Tuesday, 13 December 2011

PENGHISABAN: Apa Jawapan Anda?


Firman ALLAH SWT yang bermaksud;
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semua itu akan ditanya (dipertanggungjawabkan)”
[Al-Isra : 36]

“Pada hari ketika lidah, tangan dan kaki menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan”
[An-Nur : 24]

“Pada hari ini kami tutup mulut mereka dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan”
[Yassin :65]

Dan.. seandainya tarikh kematian kita adalah ESOK atau LUSA.. dimana tiada lagi kesempatan untuk beramal dan beribadah bagi mengumpulkan pahala, di hari penghisaban kelak apakah kemungkinan yang akan menjadi jawapan para anggota badan kita bila ia ditanya...?

Cuba tanya diri kita.. setakat ini, 
 
Apakah yang paling banyak telah kita dengar?
Apakah yang paling banyak telah kita pandang / lihat / tonton?
Apakah yang paling banyak tersimpan didalam hati kita?
Apakah yang paling banyak telah kita perkatakan / ucapkan / baca?
Apakah yang paling banyak telah kita kerjakan / usahakan / berikan / terima?
Dimanakah tempat yang paling kerap telah kita tuju / hadir/ ?

Jawapannya ada pada diri kita sendiri..

 Fikir-fikirkanlah, dan pertimbangkan kerana ALLAH SWT tidak akan memungkiri janji-Nya, Dia Maha Mengawasi (Ar-Raqib) dan Maha Waspada (Al-Khabir), pada masa itu tiada lagi yang tersembunyi walau sekecil kuman pun, semuanya akan terbongkar dan tiada lagi tipu daya kerana diri kita sendiri tidak akan mampu bersuara untuk membela diri.. dan ALLAH SWT juga Maha Menghukum (Al-Hakam).. oleh itu fikir-fikirkanlah.. sanggupkah kita menghadapi hukuman yang tidak tergambar oleh fikiran kita tahap keperitannya.. Na’uzubillah.






“Astaghfirullahhaladzhim allazi laa ilaaha illa huwal hayyul qayyuumu wa atuubu ilaih”
(aku memohon ampun kepada ALLAH Yang Maha Agung, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia yang hidup dan berdiri sendiri, dan aku bertaubat kepada Nya)
Amiin..amiin.. amiin ya rabbal alamiin..

*pesanan untuk diri ku jua..


Sunday, 11 December 2011

Anugerah yang DISALAHERTIKAN


Ada orang yang bila dilanda KESUKARAN dia akan berasa TIDAK BERUNTUNG, bila dilanda KESEDIHAN dia merasakan MALANG, dan bila dilanda KEKECEWAAN, dia merasakan TIADA KEADILAN.

Walhal..
ALLAH telah menganugerahkannya sesuatu KELEBIHAN..
ALLAH anugerahkan KESUSAHAN untuk MENGURANGKAN DOSAnya.
ALLAH anugerahkannya KESEDIHAN agar dia menjadi lebih TABAH.
ALLAH anugerahkannya KEKECEWAAN agar dia dapat menilai antara KEIHKLASAN dan KEPENTINGAN.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud;
“..kamu mengkehendaki harta benda duniawi, sedangkan ALLAH mengkehendaki (pahala) akhirat (untuk mu) ALLAH Maha Perkasa Maha Bijaksana” [Al – Anfal : 67]

Dan..
Ada orang yang bila SENANG dia menjangka dialah yang PALING BERTUAH, dan bila dia punya BANYAK PEMILIKAN, dia merasa dialah yang PALING BERKUASA.

Walhal..
ALLAH sedang menganugerahkannya suatu UJIAN
ALLAH anugerahkan KESENANGAN padanya untuk melihat sama ada dia akan BERSYUKUR dengan-Nya
ALLAH menganugerahkannya PEMILIKANdan KEKUASAAN untuk melihat sama ada dia menjalankan TANGGUNGJAWABnya dengan kekuasaan itu
Hakikatnya.. KESUSAHAN itu BUKAN sesuatu yang MALANG semata, TETAPI datang bersama KELEBIHAN dan KESENANGAN itu bukan sesuatu KEBERUNTUNGANsemata, TETAPI datang bersertakan TANGGUNGJAWAB yang besar, bagi orang-orang yang MEMIKIRKANNYA.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud;
“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”. [Al – Baqarah : 216)

Oleh itu usah terlalu SEDIH bila ditimpa KESUKARAN, dan usah pula terlalu GEMBIRA bila mendapat KEBERUNTUNGAN kerana keduanya datang bersama HIKMAH-HIKMAH yang tersembunyi.