Wednesday, 20 April 2011

Pesanan untuk Diri ku

Wahai diri..
Andai ditakdirkan kau berterusan hidup susah di dunia ini, janganlah kau bersedih hati kerana kehidupan dunia ini hanya sementara saja. teruskanlah usaha mu, dan teruslah bersyukur dengan apa yang ada walaupun sedikit, jangan sesekali berputus asa dengan rahmat ALLAH swt..

Wahai diri..
Andai di takdirkan kau mendapat harta kekayaan yang melimpah ruah, janganlah lupa asal usul mu.. ingatlah harta dan kekayaan yang banyak itu datang bersama tanggungjawab yang besar yang perlu kau pikul.. ingatlah si fakir miskin .. ingatlah si anak yatim.. jangan sesekali kau bongkak dan sombong.. dan jangan pula kau memasang angan-angan yang panjang.. bersyukurlah pada ALLAH berinfak lah ke jalan-NYA.

Wahai diri..
Andai ditakdirkan kau hidup bersendiri di dunia ini, yakinlah pada janji ALLAH di dunia tiada, di syurga menanti.. teruslah menjaga maruah mu teruslah berusaha memperbaiki dirimu agar di senangi dan di sayangi ALLAH, bergantung harap lah hanya pada-NYA, yakin lah pada firman-NYA yang tertulis dalam Al-Qur'an ..sesungguhnya orang yang baik itu adalah untuk orang yang baik juga.. oleh itu jadilah yang terbaik pada pandangan ALLAH.

Wahai diri..
Andainya kau ditakdirkan mendapat pasangan hidup di dunia.. Taatlah padanya kerana ALLAH, sayangi dan cintailah dia kerana ALLAH.. jangan pernah kau mengkhianati dia walaupun dia mengkhianati mu.. berlindunglah pada ALLAH dan tanamkan kesabaran dalam hati mu dan bertawakallah pada ALLAH.. jadilah yang terbaik buat pasangan mu kerana ALLAH.. semoga nanti dia kekal menjadi pasangan mu sehingga ke syurga.. insyaALLAH.

Wahai diri.. Andai ditakdirkan insan-insan yang kau sayang pergi dulu.. dari mu.. kau redhailah pemergian mereka dan doakan kesejahteraan berpanjangan pada mereka.. dan ingatkan pada diri untuk sentiasa mempersiapkan diri menghadapi kematian mu pula.

Wahai diri..
Yakinlah pada qada dan qadar ALLAH..Yakinlah setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya dan mintalah petunjuk dari ALLAH yang Maha Mengetahui.. yakinlah kesenangan dunia hanya sementara akhirat jua yang kekal selamanya..

Wahai diri..
Yakinlah,
Seksa kubur itu benar bagi yang berdosa..
Hari kiamat itu akan terjadi..
Hari berbangkit akan tiba..
Hari perhitungan itu akan wajib kita hadapi..
Balasan syurga atau neraka itu akan menjadi pengakhiran yang abadi..

Wahai diri..
Yakinlah,
ALLAH itu satu tiada dua..
Pencipta seluruh alam semesta dan mahkluk didalamnya
ALLAH itu Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Adil 
Islam itu agama-NYA dan Nabi Muhammad saw itu Rasul-NYA

Wahai diri..
Takutlah pada ALLAH, bukan pada manusia atau jin..
Takutlah pada kehilangan hidayah ALLAH, bukan pada kehilangan harta benda dan kecantikan..
Takutlah pada seksa neraka, bukan pada seksa kerana kemiskinan..

Wahai diri..
Sedarlah akan asal usul mu..
Sedarlah akan kekerdilan mu
Sedarlah kau takkan hidup selamanya..
Sedarlah kau adalah hamba walaupun kau raja di dunia..
Sedarlah kau sangat lemah dan insan berdosa..
Sedarlah kau tak akan pernah sempurna..
Sedarlah kau takkan mungkin wujud tanpa-NYA

Wahai diri..
Sentiasalah memohon keampunan dari-NYA
Segeralah bertaubat pada-NYA
Ikhlaskan amal mu hanya kerana-NYA
Sentiasalah mencari keredhaan-NYA
Ingatlah DIA selalu.. sematkan nama-NYA dihati

Wahai diri..
Ingatlah mati..
yang mungkin besok atau lusa, minggu depan atau minggu seterusnya..
Ingatlah dalam tanah kau akan tinggal, dalam kubur yang gelap dan sempit kau akan bersemadi seorang diri tanpa teman melainkan amalan soleh mu semasa hidup di dunia.. dan ingatlah pula akan seksa neraka yang kekal dan tidak akan pernah berakhir..

"ASTAGHFIRULLAHAL 'ADZIM LAAILLAAHA ILLAA HUWAL HAYYUL QAYYUUMU WA ATUUBU ILAIH"
(aku memohon keampunan kepada ALLAH Yang Maha Agung tiada Tuhan selain DIA Yang Maha Hidup dan memelihara (kehidupan) dan aku bertaubat kepada-NYA)

*Ingatan untuk diriku setulusnya

No comments:

Post a Comment