“Macam ni lah kak kalau tak sekolah .. hehe”……. Tersentuh hati saya bila mendengar kata-kata ini yang keluar dari mulut seorang anak muda yang selalu menjadi penjual tetap barangan yang boleh dikitar semula di syarikat tempat saya bekerja.., terdetik di hati rasa simpati bercampur rasa kagum...keadaan ini membuatkan saya merasa bersyukur dengan apa yang saya miliki.
Anak-anak muda disekitar kawasan ini mencari pendapatan dengan mengumpul bahan buangan yang boleh dikitar semula di kawasan pelupusan sampah. Mungkin pada pandangan orang lain kerja mereka ini nampak kotor dan busuk, tetapi hakikatnya ianya adalah pencarian yang halal. Sekurang-kurangnya mereka tidak mencuri atau melakukan perkara-perkara yang tidak baik demi mendapatkan mata pencarian.
Pada pandangan saya sekolah bukanlah satu-satunya tempat mencari ilmu, sebenarnya dalam kehidupan harian juga ada ilmu yang boleh di dapatkan, dengan melihat dan mengamati keadaan sekeliling, pasti ada sesuatu yang boleh dijadikan pengajaran.
Hidup ini diibaratkan seperti puzzle |
Seperti kata orang yang cerdik pandai “usaha itulah tangga kejayaan” dan dengan bersekolah, dapatlah usaha itu dipermudahkan.. Kadang-kadang ada orang yang tak bersekolah tetapi lebih banyak yang mereka ketahui jika dibandingkan dengan orang yang bersekolah tinggi. Itu terjadi kerana mereka ini memperolehi ilmu pengetahuan secara amali berdasarkan pengalaman hidup sebenar yang mereka rasai sendiri, sedangkan mereka yang bersekolah tinggi itu hanya mempelajarinya secara teori sahaja.
Tetapi bukanlah maksud saya bahawa pendidikan itu tidak penting, tentu sekali ianya penting! lebih-lebih lagi dizaman IT ni, tetapi bukan semua orang yang berpeluang mendapatkan pendidikan dek kerana kekurangan hidup.
Kesimpulannya semua ini menyedarkan saya bahawa pendidikan yang tinggi itu tidak cukup untuk membuatkan saya merasa bijak, tetapi pengalaman itu juga penting, ianya banyak mengajar malah lebih membawa kesan pada diri seseorang. Dan, jangan sekali-kali memandang rendah pada mereka-mereka yang tidak berpeluang untuk menuntut ilmu di sekolah atau ke menara gading, kerana mereka juga adalah pelajar yang belajar melalui pengalaman hidup yang telah mereka lalui.
Dikala saya menghadapi ujian-ujian peperiksaan untuk lulus, mereka pula menghadapi ujian-ujian dan cabaran-cabaran hidup yang lebih hebat lagi demi untuk meneruskan hidup. ALLHAMDULILLAH.. segala puji hanya untuk ALLAH SWT yang telah memberikan nikmat-nikmat kehidupan pada hamba-hamba-NYA dalam pelbagai bentuk yang mungkin tidak kita sedari. *(^__^)
No comments:
Post a Comment