Saturday, 3 September 2011

Seumpama kisah sekolam susu

Sering terjadi pada sesetengah orang bila masa tidak berpuas hati tentang sesuatu lantas terus saja merungut dan terkadang ada yang lantang mencaci maki…. Sedih.. bila saja mendengar semua itu.. terdetik di hati.. mengapa sampai begitu sekali.. ?

Bukankah semua manusia itu tidak sempurna.. pasti terkadang akan ada kesilapan berlaku.. Tidak salah kalau menerima kelemahan orang lain dan membantu mereka untuk memperbaikinya.. sedang kan diri sendiri juga punya kelemahan.. Mungkin ini berlaku disebabkan oleh rasa ego yang tinggi dalam diri seseorang itu.. Sedarlah hidup ini bagaikan roda, tidak selamanya kita akan berada diatas.. sampai masa nanti kita juga akan berada di bawah dan sekiranya selama kita berada diatas kita sentiasa menyakitkan hati orang lain, siapa lagi yang akan mahu membantu kita semasa kita berada di bawah kelak.

Sememangnya bukan senang untuk mengajar atau mengubah orang lain menjadi baik.. tetapi kita boleh memulakannya dengan mengubah diri kita dahulu.. Seringkali kita hanya mahu merungut dan mengata tentang kelemahan orang lain tetapi kelemahan diri sendiri di lupakan.. Kita sering inginkan kesempurnaan dari orang lain tetapi tidak berusaha mencari atau menyemaikan kesempurnaan dalam diri sendiri.. walaupun sempurna itu hanyalah ALLAH swt.. tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha memperbaiki setiap kelemahan yang ada pasti perubahan akan berlaku walau pun hanya sedikit.. tapi ia cukup meningkatkan nilai diri dari yang sebelumnya. Bak kata pepatah “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”. Mulakanlah kebaikan itu dari diri sendiri, jangan hanya mengharapkan orang lain untuk berubah.





Seumpama kisah seorang raja yang menitahkan rakyatnya menggali sebuah kolam dan setelah kolam itu siap di gali. Raja itu lalu menitahkan semua rakyatnya mengisikan kolam itu dengan air susu pada malam hari.

Daripada beribu rakyatnya ada seorang lelaki yang juga datang pada malam itu untuk melakukan seperti apa yang dititahkan oleh raja mereka, tetapi pada fikiran lelaki itu oleh kerana semua orang membawa susu dia tak payah bersusah payah membazirkan susu untuk dimasukkan kedalam kolam itu, lalu membawa air sahaja lagipun pada pendapatnya waktu itu tiada siapa yang akan tahu kerana keadaan gelap dan sudah pasti tidak ada siapa yang akan perasan akan perbuatannya. Lalu dia pun pergi ke kolam itu dan menuangkan air yang dibawanya itu lalu pulang ke rumahnya.

Keesokkan harinya datanglah raja itu mahu melihat kolam itu dan alangkah terkejutnya raja itu kerana kolam itu dipenuhi air dan bukannya susu seperti yang dikehendakinya.

Wahai sahabat, inilah yang akan berlaku apabila kita sentiasa berfikir bahawa kita tak perlu lakukan apa-apa kerana orang lain pasti akan melakukannya, sedangkan kita sendiri tidak pasti apa yang difikirkan oleh orang lain.. Sebaiknya mulakan lah sesuatu yang baik itu dari diri sendiri kerana kita lebih mengetahui diri kita dari orang lain.

No comments:

Post a Comment