Di riwayatkan pada masa sebelum kemangkatan Nabi Muhammad s.a.w, Nabi ada mengkhabarkan kepada sahabatnya sayidina Ali r.a dan Sayidina Umar r.a tentang akan munculnya seorang hamba yang terkena penyakit sopak (seluruh tubuhnya menjadi putih) kerana makbul doanya maka penyakit itu sembuh dan ALLAH telah meninggalkan penyakit itu sebesar dirham sahaja, ALLAH telah meninggalkan tanda itu agar hamba-Nya itu sentiasa teringat akan nikmat yang telah diberikan pada hamba-NYA itu dan bersyukur kepada-NYa.
Nabi juga menceritakan tentang sifat-sifat orang itu, matanya selalu dipandang kearah tempat sujudnya dan sering menangisi dirinya, dia tidak terkenal di bumi tetapi amat terkenal dilangit. Tanda sopak sebesar dirham itu terletak di bawah bahunya yang sebelah kiri. Nabi juga menceritakan bahawa pada hari kiamat semua orang beriman disuruh masuk kesyurga tetapi hamba ALLAH yang ini akan ditahan sejenak, kerana ALLAH telah memberikan kebebasan kepadanya untuk memberikan syafaat.
Nabi telah memerintah kepada sayidina Ali dan sayidina Umar untuk pergi menemui orang itu dan meminta agar hamba ALLAH itu memohon keampunan untuk diri mereka berdua.. diriwayatkan sejak hari itu Sayidina Ali r.a dan Sayidina Umar r.a telah berusaha mencari dalam tempoh masa yang lama.. tetapi gagal sehinggalah zaman Sayidina Umar r.a menjadi khalifah, Sayidina Umar r.a bersama Sayidina Ali r.a telah mendatangi sebuah kampung.
Sayidina Umar menyeru penduduknya..
Sayidina Umar menyeru penduduknya..
“Wahai ahli desa ! adakah diantara kamu yang bernama … (lalu menyebut nama hamba ALLAH itu)”
Dan seorang penduduk kampung itu menjawab
“ Kami tidak kenal orang itu selain saudara laki-laki sendiri iaitu seorang yang tidak terkenal dan terlalu rendah untuk diperkenalkan kepada engkau wahai Amirul Mu’minin dia sedang mengembala unta-unta kami disana”.
Sayidina Umar meminta agar menunjukkan tempat hamba ALLAH itu dan ketika sampai ke tempat tersebut hamba ALLAh itu sedang mendirikan sembahyang, selesai sembahyang Sayidina Umar dan Sayidina Ali bertanya..
“siapakah engkau?
Hamba ALLAH itu menjawab
“saya adalah pengembala kambing yang menerima upah”
“kami tidak menanyakan tentang itu, tetapi menanyakan siapakah nama engkau?
Hamba ALLAH itu menjawab
“ saya adalah Abdullah ( yang bermaksud hamba ALLAH)”
Jawab sayidina Umar r.a dan Sayidina Ali r.a
“ ya kita semua adalah Abdullah ( hamba ALLAH) yang kami tanyakan ini adalah siapakah nama yang telah diberikan oleh kedua ibu bapa engkau pada engkau”.
Setelah itu barulah hamba ALLAH itu menyatakan namanya, Sayidina Ali r.a dan Sayidina Umar r.a pun meminta hamba ALLAH itu menunjukkan jika ada tanda putih sebesar dirham di bawah bahu kirinya dan ternyata tanda itu benar ada seperti yang telah diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan tercapailah hasrat mereka sesuai dengan perintah Nabi kepada keduanya.
Sumber rujukan; “Sejarah Terbesar Rasul Ulul Azmi Terbesar Nabi Muhammad s.a.w” oleh Tarikuddin bin Haji Hassan
*Yang mana satu lebih membanggakan? Dikenali di seluruh pelusuk dunia atau pun tak terkenal di dunia tapi terkenal di langit?.. kenikmatan dunia hanya sementara akhirat juga yang kekal abadi.. alangkah bertuahnya hamba ALLAH ini..
.
No comments:
Post a Comment