Tuesday, 26 April 2011

Takut Tak Dapat..?

Keyakinan kita kepada ALLAH, Pencipta, Tuhan yang telah memberikan segala apa sesuatu pada kita. Semua mereka yang telah menemui ALLAH SWT adalah mereka yang tenang. Sebab mereka yang sentiasa ingat kepada ALLAH, yang menyebut nama ALLAH, akan lahirlah ketenangan di hati mereka. Hilang segala keresahan, hilang segala kedukaan.

"Orang beriman itu tenang hati mereka menyebut nama ALLAH. Tidakkah dengan menyebut nama ALLAH akan tenang hati!" (Ar-Ra'du 13:28)

Selain daripada itu, rasa resah gelisah datang menimpa manusia, melanda hati manusia, kerana kurangnya keyakinan kepada ALLAH SWT. Ada orang resah gelisah kerana takut tak dapat sesuatu.Dia berkerja siang dan malam mencari harta, mencari wang ringgit, dan dia takut tidak dapat sesuatu. Dia tidak yakin dengan ALLAH.

Dia lupa bahawa ALLAH yang memberikan rezeki, ALLAH yang mengurniakan rezeki, ALLAH menentukan, kadar rezeki untuk seseorang.

Bukankah Nabi ajar untuk husnuddzon kepada ALLAH! bersangka baik pada ALLAH. Bahawa ALLAH memberikan aku rezeki yang banyak. Hanya tugasku pergi cari rezeki tersebut.

Tidak ada resah gelisah, tidak ada ketakutan tidak dapat sesuatu, kerana dia yakin:

"Tidak ada sesuatu pun haiwan  melata di muka bumi ini melainkan rezekinya di tangan ALLAH"
(Hud 11:6)

Yakinlah.. keyakinan itu akan menghilangkan keresahan, kegelisahan, kesedihan dan kedukaan hati..

sumber bacaan

Wednesday, 20 April 2011

Pesanan untuk Diri ku

Wahai diri..
Andai ditakdirkan kau berterusan hidup susah di dunia ini, janganlah kau bersedih hati kerana kehidupan dunia ini hanya sementara saja. teruskanlah usaha mu, dan teruslah bersyukur dengan apa yang ada walaupun sedikit, jangan sesekali berputus asa dengan rahmat ALLAH swt..

Wahai diri..
Andai di takdirkan kau mendapat harta kekayaan yang melimpah ruah, janganlah lupa asal usul mu.. ingatlah harta dan kekayaan yang banyak itu datang bersama tanggungjawab yang besar yang perlu kau pikul.. ingatlah si fakir miskin .. ingatlah si anak yatim.. jangan sesekali kau bongkak dan sombong.. dan jangan pula kau memasang angan-angan yang panjang.. bersyukurlah pada ALLAH berinfak lah ke jalan-NYA.

Wahai diri..
Andai ditakdirkan kau hidup bersendiri di dunia ini, yakinlah pada janji ALLAH di dunia tiada, di syurga menanti.. teruslah menjaga maruah mu teruslah berusaha memperbaiki dirimu agar di senangi dan di sayangi ALLAH, bergantung harap lah hanya pada-NYA, yakin lah pada firman-NYA yang tertulis dalam Al-Qur'an ..sesungguhnya orang yang baik itu adalah untuk orang yang baik juga.. oleh itu jadilah yang terbaik pada pandangan ALLAH.

Wahai diri..
Andainya kau ditakdirkan mendapat pasangan hidup di dunia.. Taatlah padanya kerana ALLAH, sayangi dan cintailah dia kerana ALLAH.. jangan pernah kau mengkhianati dia walaupun dia mengkhianati mu.. berlindunglah pada ALLAH dan tanamkan kesabaran dalam hati mu dan bertawakallah pada ALLAH.. jadilah yang terbaik buat pasangan mu kerana ALLAH.. semoga nanti dia kekal menjadi pasangan mu sehingga ke syurga.. insyaALLAH.

Wahai diri.. Andai ditakdirkan insan-insan yang kau sayang pergi dulu.. dari mu.. kau redhailah pemergian mereka dan doakan kesejahteraan berpanjangan pada mereka.. dan ingatkan pada diri untuk sentiasa mempersiapkan diri menghadapi kematian mu pula.

Wahai diri..
Yakinlah pada qada dan qadar ALLAH..Yakinlah setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya dan mintalah petunjuk dari ALLAH yang Maha Mengetahui.. yakinlah kesenangan dunia hanya sementara akhirat jua yang kekal selamanya..

Wahai diri..
Yakinlah,
Seksa kubur itu benar bagi yang berdosa..
Hari kiamat itu akan terjadi..
Hari berbangkit akan tiba..
Hari perhitungan itu akan wajib kita hadapi..
Balasan syurga atau neraka itu akan menjadi pengakhiran yang abadi..

