KAKAK : Adik, bayangkan adik berada di rumah orang lain dan makan di rumahnya.
ADIK : Kenapa pula?
KAKAK : Jangan tanya dulu.. buat saja apa kakak suruh..
(Si adik yang masih keliru menurut )
KAKAK : Selepas makan, adik pasti akan mencuci pinggan
yang adik gunakan kan?
ADIK : Iya sudah tentu..
KAKAK : Okay, kalau masa adik nak cuci tu adik nampak ada banyak
pinggan-pinggan yang lain di dalam sinki apa adik akan buat?
ADIK : Saya akan tolonglah cuci sekali semua pinggan tu.
(jawab adiknya dengan yakin)
KAKAK : Okay, tapi kalau di rumah kita keadaan yang sama berlaku?
Macam mana?
ADIK : Adiknya terdiam dan tersengih.
(si kakak tahu adiknya sudah mula sedar apa yang cuba mahu di sampaikan olehnya)
KAKAK : Akak tahu mesti adik cuci pinggan adik saja kan? Tapi kenapa?
(si adik cuma diam membisu, kerana apa yang kakaknya katakan itu benar)
KAKAK : Biar akak teka,Cuma ada dua kemungkinan kenapa adik tolong
cuci pinggan bila dekat rumah orang tapi tidak bila dirumah.
Sebab pertama , adik rasa terhutang budi, sebab orang tu dah
bagi adik makan jadi kenalah balas budi.. Kedua, adik tak
nak orang tu cakap adik malas, dalam erti kata lain adik nak
kena puji.. betul tak ? Jadi mana satu alasan adik?
ADIK : Sebab yang pertama …. (sambil tertunduk-tunduk )
KAKAK : Kalau atas alasan nak balas budi adik buat macam tu.. memang
baik.. tapi.. adik sedar tak siapa yang lebih berbudi banyak
pada adik? keluarga sendiri ke.. atau pun.. orang lain?
ADIK : Mmm.. (diam)
KAKAK : Bila adik sakit siapa yang akan jaga adik? Keluarga kan?
Makan minum adik, perbelanjaan adik siapa yang urus ? Ahli
keluarga juga kan? Kalau adik minta dekat orang lain belum
tentu dapat lagi.. ini pun belum sebut semua.. betul tak..?
Kalau adik berniat nak balas budi orang lain.. kenapa tidak
dengan keluarga sendiri..? Adik faham tak..?
(Adiknya hanya mengangguk-angguk faham)
KAKAK : Dan.. kalau adik guna alasan yang kedua pula.. memang tak
baik.. sebab itu tandanya adik tak ikhlas dalam melakukan
sesuatu.. jadi.. sia-sia sajalah, sebab.. adik Cuma dapat
pujian yang bersifat sementara adik tak dapat pahala yang
bersifat kekal.. adik faham tak?
(Adiknya mengangguk lagi)
KAKAK : Jadi apa kesimpulannya?
ADIK : Buat kerja mesti ikhlas dan mesti tahu akan tanggungjawab
sendiri terutamanya pada keluarga sendiri.
KAKAK : Bagus! Bijak adik kakak ni… (diikuti dengan senyuman )
*Kadang-kadang tanpa sedar kita lebih mementingkan orang lain dari keluarga kita sendiri, walhal keluargalah yang patut diutamakan terlebih dahulu, walau seburuk mana pun ahli keluarga kita, mereka tetap dari darah daging kita sendiri dan mereka jugalah yang akan sanggup bersusah dan senang bersama kita.. (^__^)*
No comments:
Post a Comment