Sunday, 11 September 2011

Pasir dan Batu

Kisah ini tentang dua orang sahabat baik iaitu Adi dan Ali yang berjalan di sebuah kawasan padang pasir.. dalam perjalanan mereka telah bergaduh sehingga si Ali menampar sahabatnya Adi, tanpa berkata apa-apa Adi menuliskan di atas pasir ‘HARI INI SAHABAT SAYA ALI TELAH MENAMPAR SAYA DI WAJAH’.


Mereka meneruskan perjalanan dan menemui sebuah sungai, lalu mengambil keputusan untuk mandi di sungai tersebut. Adi yang tidak pandai berenang telah tersekat di celahan batu dan hampir lemas tetapi Ali berjaya menyelamatkannya. Setelah keadaan Adi stabil dia pun menulis di sebuah batu ‘ HARI INI SAHABAT SAYA ALI TELAH MENYELAMATKAN SAYA DARI LEMAS’.



Ali merasa hairan dengan perbuatan sahabatnya lalu bertanya “ Adi tadi masa saya menampar awak, awak telah menulisnya di atas pasir. Sekarang kenapa awak menulisnya di atas batu pula?



Jawab Adi “ apabila seseorang menyakiti kita, sebaiknya kita tuliskan di atas pasir agar angin kemaafan dapat memadamkannya, dan apabila seseorang berbuat baik pada kita, sebaiknya kita tuliskan diatas batu dimana angin tidak dapat memadamkannya”.



Terjemahan dari sumber bacaan “100MoralStories

**Moral: Lupakanlah kejahatan yang dilakukan orang lain pada kita, sebaliknya ingatlah kebaikan yang orang lakukan kepada kita.**

No comments:

Post a Comment