Saturday, 14 May 2011

Perempuan dan Seksa Neraka


Diriwayatkan Ali Karramallahu Wajhah berkata: “Aku masuk di dalam rumah Nabi SAW berserta Fatimah lalu mendapatkan beliau sedang menangis tersedu-sedu, kemudian aku  berkata: “ Tebusan paduka adalah ayahku dan ibuku, hai Rasullullah apa yang membuat paduka menangis?
 Beliau bersabda: “Hai Ali pada malam aku diangkat ke langit aku melihat kaum perempuan dari umatku disiksa di neraka dengan bermacam-macam siksa, lalu aku menangis kerana begitu berat siksaan mereka yang aku lihat. 

Aku melihat perempuan yang digantung dengan rambutnya serta mendidih otaknya. Dan aku melihat perempuan yang digantungkan lidahnya sedangkan air panas dituangkan pada tenggoroknya.
 Dan aku melihat perempuan yang benar-benar diikat kedua kakinya sampai kedua payudaranya dan diikat kedua tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan ALLAH mengarahkan ular dan kala jengking untuk menyengatnya.
Dan aku melihat seorang perempuan berkepala babi dan berbadan himar dan ia ditimpakan sejuta siksaan.
Dan aku melihat seorang perempuan berbentuk anjing dan api itu masuk ke dalam mulutnya dan keluar dari duburnya dan malaikat memukul kepalanya dengan palu-palu besar dari neraka”.

Lalu Fatimah Az-Zahro r.a, berdiri dan berkata: Wahai kekasihku  dan kasih mataku perbuatan apa yang dilakukan oleh mereka sehingga mereka di timpa siksa ini?


Maka Nabi  SAW bersabda: “ Wahai anakku adapun perempuan yang digantung dengan rambutnya kerana ia tidak menutupi rambutnya dari pandangan kaum lelaki (yang lain).

Adapun perempuan yang digantung dengan lidahnya kerana ia telah menyakiti suaminya.

Adapun perempuan yang digantung dengan kedua payudaranya kerana telah mempersilakan (orang lain) untuk menginjak tempat tidur suaminya.

Adapun perempuan yang diikat kedua kakinya sampai kedua payudaranya dan diikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan ALLAH mengarahkan ular-ular dan kalajengking untuk  menggigitnya dan  menyengatnya kerana ia tidak mandi dari jenabah dan haid dan ia mentertawakan shalat (meninggalkan shalat).

Adapun perempuan berkepala babi dan berbadan himar kerana ia ahli pengadu domba dan pembohong.

Adapun perempuan berbentuk anjing dan api masuk kedalam mulut dan keluar dari duburnya, kerana ia ahli pengungkap lagi penghasud.

Wahai anakku celaka bagi perempuan yang tidak berbakti kepada suaminya.

Sumber rujukan:  “Panduan Hidup Untuk Suami Isteri Yang Sholeh” m/s 26-27 , terj. Ustaz Muqoffin Muhtari, disusun oleh Abd. Wahab Saleh

·         Pentingnya perempuan mentaati suaminya apabila sudah berkahwin seperti taatnya anak kepada ayahnya,dan  isteri wajib taat kepada suaminya . Dan pentingnya seseorang perempuan menjaga lidah dan perlakuannya juga menjaga auratnya untuk mengelakkan seksaan neraka. NAUZUBILLAH..

No comments:

Post a Comment