Wahai diri..
Yakinlah,
ALLAH itu satu tiada dua..
Pencipta seluruh alam semesta dan mahkluk didalamnya
ALLAH itu Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Adil 
Islam itu agama-NYA dan Nabi Muhammad saw itu Rasul-NYA

Wahai diri..
Takutlah pada ALLAH, bukan pada manusia atau jin..
Takutlah pada kehilangan hidayah ALLAH, bukan pada kehilangan harta benda dan kecantikan..
Takutlah pada seksa neraka, bukan pada seksa kerana kemiskinan..

Wahai diri..
Sedarlah akan asal usul mu..
Sedarlah akan kekerdilan mu
Sedarlah kau takkan hidup selamanya..
Sedarlah kau adalah hamba walaupun kau raja di dunia..
Sedarlah kau sangat lemah dan insan berdosa..
Sedarlah kau tak akan pernah sempurna..
Sedarlah kau takkan mungkin wujud tanpa-NYA

Wahai diri..
Sentiasalah memohon keampunan dari-NYA
Segeralah bertaubat pada-NYA
Ikhlaskan amal mu hanya kerana-NYA
Sentiasalah mencari keredhaan-NYA
Ingatlah DIA selalu.. sematkan nama-NYA dihati

Wahai diri..
Ingatlah mati..
yang mungkin besok atau lusa, minggu depan atau minggu seterusnya..
Ingatlah dalam tanah kau akan tinggal, dalam kubur yang gelap dan sempit kau akan bersemadi seorang diri tanpa teman melainkan amalan soleh mu semasa hidup di dunia.. dan ingatlah pula akan seksa neraka yang kekal dan tidak akan pernah berakhir..

"ASTAGHFIRULLAHAL 'ADZIM LAAILLAAHA ILLAA HUWAL HAYYUL QAYYUUMU WA ATUUBU ILAIH"
(aku memohon keampunan kepada ALLAH Yang Maha Agung tiada Tuhan selain DIA Yang Maha Hidup dan memelihara (kehidupan) dan aku bertaubat kepada-NYA)

*Ingatan untuk diriku setulusnya

Ku tanyakan pada diri..


Ku tanyakan pada diri..
Aku kagum dengan kejadian alam semesta bersama isi di dalamnya.. tapi..
selalukah aku memikirkan dan mengingat pada Penciptanya?

Aku boleh berjalan, berdiri, berlari, duduk, bekerja, berhias makan dan minum, melihat mendengar, menghidu, ketawa, tersenyum dan sebagainya.. tapi...
Pernahkah aku bersyukur kepada tiap satunya?
Pernahkah aku bersyukur kepada yang telah memberikan aku anugerah dan nikmat-nikmat tersebut?

Aku gembira dengan rezeki yang banyak, dan merungut dengan rezeki yang sedikit..
Sedarkah aku siapa yang mengurniakan rezeki itu padaku?

Aku sedaya upaya menjadikan diri ini disenangi manusia lain..
Adakah usaha yang sama ku lakukan agar aku disenangi oleh DIA yang Maha Pencipta?

Aku mampu menyembunyikan perbuatan ku di pandangan manusia,
Tapi mampukah aku menyembunyikan tiap perbuatan ku pada yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui?

Aku takut bila melihat bencana alam, 
Tapi sedarkah aku siapa yang berkuasa menjadikannya ?

Aku bersungguh-sungguh belajar agar dapat menjawab soalan peperiksaan..
Bagaimana pula dengan soalan-soalan yang bakal ditanyakan dalam kubur? adakah aku sudah berusaha dengan sungguh-sungguh agar aku dapat menjawabnya?

Aku sering berkata "nanti sampai masa aku akan bertaubat".. ataupun "alah aku masih muda nanti bila dah tua baru aku bertaubat"...
Tapi.. tahukah aku tarikh kematian ku?

Aku takut kehilangan kekasih kawan dan harta..
Tapi adakah semua itu akan ikut menemani ku ke dalam kubur?

Aku bimbang kerana aku masih sendiri.. aku resah akan hal rezeki ku..
tapi cukupkah sudah usaha ku?... kalau ya..
tidak kah aku yakin dengan sesuatu yang telah Dia uruskan untuk ku?
kenapa aku harus berputus asa dengan rahmat daripada DIA yang Maha Memberi?

