Rasulullah s.a.w bersabda; “ Sesungguhnya orang yang paling hampir kedudukannya kepada-ku ialah orang yang paling baik budi pekertinya, iaitu mereka yang bersikap merendah diri dan senang bermesra dan di mesrai.”
Hadits ini jelas menerangkan Rasulullah s.a.w menilai seseorang itu melalui akhlak dan budi pekerti , bukan pada kedudukan atau pangkat seseorang.
Orang yang berakhlak dan baik budi pekertinya adalah orang yang bersikap merendah diri, peramah dan baik hati, tidak suka menyombong diri atau angkuh dan menghormati orang lain walau pun kedudukannya lebih tinggi dari orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda;
“ ketua bagi sesuatu kaum itu sebenarnya adalah hamba bagi kaum itu”
(Diriwayatkan oleh Al-Khatib daripada Ibn Abbas)
Jelas disini kita dapat fahami, kedudukan sebagai seorang ketua itu bukan untuk dibangga-banggakan atau menyombongkan diri dengannya, tetapi memberi tanggungjawab yang besar atas orang-orang yang berada dibawah pimpinannya.
**Maka bermanislah muka dan bertuturlah dengan tuturan yang baik-baik dan lembut dengan orang lain, hindarkan dari bercakap kasar dan mencaci, kerana ianya akan membawa tanggapan negatif pada diri kita sendiri.
No comments:
Post a Comment