Wednesday, 15 June 2011

Suara Hati Ku

BISMILLAHIRAHMANNIRRAHIIM...

Kalau DULU aku sentiasa suka memikirkan apa yang bakal terjadi di masa hadapan.. NATIJAHNYA aku sentiasa berasa cemas, takut kalau-kalau nanti di masa hadapan aku tersungkur jatuh tak bangun kembali.. takut-takut kalau tak dapat apa yang dihajati.. TAKUT INI.. TAKUT ITU.. dan demi menghilangkan rasa takut itu.. aku pun cuba mengangankan kebaikan dan kesempurnaan... tanpa aku sedari ini sebenarnya tidak mendatangkan kebaikan, yang menyebabkan MASA yang ada terbuang begitu sahaja kerana banyak berangan-angan.

Syukur ALLHAMDULILLAH.. atas pengalaman yang ditempuh ranjau dan duri yang dihadapi sedikit sebanyak mengajar diri pada hakikat kehidupan. Ditambah pula dengan ratusan ragam orang-orang yang telah ku temui, ada yang POSITIF, ada yang NEGATIF, dan ada pula yang amat MEMOTIVASIKAN diri.. Dikuatkan lagi dengan pencarian ILMU secara semuka ataupun melalui medium-medium pembacaan. Diriku pun beransur tenang dan lebih bersemangat menjalani hari-hari..

KINI ku sedar apa yang terjadi hari ini tidak akan menjanjikan hari esok.. hari ini adalah hari ini! Dan hari esok masih tidak diketahui lagi! Dan hari kelmarin adalah sejarah yang patut di jadikan TELADAN! Kini ku tahu hayat hidup itu adalah sesuatu yang tidak boleh di AGAK-AGAK atau di RAMAL.. sedang yang sihat wal'afiat ataupun yang sakit tenat.. yang masih muda atau pun yang sudah tua.. bila dah sampai masa akan mati juga.. hidup BUKAN bergantung pada cara pemakanan, budaya kehidupan atau pun ubat-ubatan. Tapi bergantung pada ketentuan ALLAH SWT.

Kalaulah ubat-ubatan, cara pemakanan atau budaya kehidupan yang diamalkan itu mempengaruhi jangka hayat seseorang itu kenapa masih ada yang SIHAT badannya boleh mati secara tiba-tiba? Kenapa ada orang yang menderita penyakit kronik bertahun-tahun sehingga ada yang sampai LUMPUH seluruh badan tapi masih hidup juga? Bila ada yang mengatakan... "Dia bergantung hidup pada ubat-ubatan".. BUKAN! Sebenarnya itu kerana umurnya sudah di TAKDIRkan panjang! Cara pemakanan, budaya kehidupan dan ubat-ubatan itu cuma sesuatu usaha kita dalam memutuskan bagaimana KONDISI kesihatan tubuh badan kita semasa hidup.. ke..cualilah jika sudah ditakdirkan semasa hidup kita akan menghidapi penyakit sebagai AZAB ataupun UJIAN pada kita.. HANYA ALLAH SWT YANG LEBIH MENGETAHUINYA..

Teringat akan kata-kata yang pernah ku baca dalam sebuah buku yang berbunyi "HARI INI ADALAH UNTUK MU".. membuatkan aku terfikir betapa bergunanya ayat penulis ini.. hari ini adalah untuk ku dan hari ini tidak boleh di sia-siakan, hari ini patut dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah, menambah AMAL menambah IBADAH, melakukan kerja dengan KESUNGGUHAN dan AMANAH, menghindar diri dari tergugur pahala dan tertambah dosa.. kerana hari esok belum tentu lagi untukku.. kalau tidak pun cuba guna ayat ini.. "KALAU ESOK DITAKDIRKAN AKU MATI?".. kalau esok aku mati.. hari ini aku mesti bertungkus lumus berbuat kebaikan, memaafkan orang lain, menghindarkan diri dari keburukan, bertaubat dan memohon KEAMPUNAN.. kerana esok belum tentu aku masih hidup..

FIKIRKAN! bila kita sentiasa mengatakan kata-kata ini pada diri setiap hari.. sudah tentu hari ini tiada masa untuk kita bersedih dengan perkara yang telah berlaku kelmarin.. tiada masa untuk memikirkan atau mengagak yang bakal berlaku esok.. kerana apa yang kita ketahui apa yang terbaik boleh kita lakukan adalah pada HARI INI, dan yang ada cuma harapan, apa yang kita lakukan hari ini adalah harapan untuk sesuatu yang terbaik untuk hari esok yang mungkin ADA atau mungkin TIDAK ADA.. dan jika hari esok itu tidak ada, maka harapan itu masih boleh dibawa bersama ke alam yang satu lagi (BARZAKH) dan seterusnya ke hari pengadilan yang membawa kepada penghidupan yang abadi (AKHIRAT).

