Wednesday, 30 March 2011

Fitnah lebih buruk dari membunuh

Fitnah adalah sesuatu yang boleh merosakkan atau mencacat cederakan orang lain baik dari segi rohani mahupun jasmani. ini dilakukan samaada dengan mulut atau tangan ataupun dengan apa saja. yang dimaksudkan dengan rohani ialah perbuatan fitnah yang bertujuan merosakkan nama atau imej baik seseorang. sementara jasmani pula ialah perbuatan fitnah yang boleh mencacatkan atau mencederakan seseorang.

ALLAH S.W.T ada berfirman: ..dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan..
Surah Al-Baqarah Ayat 191)


Kenapa fitnah itu bahaya daripada pembunuhan?
Perbuatan fitnah itu memberi kesan yang begitu besar dan lama, seseorang yang menjadi mangsa fitnah itu mungkin akan mengalami tekanan jiwa serta hilang selera makan dan minum lalu menjadi kurus, atau pun mungkin akan menjejaskan pelajaran atau pekerjaannya menjadikan masa depannya terjejas, kemungkinan juga akan menyebabkan seseorang itu gila dan lebih buruk lagi boleh mendorong seseorang itu mengambil tindakan untuk membunuh diri. oleh itu hindarkan lah diri kita dari membuat fitnah atau menyebarkan fitnah sesungguhnya berat siksaan bagi orang yang membuat fitnah.



Rasulullah s.a.w bersabda; Sesiapa mencuri pendengaran berita tentang sesuatu kaum, sedangkan kaum itu tidak senang kepada perbuatan yang demikian, kelak akan dituangkan ke dalam telinga orang itu timah yang mendidih.
(Diriwayatkan oleh Al-Tabrani daripada Ibn Abbas)

dan lagi..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda; Barang siapa yang menutup keaiban saudaranya yang Muslim semasa didunia dan tidak memburukkannya, maka ALLAH akan menutup keaibannya pada hari kiamat.
(diriwayatkan oleh Ahmad)

(Sumber dari  buku " Ke Arah Keimanan" oleh Datuk Abu Hassan Din AL-Hafiz)

2 comments:

  1. alhamdulilah..perkongsian yg bagus..

    http://malaysiascore.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah syukur.. semoga memberi kebaikan pada semua..

    ReplyDelete