Friday, 16 September 2011

Pengajaran 02 (Hadith-Hadith Qudsi)

ALLAH Taala berfirman: “Diri-KU menyaksikan diri-KU sendiri, bahawa tidak ada tuhan selain AKU sendiri, tidak ada sekutu bagi-KU; Muhammad itu adalah hamba dan rasul-KU sesiapa yang tidak redha dengan ketetapan KU tiada sabar atas cubaan KU, tidak bersyukur atas nikmat-KU dan tidak merasa cukup terhadap pemberian-KU, maka hendaklah ia menyembah tuhan selain–KU.

“Oleh itu sesiapa berpagi-pagi berduka-cita terhadap dunia, maka seolah-olah ia marah kepada-KU; kepada sesiapa yang merasa sakit atas sesuatu musibah, maka sesungguhnya ia telah menyakiti AKU; sesiapa menemui orang kaya lalu ia merendah diri di hadapannya kerana kekayaannya, maka sesungguhnya telah hilang dua pertiga agamanya; sesiapa yang memukul-mukul mukanya di hadapan orang mati, maka seolah olah ia telah mengambil tombak dan menghunjamkannya kepada-KU; sesiapa yang memecahkan dahan kayu di atas kuburan, maka seolah-olah ia telah menghancurkan pintu kaabah-KU dengan tangannya.

“Dan sesiapa tidak peduli daripada sumber mana makanan yang di makannya, maka ia tidak peduli dari pintu mana ALLAH memasukkannya ke dalam jahanam; dan sesiapa yang tidak bertambah agamanya (ilmu dan pengalaman), maka sebenarnya ia semakin berkurang; dan sesiapa yang terus-terus merosot dan berkurang, maka maut adalah lebih baik baginya. Sesiapa yang mengamalkan sesuatu yang diketahuinya, ALLAH akan memberikan kepadanya ilmu yang belum pernah di ketahuinya; dan sesiapa yang panjang angan-angannya, tidak ikhlas amalannya.” 


Hr Imam Al Ghazali

sumber bacaan : Imam Al Ghazali (Nasihat Dan Tuntutan) Hadith-hadith Qudsi

No comments:

Post a Comment