Monday, 13 June 2011

Kisah Dua Sahabat baik dengan Raja yang Zalim

Kisah ini tentang dua orang sahabat baik yang hidup suatu masa dahulu di Syracuse bernama Phintias dan Damon. Mereka amat rapat dan mengasihi diantara satu sama lain.



Pada zaman itu, Syracuse di perintah oleh seorang raja yang zalim bernama Dionysius. Tiada siapa yang berani memperkatakan tentang raja ini kerana takut di hukum bunuh.

Al-kisah pada suatu hari Phintias telah di putuskan untuk di hukum pancung kerana di katakan telah memperkatakan tentang raja, tetapi dia berjaya meminta kebenaran untuk pergi ke sebuah perkampungan yang berdekatan untuk melawat keluarganya untuk kali yang terakhir, dengan syarat dia menggantikan dirinya dengan seseorang di dalam tahanan sementara ketiadaannya, Damon kawan baiknya telah bersetuju untuk menggantikan tempatnya di dalam penjara sementara Phintias pergi menemui keluarganya buat kali terakhir.

Selepas beberapa hari berlalu akhirnya sampailah ke hari penghukuman dijalankan, tempat penghukuman itu sudah dipenuhi oleh orang ramai, tetapi Phintias belum kembali lagi dari menemui keluarganya. Damon tidak merungut malah dengan tenang mengatakan yang dia rela untuk mengorbankan nyawanya untuk sahabat baiknya itu. Orang ramai yang hadir pada masa itu merasa amat terharu dan tersentuh melihat kasih Damon yang baik ini kepada sahabatnya.

Pada saat penghukum menghayun pedang untuk menjalankan hukuman, tiba-tiba kedengaran suara orang ramai berteriak "Itu dia Phintias!! Dia datang akhirnya!!" Phintias dengan keadaan tercungap-cungap kepenatan menyisip menembusi orang yang ramai itu. "Syukurlah saya belum terlambat", katanya dan meminta Damon turun dari tempat hukuman. Tetapi Damon enggan turun malah menegaskan dia mahu menggantikan nyawa sahabat baiknya itu dengan nyawanya. Semua orang yang hadir pada hari itu berasa amat terkejut termasuklah Dionysius. Orang ramai yang hadir pada hari itu mula meminta agar kemaafan diberikan pada Phintias dan oleh kerana tersentuh dengan sikap dua orang sahabat baik itu, Dionysius raja yang zalim itu memaafkan kesalahan Phintias dan hukuman itu pun dibatalkan.



*Ini lah kisah persahabatan yang sejati yang mampu 
melembutkan hati seorang raja yang zalim*

No comments:

Post a Comment