Saturday, 11 June 2011

Kisah Seorang Lelaki

Ini kisah seorang lelaki,
Yang cuba melawan kehendak ILAHI,
Sekiranya kisah ini mencermin kan diri,
Marilah bertaubat dan bersihkan dosa dari diri.

Di awal pagi hampir subuh,
Kematian datang mengetuk pintu,
"Siapakah kamu?" Tanya yang sedang tidur di dalam,
"Akulah Izrael, biarkan aku masuk ke dalam".


Serta merta lelaki itu mengeletar dan tergamam,
Serta merta badannya dibasahi peluh dan rasa seakan demam,
Lalu menjerit kepada isterinya yang sedang tidur disebelahnya,
"Jangan biarkan dia mengambil nyawa ku sesukanya!"

"Tolonglah pergi dari sini wahai malaikat kematian,
Aku belum bersedia lagi! Tinggalkan aku sendirian!
Keluarga ku masih bergantung pada ku lagi,
Berilah aku peluang tolonglah pergi!"

Malaikat terus mengetuk pintu,
"Hai manusia akan ku cabut roh mu,
Kerana roh mu itu yang ALLAH inginkan,
Dan kedatanganku bukan aku yang menginginkan".

Dalam ketakutan lelaki itu mula menangis sekuat hati,
"Wahai malaikat aku sangat takut mati,
Akan aku berikan kau emas dan aku sanggup jadi hamba mu,
Tapi janganlah kau hantar aku kedalam kubur yang gelap itu".

"Hai manusia biarkan aku masuk ke bilik mu,
Bukalah pintu bangunlah dari tidur mu,
Kalau kau tak benarkan aku masuk kedalam,
Akan aku masuk menembusi pintu seperti jin malam".

Lelaki itu mencapai pistol yang berpeluru,
Dan mengacukannya ke arah pintu,
"Aku akan acukan pistol ini dekat kepala mu nanti,
Kalau kau berani masuklah akan ku tembak kau mati".

Sekelip mata malaikat sudah berada dalam biliknya,
"Bersedialah untuk kematian mu wahai manusia,
Bodohkah kau? Mana mungkin peluru menyebabkan malaikat mati?
Letakkan senjatamu dan janganlah mengeluh lagi"

"kenapa kau takut? Beritahu pada ku,
Kenapa kau takut untuk menemui kematian yang sudah ditentukan untuk mu?
Marilah datang pada ku jangan melawan kata,
Bergembiralah untuk kembali pada-NYA"

'Wahai malaikat aku malu semalu-malunya,
Aku tak pernah meluangkan masa untuk menyebut nama ALLAH yang maha Pencipta,
Dari pagi hingga ke petang aku mencari kekayaan,
Sampai kesihatan ku pun ku tidak pedulikan"

"Perintah ALLAH tidak pernah kulakukan,
Solat lima waktu tidak pernah ku tunaikan,
Ramadhan datang Ramadhan pergi,
Tidak pernah aku menyesali diri".

"Aku  berkemampuan  untuk menunaikan Haji,
Tapi aku enggan berpisah dari wang ringgitku ini,
Semua amalan kebajikan aku tidak peduli,
Menerima rasuah lagi dan lagi"

"Kadang aku minum arak yang haram,
dengan wanita penggoda aku makan malam,
Wahai malaikat aku merayu padamu sekali lagi,
Berilah aku peluang setahun dua lagi"

"Ajaran al-Qur'an akan ku amalkan,
Solat lima waktu akan aku tunaikan,
Puasa dan haji akan aku lunaskan,
Sikap mementingkan diri akan aku hapuskan"

"Aku akan berhenti dari menerima rasuah dan penipuan,
Dan membelanjakan semua harta ku untuk kebajikan,
Meminum arak akan aku tinggalkan dan jauhi,
ALLAH yang satu akan aku dekati"

"Kami malaikat hanya akur pada perintah ALLAH,
Kami tidak akan pernah mengingkari perintah-NYA
Kematian sudah ditentukan untuk semua manusia,
Ayah, ibu, anak perempuan atau anak lelaki, tua maupun muda"

"Aku Khuatiri ini adalah hari terakhirmu,
Sampai masa untuk mengingatkan mu apa yang telah kau lakukan selama masa hidup mu,
Aku faham akan ketakutan mu,
Tapi kini sudah terlambat untuk air mata mu"

"Kau hidup di dunia untuk berjaya dan banyak lagi
Kejayaan dunia yang kamu cintai,
Ibu bapa kamu tak pernah taati,
Pengemis yang kelaparan kau tidak peduli"

"Dua anak perempuan mu yang sedang mekar,
Di kelab malam mereka menyanyi dan meliar,
Daripada menambahkan muslim,
Kau telah menambah yang bukan muslim"

"Kau tidak hiraukan seruan azan,
Kau tidak membaca dan memahami al-Qur'an,
Kau mengingkari janji sepanjang hidup mu,
Kau timbulkan konflik dan dari belakang kau tikam sahabatmu"

 "Dari barang haram kau mengaut banyak keuntungan,
Dan pekerja mu yang miskin kau tidak berikan upah yang berpatutan,
Permainan judi adalah hobi masa lapang mu,
Memburu wang adalah kegemaran mu"

"Kau makan dan menjadi semakin kegemukan,
Kau beli tanah yang baik untuk dipersiakan,
Apabila si petani merayu pada mu,
Kau tidak hiraukan! Ini semua adalah benar tentang mu!".

"Syurga untuk mu tak dapat ku pastikan,
Tapi yang pasti neraka itu akan dirimu ditempatkan,
Tiada masa lagi untuk kau menyesali diri,
akan ku cabut roh mu kerana sebab itu aku dihantar ke sini"

Pengakhiran cerita sangat menyedihkan,
Lelaki tersebut menjadi begitu marah tidak tertahan,
Dengan jeritan dia melompat dari peraduan,
Dan tiba-tiba terjatuh lalu mati dalam kepapaan.



"Walau dimana pun kamu berada, kematian akan mencari mu walaupun kamu berada dalam sebuah bangunan yang sangat kukuh dan tinggi!! al-Qur'an (4:78)

Nauzubillah minzalik!.. Ya ALLAH jauhkanlah kami dari menerima nasib sebegini... Amiin..

No comments:

Post a Comment