Kajian Shope pada lalat rumah telah menemukan sejenis virus bacteriophage yang boleh membunuh kuman-kuman yang menyebabkan penyakit cirit-birit dan demam kepialu.
M.A Stewart pula mendapati lalat yang berbentuk larva, ketika dicelup ke dalam luka-luka akan mengeluarkan bahan amonia dan kalsium karbornat yang menjadikan luka itu alkali, keadaan ini menunjukkan larva itu berfungsi membunuh kuman-kuman penyakit disamping meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel.
S.W Simmons mendapati lendir yang dikeluarkan oleh larva juga mampu membunuh kuman-kuman berbahaya.
W.Robbinson dalam buku karangan Edward Steinhaus bertajuk Insect Immunology, menulis penemuannya tentang larva juga mengeluarkan allantoin iaitu bahan protien yang membantu pertumbuhan sel-sel.
Selain dari penemuan-penemuan diatas banyak lagi penemuan-penemuan saintis lain seperti Earnestein, Roleos dan beberapa saintis lagi dan membuktikan bahawa pelbagai penyakit daripada lalat hanya terletak pada kakinya. manakala tubuhnya mengandungi mikkroorganisma yang boleh membunuh kuman-kuman yang hanya akan keluar bila disentuh dengan benda cair.
Caranya adalah dengan merendam lalat tersebut didalam air, apabila direndam ia akan memberi tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikkroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercik keluar.
Penemuan ini sebenarnya bukan suatu penemuan yang baru. Penemuan ini telah diceritakan kepada umat Islam ribuan tahun yang lalu ini dapat dibuktikab melalui hadis Rasulullah saw.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: " Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang diantara kamu, maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat" (HR Al Bukhari)
No comments:
Post a Comment