APA MAKSUDNYA? maksudnya.. lakukan sesuatu pada hari ini, aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan kita beroleh PAHALA yang tidak menjurus hanya untuk kepuasan duniawi semata tetapi juga UKHRAWI.. pahala amalan-amalan yang baik dan ibadah yang sempurna itulah harapan yang boleh dibawa bersama-sama.. Namun kepuasan, keseronokan dan kenikmatan dunia itu akan tetap di dunia tidak akan boleh dibawa bersama-sama,...O..leh itu mana satu yang lebih PENTING disini?.. MENGHAIRANKAN.. soalan ini kerap kali ditanya .. dan sebagai seorang MUSLIM pasti tahu jawapannya... tetapi kenapa masih MENANGGUH?..



Bila seseorang berkata.."aku belum bersedia untuk berubah.." jadi BILA??? Kalau hari ini saja untuk mu MACAM MANA?.. KAlau esok adalah kematian mu BAGAIMANA?.. adakah lagi masa untuk kau berubah...? SEMPATKAH membersihkan dosa yang lebih BANYAK dari pahala? Lumrahnya seseorang manusia itu sangat LEMAH dan TIDAK SEMPURNA yang sentiasa yang akan sentiasa melakukan dosa, terutamanya dosa-dosa kecil yang sebenarnya lebih MERBAHAYA dari dosa-dosa besar. KENAPA? Kerana dosa-dosa kecil ini sering kita lakukan DILUAR kesedaran , dan tanpa kita sedari dosa-dosa itu sudah terkumpul bertimbun-timbun dalam AKAUN hidup kita... sementara dosa-dosa besar mudah untuk kita kenal pasti dan boleh BERTAUBAT memohon keampunan.. sebab itu kita digalakkan BERDOA memohon keampunan di setiap SOLAT, memohon keampunan dari dosa-dosa kecil dan besar yang kita sedari atau tidak.. dan memohon PETUNJUK dan dibersihkan hati.

Secara normalnya perubahan itu tidak boleh dilakukan secara mendadak dan singkat.. perubahan memerlukan MASA dan KEAZAMAN....sedikit demi sedikit.. agar berkesan, perubahan yang dilakukan secara mendadak mungkin akan membawa keburukan... CON...TOHNYA!... Sebuah rumah papan yang badannya di ubah menjadi batu sedangkan tiangnya masih kayu... maka akan PATAHLAH tiangnya yang tidak dapat menanggung berat rumah tersebut.. se...baiknya harus diubah dari tiang ke tiang dulu menjadi tiang batu barulah badan rumah itu pula ditukar batu.. barulah KUKUH dan tidak membawa musibah. Begitulah juga manusia yang harus melakukan perubahan dari yang ASAS hingga yang lebih TINGGI.. barulah benar-benar berkesan pada diri.. (Tapi ini cuma pendapat ku yang mungkin masih punya KELEMAHAN.. semoga ALLAH memberiku petunjuk.. Aamiin..)

Oleh itu kenapa menangguh lagi.. MULALAH dari hari ini.. bak kata pepatah.. " SEDIKIT-SEDIKT LAMA-LAMA JADI BUKIT!".. Jangan takut menghadapi perubahan.. Kita mungkin akan TERKEJUT bila mengetahui ada perkara-perkara KEBIASAAN yang kita lakukan adalah penambah dosa pada diri.. dan ada perkara-perkara mudah yang tidak kita hiraukan boleh menambah pula pahala pada diri.. ( inilah yang terjadi pada diriku!).. CEPAT!.. CEPAT!..CEPAAT!! Jangan tangguh lagi!.. Kita mesti ambil TAHU semua itu! kenapa mesti takut? Ini adalah untuk KEBAIKAN jadi apa pula kaitannya dengan perasaan takut?? MULAKAN hari ini!! Tak perlu dikenang yang kelmarin, dan tak perlu tunggu hari esok sebab mungkin kita HANYA ADA HARI INI!

Aku dan kamu adalah SAMA.. hanya manusia biasa yang LEMAH dan BERDOSA.. tetapi.. USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN! Jadi sama-samalah kita berusaha menjadi seorang MUKMIN yang SEJATI mencari redha ILAHI dalam apa jua yang kita lakukan didunia ini.. (kita tak akan rugi apa-apa malah akan beruntung!). Dunia hanya sementara yang tidak menjanjikan apa-apa!.. USAH BERSEDIH JIKA SUSAH, DAN JANGAN PULA TERLALU GEMBIRA BILA SENANG!!... Kerana semua itu UJIAN semata!.. 

Nukilan ini adalah suara hati yang tersembunyi.. yang mungkin masih banyak KELEMAHANNYA.. sekadar untuk berkongsi sama-sama MEMOTIVASIKAN diri.. masih banyak kekurangan dalam diri ini yang perlu DIPERBAIKI.. semoga kita semua mendapat pengakhiran yang BAIK di dunia dan kemenangan yang ABADI di akhirat..."TEGURAN ITU MEMBINA, SEMENTARA PUJIAN ITU KADANG MEMBINASA!".

"Aku bersyukur Ya ALLAH atas hidayah MU, dan janganlah ENGKAU biarkan aku terpesong setelah mendapat petunjuk dari MU, teguhkan pendirian ku, kekalkan aku di jalan lurus MU" amiin..


No comments:

Post a Comment