Mengapa aku mencintai kesenangan dunia yang hanya sementara ini sedangkan kehidupan di akhirat itu adalah abadi?
Tidak kah aku terfikir kesenangan dunia yang melekakan ini bakal mengheretku ke neraka yang dashyat?
Tidak kah aku kasihan kan diriku, yang akan menanggung seksa neraka kerana mencintai nikmat dan kesenangan dunia yang hanya membuahkan dosa? 
kerana mengikut hawa nafsu aku kekal dalam neraka.. menyedihkan bukan?
tidak kah aku takut akan azab ALLAH?
sanggupkah aku menjadi penghuni neraka?
Adakah tidak berbaloi dengan mengabdikan diri pada ALLAH yang satu.. aku akan hidup kekal bahagia di dalam syurga.. adakah ini sesuatu yang tidak berbaloi?
sesungguhnya merugilah aku jika aku berpaling dari-NYA

"Ya ALLAH, Maha suci Engkau dan segala pujian adalah untuk-Mu aku sedar dan yakin dengan ujian-Mu, Engkau tabahkan lah aku dalam menghadapinya, teguhkan iman ku, tetapkan hati ku pada jalan lurus-Mu.. wahai ALLAH aku sedar sejengkal aku menuju ke arah Mu .. sehasta Engkau datang kepada ku.. jadikanlah aku orang yang tawaduk, bertakwa dan bersyukur atas setiap nikmat dan kurniaan-Mu, sesungguhyan Aku manusia yang kerdil dan lemah tanpa pertolongan-Mu, sesungguhnya aku insan hina yang penuh dosa.. ampuni lah aku wahai ALLAH sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, kasihanilah kedua orang tua ku wahai ALLAH ampunilah orang-orang yang berada di bawah tanggungjawabku.. ampunilah orang-orang muslimin dan muslimat kaum mukminin dan mukminat.. lindungi lah kami dari azab neraka-Mu.. Wahai ALLAH jadikanlah aku orang yang khyusuk dalam beribadah dengan-Mu jadikan lah aku orang yang ikhlas dalam beramal pada jalan Mu, jangan biarkan aku terpesong dari agama-Mu jauhkanlah kami dari kesesatan.. Wahai ALLAH sesungguhnya hanya kepada Mu aku bergantung harap dan bertawakal, kurniakan lah aku cinta dan kasih-Mu, jadikan lah orang-orang yang mencintai-Mu mencintai ku dan jadikanlah aku orang yang mencintai segala yang membawa kepada kecintaan-Mu.. sejahterakanlah Nabi Muhammad saw berserta keluarga dan para sahabatnya..
Aamiin yaRabbal Aalamiin..

*Berdialoglah dengan hati.. kerana hati tidak akan pernah menipu.. (^__^)v

Orang Miskin Jangan di Hina

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Penyayang

Rasulullah s.a.w bersabda; Sesungguhnya mahluk yang paling dikasihi di sisi ALLAH ialah orang-orang fakir miskin kerana sesungguhnya mahkluk yang paling dikasihi oleh ALLAH ialah para Nabi, maka ALLAH menguji mereka dengan kemiskinan,
(Diriwayatkan daripada Ibn Umar)

Orang miskin yang dimaksudkan adalah yang rajin berusaha tanpa jemu dan tidak putus asa. Mereka ini tetap imannya, tidak tergamak melakukan perkara keji dan mungkar, walaupun telah puas berusaha mereka masih tidak memperolehi kekayaan. Mereka masih dapat bersabar dan tenang menghadapi hidup yang serba kekurangan. Mereka tidak berniat untuk meminta-minta daripada orang lain.Golongan inilah yang mendapat tempat di sisi ALLAH yang dijelaskan dalam hadis di atas. Golongan inilah yang dimuliakan oleh ALLAH s.w.t di dunia dan di hari akhirat

Orang miskin seperi inilah yang yang teruji sifat sabarnya teruji imannya dan tenang menerima keadaan kemiskinan itu. Tidak ada rasa kesal, tidak ada rasa dengki dan dendam terhadap orang lain. Mereka masih tetap rasa bersyukur dengan apa yang ada dan masih tetap mengerjakan perintah ALLAH.

Diantara ganjaran yang telah dijanjikan oleh ALLAH ialah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w: Orang-orang miskin daripada golongan muhajirin masuk syurga terlabih dahulu daripada orang-orang kaya dalam jarak 500 tahun.
(Diriwayatkan oleh Al-Tarmizi) 

Demikian ganjaran ALLAH pada orang miskin yang mulia hatinya. bagaimanapun, kita tidaklah disuruh menjadi miskin untuk mendapat tempat disisi ALLAH. ALLAH menganjurkan kita supaya rajin berusaha. Jangan jadi manusia yang malas. Jangan menunggu dan meletakkan harapan kepada nasib. Bagaimanapun setelah begitu gigih berusaha, masih tidak dapat kekayaan maka bersabarlah dan redha lah atas dugaan ALLAH. Letakkanlah diri kita sebagai orang miskin yang mulia semoga kita dapat kemuliaan di sisi ALLAH s.w.t

Dan bagi yang bernasib baik dan berharta bantulah dan bela lah nasib orang-orang miskin dan jangan sesekali menghina mereka seperti yag di pesankan oleh Rasulullah s.a.w ; Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu, sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

(Sumber bacaan dari buku" Kearah Keimanan" oleh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz)