat laun mendapat keringanan dan kelapangan, maka mereka lalu bersabar seribu tahun, dan tetap siksa mereka tidak diringankan sehingga mereka berkata: Ajazi’na am sobarna malana min mahish (Yang bermaksud) Apakah kami mengeluh atau sabar, tidak dapat mengelakkan siksa ini.Lalu minta hujan selama 1000 tahun sangat haus dan panas neraka maka mereka berdoa selama 1000 tahun, maka Allah s.w.t. berkata kepada Jibril: “Apakah yang mereka minta?”. Jawab Jibril: “Engkau lebih mengetahui, ya Allah, mereka minta hujan.” Maka nampak pada mereka awan merah sehingga mereka mengira akan turun hujan, maka dikirim kepada mereka kala-kala sebesar keldai, yang menggigit mereka dan terasa pedih gigitan itu selama 1000 tahun. Kemudian mereka minta kepada Allah s.w.t. selama 1000 tahun untuk diturunkan hujan, maka nampak mereka awan yang hitam, mereka mengira bahawa itu akan hujan, tiba-tiba turun kepada mereka ular-ular sebesar leher unta, yang menggigit mereka dan gigitan itu terasa pedihnya hingga 1000 tahun, dan inilah ertinya: Zidnahum adzaba fauqal adzabi. (Yang bermaksud) Kami tambahkan kepada mereka siksa diatas siksa.

 Kerana mereka dahulu telah kafir, tidak percaya dan melanggar tuntutan Allah s.w.t., kerana itulah maka siapa yang ingin selamat dari siksaan Allah s.w.t. harus sabar sementara atas segala penderitaan dunia didalam mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah s.w.t. dan menahan syahwat hawa nafsu sebab syurga neraka diliputi syahwat-syahwat.
Seorang pejungga berkata: “Dalam usia tua itu cukup pengalaman untuk mencegah orang yang tenang dari sifat kekanak-kanakan, apabila telah menyala api dirambutnya (beruban). Saya melihat seorang itu ingin hidup tenang bila dahan pohon telah menguning sesudah hijaunya. Jauhilah kawan yang busuk dan berhati-hatilah, jangan menghubunginya tetapi bila tidak dapat, maka ambil hati-hatinya, dan berkawanlah pada orang yang jujur tetapi jangan suka membantah padanya, engkau pasti akan disukai selama kau tidak membantah kepadanya. Berkawanlah dengan orang bangsawan dan yang berakhlak baik budinya.”
Maka siapa yang berbuat baik pada orang yang tidak berbudi bererti ia telah membuang budi itu kedalam laut. Dan Allah s.w.t. mempunyai syurga yang selebar langit tetapi diliputi dengan kesukaran-kesukaran. (Perlu sabar menghadapi kesukaran demi membolehkan diri memasukinya) dan sesiapa yang sudah berjaya memasukinya akan kekal didalamnya selama-lamanya.

                                                                                                                         ----> bersambung

Sunday, 20 November 2011

Amarah*


"Amarah adalah serangan kegilaan, kerana orang yang terkena serangan itu akan merasa penyesalan yang mendalam di kemudiannya, sesiapa yang tidak merasa menyesal selepas amarah, ia bermaksud dia sudah sememangnya gila” [Saidina Ali r.a]
Amarah juga akan menyebabkan tekanan darah meningkat

Selain daripada itu, amarah juga mendorong manusia kedalam penghinaan, penaklukan dan ketidakupayaan  untuk mempertahankan hak dirinya. Bagi merawat penyakit amarah itu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membuang segala sikap yang menyebabkan timbulnya amarah itu sendiri seperti :
1.       Sikap suka membangga diri
2.       Sikap pentingkan diri sendiri.
3.      Sikap degil dan sukar bertolak ansur
4.      Sikap tamak.
5.      Suka merendahkan orang lain.
Seseorang itu juga harus memahami akan akibat yang boleh berlaku disebab oleh amarah. Langkah seterusnya adalah dengan menilai kebaikan yang boleh diperolehi apabila menahan amarah , dan cara yang terbaik adalah dengan menghayati kewujudan ALLAH yang maha berkuasa, Kekuasaan-Nya mengatasi segala kekuasaan, dengan cara ini ia akan mengingatkan kita pada kelemahan diri.
Semailah sikap yang positif seperti
1.       Sabar.
2.       Memaafkan.
3.      Sentiasa menyedari kelemahan diri.
4.      Pemurah.
5.      Bersyukur.
Sabda Rasulullah saw: “Memberi kemaafan meninggikan darjat seseorang; berilah kemaafan agar ALLAH SWT merahmati mu”
Firman ALLAH SWT : “jadilah pemaaf dan sauruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”. [Al-A’raf: 199]
Sesungguhnya kita adalah manusia yang lemah, dan apabila kita diserang perasaan marah istighfarlah sebanyak-banyaknya, dan berusahalah untuk bersabar, kerana ia lebih memberi manfaat pada kita seperti firman-NYA.
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya ALLAH tidak menyia-yiakan pahala orang yang berbuat kebaikan” [Hud:115]