Saturday, 21 May 2011

Dusta Orang Kaya, Ulama, Syahid

Hadis Muslim, daripada Abu Hurairah ra, katanya Nabi Bersabda:

Sesungguhnya diantara manusia yang mula-mula di bicarakan dan di hukum pada hari kiamat adalah pertama orang yang gugur syahid. Dia dibawa menghadap, maka ALLAH menyatakan kepadanya satu persatu nikmat-NYA, lalu dia pun mengakui menerimanya.

ALLAH SWT bertanya kepadanya, " maka apa engkau telah lakukan pada nikmat-nikmat itu?"

Dia menjawab, " aku berperang kerana mematuhi perintah-MU sehingga aku gugur syahid".

ALLAH berfirman,"engkau berdusta, akan tetapi engkau berperang supaya orang mengatakan engkau berani, dan telah pun dikatakan demikian". Kemudian dia di hukum lalu diseret dengan tertiarap sehingga dihumbankan ke dalam api neraka.

Kedua, orang yang belajar ilmu dan mengajarnya serta membaca Quran. Dia dibawa menghadap, maka ALLAH menyatakan kepadanya nikmat-nikmat-NYA satu persatu, lalu dia mengakui menerimanya.

ALLAH SWT bertanya, "maka apa engkau telah lakukan kepada nikmat-nikmat itu?"

Dia menjawab, "aku belajar ilmu dan mengajarnya serta membaca Quran kerana mengharapkan keredhaan MU."

ALLAH berfirman , engkau berdusta. Akan tetapi engkau mempelajari ilmu supaya orang menyatakan engkau alim, dan engkau membaca Quran supaya orang mengatakan si anu seorang qari, dan telah pun dikatakan demikian." kemudian dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap sehingga dihumban ke dalam neraka.

Ketiga, orang yang telah dimewahkan oleh ALLAH hidupnya serta diberi-NYA sebahagian dari segala jenis harta benda kekayaan. Dia dibawa menghadap, maka ALLAH menyatakan nikmat-nikmatnya satu persatu, lalu dia mengakui menerimanya.

ALLAH SWT bertanya , "maka apa engkau telah lakukan pada nikmat-nikmat itu?"

Dia menjawab, "aku tidak tinggalkan satu pun jalan yang Engkau suka dibelanjakan kekayaaan padanya melainkan aku belanjakan padanya kerana mengharapkan keredhaan MU"

ALLAH Taala berfirman, "engkau berdusta. akan tetapi engkau belanjakan harta kekayaan mu supaya orang mengatakan si anu itu seorang dermawan, dan telah pun dikatakan demikian" kemudian dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap dan akhirnya dihumban kedalam neraka.


sumber: Mustika Hadis Rasulullah


* Amalan sebesar lautan tak akan bermakna jika ianya dilakukan tanpa keikhlasan jika dibandingkan dengan amalan yang sekecil butiran pasir yang dilakukan dengan penuh keikhlasan demi mencari redha-NYA... jelaslah di sini bahawa, Keikhlasan adalah nilai yang terpenting dalam melakukan amal.. agar di terima oleh-NYA..

No comments:

Post a Comment