Showing posts with label Cerita ku. Show all posts
Showing posts with label Cerita ku. Show all posts

Sunday, 15 April 2012

Hadirnya Satu Perasaan

Diri menjangka dia akan kuat..
Diri juga menjangka menepis itu mudah..

Hingga satu saat hadir perasaan menduga..
"ah ini semua sementara saja..." teka diri..
tapi sayangnya... ia salah... malah berterusan
dan semakin mendalam...

Diri terlalu ego untuk mengakuinya..
Tapi hati tak kan pernah menipu...
Diri merasainya... tetapi luaran tetap selamba..
Bukan diri terlalu menjual mahal..
Tetapi diri tahu ianya sesuatu yang mungkin ... tetapi berisiko...
Kerana itu diri.. terus selamba..

Mungkin juga ini ujian..
Menduga kepentingan diri..

Diri selalu ingat akan karma..
'Jangan lakukan perkara yang kamu tidak mahu orang lain lakukan pada kamu'


Perasaan yang hadir... tidak semestinya perlu diluahkan..
Kalau memang takdir diri..
Maka diri berserah dan bertawakkal pada Yang Maha Menentukan..
Dia lah Yang Lebih mengetahui

Apa yang tersirat dari semua ini..  


** Apa yang bakal berlaku esok adalah sesuatu yang belum dapat dipastikan..

Sunday, 8 April 2012

Wah sombongnya diri!

Ah hinanya mereka!
Buruknya perlakuan mereka!
Mereka tak ada otak ke?
Mereka telah sesat!

WAH sombongnya diri!

Sucikah diri?
Kenapa mereka jadi begitu...? Terfikirkah diri?
Jika diri berada di tempat mereka ... bagaimana pula jadinya?
Tahukah atau nampakkah diri apa yang tersembunyi dihati mereka?

Su ka.. suka... diri menghambur hinaan dan celaan..
tanpa tersedar diri sendiri sedang membuka jalan ke lembah hinaan..
riak... itu menghancur... sombong dan angkuh itu membinasa...

AWAS!! 

Wahai diri .. rendahkan suara mu rendahkan diri mu.. 
mereka dan kamu sama sahaja tiada perbezaannya...
keduanya sedang diuji...
apa yang membezakan antara mereka dan kamu hanyalah jenis ujian yang diberi..

dan belum tentu kamu dapat menghadapi ujian itu jika kamu berada ditempat mereka.




** Sedarlah wahai diri sedarlah wahai hati... setiap yang tersurat pasti ada yang tersirat.. Ya ALLAH segala puji hanyalah untuk Mu.. lindungi hamba-hamba Mu yang lemah ini.. aamiinn..



Sunday, 19 February 2012

"Saya Tak ada Sekolah......"

“Macam ni lah kak kalau tak sekolah .. hehe”……. Tersentuh hati saya bila mendengar kata-kata ini yang keluar dari mulut seorang anak muda yang selalu menjadi penjual tetap barangan yang boleh dikitar semula di syarikat tempat saya bekerja.., terdetik di hati rasa simpati bercampur rasa kagum...keadaan ini membuatkan saya merasa bersyukur dengan apa yang saya miliki.

Anak-anak muda disekitar kawasan ini mencari pendapatan dengan mengumpul bahan buangan yang boleh dikitar semula di kawasan pelupusan sampah. Mungkin pada pandangan orang lain kerja mereka ini nampak kotor dan busuk, tetapi hakikatnya ianya adalah pencarian yang halal. Sekurang-kurangnya mereka tidak mencuri atau melakukan perkara-perkara yang tidak baik demi mendapatkan mata pencarian.
Pada pandangan saya sekolah bukanlah satu-satunya tempat mencari ilmu, sebenarnya dalam kehidupan harian juga ada ilmu yang boleh di dapatkan, dengan melihat dan mengamati keadaan sekeliling, pasti ada sesuatu yang boleh dijadikan pengajaran. 

Hidup ini diibaratkan seperti puzzle

Seperti kata orang yang cerdik pandai “usaha itulah tangga kejayaan” dan dengan bersekolah, dapatlah usaha itu dipermudahkan.. Kadang-kadang ada orang yang tak bersekolah tetapi lebih banyak yang mereka ketahui jika dibandingkan dengan orang yang bersekolah tinggi. Itu terjadi kerana mereka ini memperolehi ilmu pengetahuan secara amali berdasarkan pengalaman hidup sebenar yang mereka rasai sendiri, sedangkan mereka yang bersekolah tinggi itu hanya mempelajarinya secara teori sahaja.

Tetapi bukanlah maksud saya bahawa pendidikan itu tidak penting, tentu sekali ianya penting! lebih-lebih lagi dizaman IT ni, tetapi bukan semua orang yang berpeluang mendapatkan pendidikan dek kerana kekurangan hidup.

Kesimpulannya semua ini menyedarkan saya bahawa pendidikan yang tinggi itu tidak cukup untuk membuatkan saya merasa bijak, tetapi pengalaman itu juga penting, ianya banyak mengajar malah lebih membawa kesan pada diri seseorang. Dan, jangan sekali-kali memandang rendah pada mereka-mereka yang tidak berpeluang untuk menuntut ilmu di sekolah atau ke menara gading, kerana mereka juga adalah pelajar yang belajar melalui pengalaman hidup yang telah mereka lalui.

Dikala saya menghadapi ujian-ujian peperiksaan untuk lulus, mereka pula menghadapi ujian-ujian dan cabaran-cabaran hidup yang lebih hebat lagi demi untuk meneruskan hidup. ALLHAMDULILLAH.. segala puji hanya untuk ALLAH SWT yang telah memberikan nikmat-nikmat kehidupan pada hamba-hamba-NYA dalam pelbagai bentuk yang mungkin tidak kita sedari. *(^__^)